hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, January 18, 2013

sedih

Dengan nama Allah..

saya sangat sedih tp apakah dapat saya tunjukkan saya sedih. saya cuba senyum kerana kata hikmah mengatakan senyum penawar duka. Betulkah?

Allah sangat sayang akan saya hambaNya yang lemah ini. Ujian demi ujian, cubaan dan dugaan yang kadangkala membuat saya rebah..kuatkan saya ya Allah..Kau tak akan beri selain dari kemampuanku..

Luahan utk manusia tiada sape nak sudi dengar.masing masing sibuk dengan dunia dengan masalah sendiri. Saya sudah ke umur matang malah makin menginjak menemuiMu..

Kau tempat ku meminta, Kau beri aku bahagia,  jadikan aku selamanya hamba Mu yang bertaqwa..



:. pujuk diri sendiri~ "Allah kan ada..dan Allah itu sudah lebih dari cukup. Allah tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana DIA cuma mahu kamu berkongi peritmu hanya padaNya.."

Wednesday, January 16, 2013

penyejuk hati

Saya kongsikan petikan ayat daripada Ust. Pahrol Mohamad Juoi yang amat bermakna untuk direnung bersama pada hari ini.

"Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup adalah 'mehnah'. Maksudnya didikan terus daripada Allah. Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya didikan terus daripada Tuhan..." 

"Jika seseorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu kesempitan wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar untuk berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.."

Sememangnya, kita yang memberi makna terhadap apa yang kita lihat!

Apabila dirimu diuji, bersabarlah...Dan jika Ujian itu membuatkan tahap Kesabaranmu semakin lemah, Berpuasa sunatlah...InsyaAllah dengan puasa, ia akan mendidik dan memperkuatkan kesabaran kita...(^-^)v

*InsyaAllah betul, Allah berkuasa atas setiap sesuatu..
#Sabar itu Susah tapi Sabar itu sangat Indah...=)

Sedikit perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam slot Mukmin Profesional Ikim.Fm, 'Dinamika Doa' :

*Doa pada fizikialnya nampak ringan tetapi hakikatnya suatu yang berat.
*Doa ialah bukti kita hamba Allah kerana kita menyedari kelemahan kita dan mengharap sepenuhnya kepada Allah
*Kita perlu mengingati Allah setiap masa kerana setiap masa Allah menjaga kita.
*Dengan berdoa, kita meluahkan masalah kita kepada Allah dengan itu kita lebih rasional dalam bertindak, doa juga merupakan pause button dlm menghadapi kesukaran.
*"ketika semua pintu bumi tertutup, pintu langit masih terbuka luas untuk kita"- Hamka
*setiap fasa perlukan doa permulaan-pertengahan-pengakhiran. doa diperkenankan semasa berusaha bukan semasa diminta.
*Bila Allah gerakkan hati kita ingin berdoa, ia lebih bermakna dari doa yang dimakbulkan kerana Allah mencampakkan rasa kehambaan itu kepada kita.