hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, March 29, 2011

Foto2 yang saya suka






















Sayu di waktu pagi





 

Pagi yang indah..menenangkan fikiran..

Perjalanan ke tempat kerja selalunya membuatkan saya rasa 'ngeri' apabila bermain dengan masa.
Makin dekat dengan rumah makin saya rasakan masa tu AMAT penting..Sebelum ni ada jam tangan tak berapa nak tengok pun..ada jam di telefon bimbit pun ta berapa nak nak tengok..Sekarang..emm setiap masa bermain dengan masa..masa dan masa..

Masa mendisiplinkan kita kan..dan yang betul kita jadi disiplin sebab kita ada masa yang perlu di gunakan. Ibarat emas..nak dapat payah dan dapat kena jaga betul2..
Saya jadi 'laju' pagi2 berkejar dari satu stesen PUTRA LRT ke STAR LRT..sakit tapak kaki tapi bagai tak terasa sebab 'kelajuan' ni..he he laku la sangat kan..?!

Kali terakhir saya mengalami situasi sebegini pada tahun 2004..tapi masa tu badan masih ringan dan semangat terlalu kental..Orang pun tak ramai, masa seolah bergerak lambat..tiada apa yang perlu saya kejarkan kot..masih 'hijau' dalam alam pekerjaan yang sebenar.
Masa belaja, saya buatkan masa 'mengikuti' saya..ha ha ye lah sangat..!

cter pagi ni plak..saya jalan seiring masa.tiada kejaran masa..saya buatkan juga masa 'ikut' saya seperti masa saya belaja..masih 'Valid' ke tidak..dan..

Pagi ni seperti selalu saya mendengar alunan gesekan Viola dari seorang lelaki yang cacat penglihatan. Beliau duduk di tepi tangga di pintu masuk ke PUTRA LRT Masjid Jamek..walaupun setiap hari beliau mendendangkan irama gesekan viola, hari ini di pagi yang tenang ni gesekan violanya amat menyentuh kalbu saya..menusuk hati..irama yang sayu tapi mampu meremangkan bulu roma saya pagi ni..rasa terbuai sayu dengan irama gesekan viola pakcik tu..sesayu hati saya sekarang..!

Entah mengapa saya rasa sayu je pagi2 ni..

Sunday, March 20, 2011

Peter Sanders - Dari Mata Lensa ke Mata Hati


Fotografi vs Perubatan, bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan.

Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu.

Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu.

Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi.

Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya.

Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak 'passionate' dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang.

Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.

Selama lebih kurang 2-3 tahun saya berjinak-jinak dalam bidang fotografi, boleh saya katakan ianya merupakan satu seni yang bukan sahaja sukar diperhalusi tanpa praktikaliti yang cukup tetapi juga perlukan kesabaran dan penelitian lebih-lebih lagi bagi saya yang belajar semuanya dengan sendiri 'from scratch' melalui internet dan majalah-majalah fotografi.

Namun atas hasil usaha saya yang tidak seberapa, fotografi betul-betul mengajar saya erti sebuah kesenian yang lebih luas dan lebih jauh daripada jangkauan lensa.

Bak kata pepatah inggeris, 'A picture paints a thousand words'.

Jika dahulu saya tidak faham mengapa sekeping gambar itu perlu dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit.

Tetapi sekarang saya sudah faham mengapa seseorang itu sanggup melaburkan wang untuk karya seni yang cukup tidak ternilai itu.

Kerana bagi saya, fotografi itu merupakan satu cara untuk mengekspresi diri yang tidak semua orang mampu miliki dan hayati.

Kisah di Sebalik Lensa

Tanah Inggeris bukan sahaja menjadi tempat untuk saya melanjutkan pelajaran tetapi juga telah membuka mata saya kepada fotografer-fotografer terkenal di sana dan salah seorang daripada mereka ialah Peter Sanders.

Mungkin bagi rakan-rakan lain yang juga melanjutkan pelajaran di UK atau Ireland atau Amerika Syarikat atau negara-negara barat yang lain sudah tidak hairan dengan kisah-kisah saudara baru memeluk Islam.

Tetapi bagi saya, kisah Peter Sanders betul-betul memberi kesan di hati, mungkin juga kerana beliau seorang seniman fotografer yang istimewa.

Siapa Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem?

Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu.

Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.

"Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things.

I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher.

Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'.

I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim.

Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.

I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it.

I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj.

I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too.

Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way."
Conversion: Islam the Growing Religion

Dari Mata Lensa ke Mata Hati

Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang 'westerner'.

Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.

Menurut Peter atau Abdul Adzeem, 'Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer.

Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya.

Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya."

Fotografi dan Islam

Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan.

Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim.

Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer.

Malah beliau membawa Islam bersama.

Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb/Sheikh Muhammad Abduh \[jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat tentang istilah 'Islam tanpa Muslim' dan 'Muslim tanpa Islam'.

Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.

Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer.

Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari.

Kebanyakannya (tidak semua)  tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah 'lali'.

Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan 'telanjang' yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.

Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini.

Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini.

Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.

The Art of Integration

Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan.

Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.

Wallahua'lam..

- Artikel iluvislam.com


Glosari: Laman web Peter Sanders - www.petersanders.co.ukhttp://www.petersanders.co.uk. Sumber Grafik:Peter Sanders - Flickrs Info: Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®

ps..saya pun minat fotografi juga...:)

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu..!

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."(Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Artikel iluvislam.com

Monday, March 14, 2011

Cuti Sekolah..

Sejuk betul pagi ni..dalam seminggu dua ni selalu je hujan yang lebat waktu petang..so cuaca dan suasana tu membawa ke malam..apalagi makin sedap la tdo...

Bukan nak cter pasal tdo tapi nak sembang pasal cuti sekolah.

1. yang paling best boleh makan2 kat kenduri kawen..sedap ke tak, belakang kira..
2. jalan raya pagi2 lengang...
    a.orang KL bercuti luar KL...so keta pun tak banyak dah..
    b.orang dari luar KL datang tapi masih sedap tdo..yela mana ada shopping complex buka pagi2   
       buta ni..
    c. orang yang naik public transport pun dah balik kampung..

3. Tengahari ramai la nampak bebudak sekolah lepak sana sini
4. Barang2 naik rega secara perlahan-lahan..sebab ramai bercuti sambil membeli belah..
5. Orang yang kena pergi kerja..monyok je muka...sebab x leh cuti!

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP) II

 Cerita dan perancangannya dari Bajet 2011 dulu..Sapa2 yang lupa atau x tau, boleh semak balik apa yang Najib dah janji dulu..

15 Okt 2010. – Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui skim tersebut, pembeli akan mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti kelaziman sebelum ini.

“Kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah kerana bukan mudah untuk mereka bertatih. “Skim Rumah Pertamaku akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000,” katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, pembeli rumah pertama juga akan diberikan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik bagi rumah berharga tidak melebihi RM350,000. Selain itu kata Najib, kerajaan turut mencadangkan pengecualian duti setem juga sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai rumah pertama tersebut.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, bagi membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah, kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM568 juta bagi membina 87,300 unit kediaman. Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah tersebut 79,000 unit rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat, 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah dan 300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar.

Sementara itu, bagi membantu golongan pekerja estet untuk memiliki rumah pula, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN). “Skim ini terbuka kepada pekerja estet tetap (warganegara) untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus.
“Tempoh pinjaman pula dipanjangkan sehingga 40 tahun dengan pembiayaannya menjangkau sehingga kepada generasi kedua,” jelasnya

Pinjaman RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dijangka mengagihkan pinjaman berjumlah RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan tahun ini.


"Ia lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak RM5.9 bilion, berikutan kenaikan dalam saiz maksimum pinjaman perumahan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein kepada pemberita di sini.

Kerajaan telah menyemak semula struktur pinjaman berkuat kuasa 1 Januari 2011 dengan pertambahan 15 peratus dalam jumlah pinjaman maksimum kepada RM450,000 daripada RM360,000.

Sejak diperkenalkan, bahagian itu telah mengagihkan lebih RM76.2 bilion pinjaman kepada 975,549 kakitangan kerajaan.


~ amacam.? syok tak jadi kakitangan kerajaan Malaysia...?..~

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Mulai 08 Mac 2011 golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.


Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus



Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad


Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan


~Alhamdulillah..macam apa yang saya fikirkan sebelum ni..rebutla apalagi...!..~


~








Institusi kewangan diminta permudah urusan pembiayaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

"Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukanlah sebaliknya.

"Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Skim Rumah Pertamaku di sini hari ini.

Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.

Beliau berkata, sehingga kini skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.

Beliau juga berharap skim ini juga akan menggalakkan pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat di Malaysia.

Skim Rumah Pertamaku bantu rakyat milik rumah dilancar

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini (8 Mac 2011) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.
Najib berkata, skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

"Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

"Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).