hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, August 19, 2013

Marah dan sayang

Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Wahai anakku,
Sebenarnya apabila kamu dan orang tersayangmu sedang marah antara satu sama lain, dua hati kamu berdua adalah berjauhan. Oleh itu, kamu berdua memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.


Ketika kamu berdua saling menyayangi pula, dua hati adalah dekat, jadi kamu berdua tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.


Wahai anakku,
Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali.


Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.


Wahai anakku,
Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marah-marah. Senyum.
HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN PASANGAN SUAMI ISTERI SEBELUM DAN SELEPAS...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...
Gunakanlah formula 7 K
1.Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. 2.Kasih sayang. 3.Kesetiaan 4.Komunikasi 5.Keterbukaan. 6.Kejujuran. 7.Kesabaran.

Friday, August 16, 2013

Panduan beraya untuk pasangan baru berkahwin

ini panduan berhari raya utk pasangan yg disusun oleh perunding hubungan suami-isteri 'mahligai kasih' pak uteh. semuga bermanfaat pd semua.
-----+-----+------+------+------+

Wahai Suami Yang Baru Berkahwin(Untuk yang merancang bawa isterinya beraya di kampongnya)

1. Dicadangkan, jika ini pertama kali berhari raya sebagai seorang suami, eloklah beraya di kampong rumah isterinya. Kerana dengan beraya di rumah isteri, ini akan melegakan isteri itu dan dapat memberi dia peluang menyesuaikan diri sebagai isteri di rumahnya sendiri berhadapan dengan orang-orang tidak asing bagi dirinya. 

2. Tetapi jika anda mahukan juga hari raya pertama di kampong anda, bermakna bagi isteri anda, ini adalah pertama kali dalam sejarah dirinya berhari raya di rumah orang lain. Oleh itu pasang niat sama-sama iaitu beraya di kampong ini utk menghiburkan ibu, ayah dan adik beradik di kampong.Kemudian ikutilah tip ini agar dapat mengurangkan stres isteri anda semasa dia berada di rumah kampong anda.

2.1 Ceritakan kepada isteri anda "budaya atau amalan" ibu ayah abang kakak anda adik anda semasa menyambut hari raya. Agar dia boleh mengambarkan keadaan yang akan berlaku nanti. Contohnya: Ibu anda akan bangun awal2 ke dapur belum subuh untuk menyediakan juadah seisi keluarga untuk makan pagi sebelum ke Masjid. Jadi eloklah cadangkan isteri anda juga bangun awal membantu ibu mertuanya ini. Kalau tidak diberitahu, dia akan rasa malu apabila dah bangun tengok juadah pagi tersedia di atas meja.

2.2 Jika anda tahu yang ayah dan ibu anda adalah manusia yang gembira mendapat hadiah semasa anak2nya pulang ke rumah. Maka eloklah bincang dengan isteri untuk membeli hadiah untuk ibu dan ayah anda. Dan suruhlah isteri anda yg menyerahkan hadiah itu kepada mereka sebaik sahaja tiba di rumah. Perbuatan ini akan membuka hati dan minda positif terhadap menantu barunya ini

.2.3 Jika ibu anda jenis yang suka memasak untuk keluarga, maka inilah masanya isteri anda mesti di dapur bersama ibu mertuanya untuk mempelajari cara masakan dia. Janganlah pula anda asyik ajak isteri memerap di dalam bilik 24jam (maklumlah sedang berbulan madu) dan keluar bilik hanya untu makan. Ini memberikan persepsi yg tidak baik. Isteri anda pun tidak selesa.

2.4 Pastikan semasa keluarga mara datang bertandang atau beraya, anda juga ada bersama isteri untuk melayani pertanyaan dan memenaminya. Dia rasa lebih selamat dengan kehadiran anda. Apa lagi kalau loghat atau bahasa yang keluarga anda gunakan amat asing baginya. Di sini peranan anda adalah sebagai penterjemah untuknya. Jika anda tiada, ini menambah stres walaupun senyumannya terus terukir dibibir.

2.5 Jika anda bercadang berjumpa kawan2 lelaki sekampong, elok jangan bawa isteri anda bersama. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa kerana tajuk perbualan anda dengan teman-teman lelaki sekampong tidak sesuai dan mungkin menyinggung perasaan dan emosinya. Minta kebenaran isteri jika anda ingin berjumpa kawan2 lelaki dan tetapkan tempoh waktunya. Ini melegakannya kerana dia tahu di mana anda berada dan bila anda akan pulang.

2.6 Jika ada orang bertandang, cepat2 keluar bilik bertemu mereka bersama2. Jangan sorang melayan sorang lagi dalam bilik. Walaupun tetamu datang diluar waktu melawat.

2.7 Jika timbul isu yang boleh menjadi krisis, eloklah bincang berdua di dalam bilik untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan mematah cakap dia atau membangkang pandangannya di depan orang lain walaupun di depan ibu anda. 

2.8 Tempuh jangka hari yang sesuai tinggal di rumah mertua ialah 3 malam sahaja. Bagi isteri, jika lebih daripada itu akan menyebabkan dia stres. Bagi lelaki tiada masalah sama ada rumah kampung isterinya dan apalgi rumah kampungnya.Cukuplah setakat ini.. selamat menyempurna ibadah Ramadahn. .. 

Pak Utih dan sila share. 

Ahmad Shafiai Uda Jaafar(Pak Utih)

Kelebihan Puasa Enam Syawal


Sambutan Aidilfitri adalah kemuncak kegembiraan bagi umat Islam setelah menempuh Ramadan dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT.

Mereka telah menghadapi siang Ramadan menahan lapar, dahaga dan rangsangan nafsu syahwat. Pada malamnya mereka akan tunduk sujud kepada Allah SWT melaksanakan `qiam Ramadan' iaitu solat sunat tarawih, tadarus al-Quran dan iktikaf di masjid.

Maka sudah tentu mereka yang beriman dan beramal soleh ini layak untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan gembira.

Berlalunya Ramadan tidak bermakna kita tidak dituntut melakukan ibadah lain. Pelaksanaan ibadah bukan pada Ramadan tetapi bulan lain juga kerana kehidupan manusia itu keseluruhannya adalah ibadah kepada Allah SWT.

Begitulah juga dengan puasa. Walaupun puasa selama sebulan Ramadan sudah tamat namun kita masih lagi diberi peluang berpuasa iaitu dengan melakukan puasa sunat antaranya puasa sunat enam hari Syawal.

Janji pengampunan

Direkodkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun."

Nabi SAW menjelaskan puasa enam hari pada Syawal pahalanya sama seperti puasa setahun secara penuh. Namun syaratnya, setelah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.

Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.

Berkenaan tatacara berpuasa enam hari Syawal, ada beberapa pandangan ulama. Kebanyakan ulama mazhab al- Syafi'e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.

Maksudnya, lebih afdal seseorang itu berpuasa enam hari secara berturutturut bermula pada 2 Syawal. Pandangan ini juga adalah pendapat Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin.

Dinukilkan daripada Ma'mar dan `Abd al-Razzak, seseorang itu tidak boleh berpuasa secara serta-merta dan berturut-turut selepas Aidilfitri kerana harihari permulaan dalam bulan Syawal adalah waktu untuk umat Islam makan dan minum setelah sebulan menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Menurut pandangan sebahagian ulama lain pula antaranya Waqi' bin al-Jarrah iaitu guru kepada Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal, puasa sunat enam Syawal yang dilakukan secara berturutturut mahupun berselang-selang adalah sama dari segi kelebihannya.

Oleh itu, seseorang yang telah berpuasa Ramadan mempunyai pilihan untuk terus berpuasa serta-merta selepas Aidilfitri secara berturut-turut atau berselang-selang selagi mana dia berada dalam Syawal.

Setelah diteliti ketiga-tiga pandangan ulama, maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa sunat enam Syawal boleh dilakukan serta-merta selepas sambutan Aidilfitri mahupun melakukannya selama enam hari pada mana-mana hari dalam bulan Syawal.

Namun lebih elok jika puasa enam hari itu dipercepatkan jika tiada sebarang halangan. Jika kita tidak mampu berpuasa serta-merta, maka bolehlah kita memilih untuk berpuasa enam hari sepanjang Syawal.

Melihat suasana Aidilfitri kebanyakan masyarakat Malaysia yang akan mengadakan rumah terbuka, budaya kunjung- mengunjung ini mengambil masa berhari-hari malah ada mengadakan rumah terbuka sehingga penghujung Syawal.

Oleh itu, sesiapa yang dijemput hadir ke majlis rumah terbuka maka tidak perlulah berpuasa kerana puasa enam boleh dilakukan pada hari lain. Begitulah juga mereka yang menjemput tetamu datang ke rumah, maka seelok-eloknya mereka menjamu selera bersama-sama tetamu yang hadir.

Namun jika mereka masih mahu berpuasa maka tidaklah salah tetapi perlulah menjelaskan dengan baik kepada tuan rumah mahupun tetamu yang datang.

Utama qada puasa

Berkenaan mana lebih penting, puasa ganti atau puasa sunat, seelok-eloknya kita mempercepatkan qada dengan menggantikan puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadan.

Ulama membahaskan keutamaan iaitu adakah lebih perlu menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat. Majoriti ulama menyatakan, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan seelok-eloknya menggantikan puasa itu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.

Sebahagian ulama pula berpendapat, seseorang yang wajib menggantikan puasa seperti wanita didatangi haid perlulah mendahulukan puasa wajib iaitu mengqadakan puasa ditinggalkan sebelum melaksanakan puasa sunat Syawal.

Pada pandangan mereka, urusan wajib perlulah disegerakan dan tidak boleh didahulukan dengan urusan lain walaupun urusan berbentuk sunat.

Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin berkata, sebahagian ulama membenarkan mendahulukan puasa enam hari Syawal ke atas puasa ganti. Namun pengecualian itu hanya untuk puasa enam hari Syawal saja.

Perkara ini juga untuk memudahkan wanita turut sama mendapat kelebihan menunaikan puasa enam Syawal. Jika mereka mendahulukan puasa ganti kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan puasa sunat Syawal.

Pelengkap kekurangan Ramadan

Antara keistimewaan puasa enam Syawal adalah:

* Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi SAW menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan, setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah sebanyak sepuluh kali ganda.

Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan. Puasa enam hari Syawal digandakan sepuluh bersamaan 60 hari dan bersamaan dua bulan. Oleh itu, puasa Ramadan ditambah enam hari bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.

* Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada Ramadan.

Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

* Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain.

Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

Kredit Muhammad Asyraf

la Tahzan...

La Tahzan ~ Rezeki

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."

"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - - 

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - - 

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya. 

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah, 
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing. 

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

Kredit : Aidil Sahipaludin (Pakar Diari Hati)

Sunday, August 11, 2013

Selamat Pengantin Baru sahabat!


dengan nama Allah...

Tahniah sahabat..
esok akan merubah segalanya
esok terakhir awak bujang
esok bermula episod mentaati suami lebih dari yang lain
esok dosa awak di tanggung suami
esok di isytiharkan permulaan 'limited' time awak dengan dunia lain selain suami dan keluarga

Semoga segalanya akan berjalan lancar
Nikah bersaksi saudara dan teman
menerima ijab dan qabul dalam kerelaan hati
senyum dalam menerima kasih sayang abadi dari sang suami

ukhuwah kita masih tetap seperti dulu
sentiasa menyayangi dan mengasihimu
mengingati malah tetap merindui

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma ..


Thursday, August 1, 2013

AMALAN BAGI WANITA KETIKA HAID & NIFAS DI BULAN RAMADHAN

Sebahagian wanita Islam yang kedatangan haid dan nifas dalam bulan Ramadhan  merasa  tidak gembira dan bimbang  kerana kehilangan peluang  untuk  beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan Rahmat.  Kepada mereka yang berperasaan demikian  di nasihatkan supaya tidak berdukacita kerana yang mereka alami itu adalah  suatu ketetapan Allah keatas  manusia dari kaum Hawa.  Sepertimana yang di sabdakan oleh SAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa dia dalam  kedatangan haid semasa mengerjakan haji (dalam ihram) “berkata Saidatina Aishah r.a ,Rasullah datang  kepadaku  sedang aku menangis, lalu baginda bertanya “ Apakah yang membuat kamu menangis?, adakah kamu kedatangan haid?, aku menjawab:” Ya”, baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).

 Dalam sebuah hadith yang lain Nabi SAW bersabda:” Apabila seorang hamba sakit atau musafir, Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal ketika sihat dan tidak bermusafir (bermukim). Manakala haid adalah merupakan sebagai penyakit yang mendatang yang menghalang seorang wanita dari   melakukan perkara yang  boleh dilakukannya ketika dia sihat. Oleh yang demikian, wanita yang kedatangan haid mempunyai simpanan tetap pahala ibadahnya.  Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang taat melakukan kewajipanya semasa dia sihat, melainkan hanya terhalang dengan kedatangan haid atau nifas. Ramai kaum wanita yang kedatangan haid dalam bulan Ramadhan khasnya (dan bulan-bulan lain) ,sering melalaikan  dari mengingati Allah dan merasai nikmat kerohanian bulan mulia ini.  Mereka  menghabiskan masa dengan menonton TV atau seumpamanya dengan sangkaan bahawa mereka boleh berbuat demikian menjauhi segala amalan kerohanian atau ibadat  kerana mereka dalam haid atau nifas.  Akhirnya perasaan lemah  untuk beramal akan  menguasai mereka setelah mereka suci dari haid atau nifas  dan menyebabkan mereka malas untuk mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan.

Oleh  yang demikian , untuk mengelak terjadinya perasaan lemah tersebut dan menjaga supaya berterusan menghayati kerohanian bulan Ramadhan ini semasa dalam haid dan nifas dan menghindarkan dari mendapat kerugian pahala yang banyak yang boleh di perolehi , di anjurkan mereka melakukan berbagai-bagai amal ibadat yang masih boleh di lakukan oleh wanita semasa dalam haid dan nifas. Antara amalan- amalannya adalah seperti berikut:

              Doa ketika datang haid
  • Membaca Al Quran tanpa Musysaf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di web site dan youtube,
  • Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.
  • Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir.
  • Perbanyakkan ber zikir-zikir, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat . 

Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. 

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan  Aku memohon keampunan  kepada Allah dari segala dosa.

-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya.

  • Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
  • Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
  • Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .
  • Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.
  • Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, tarawikh, tahajud dan witir.

Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan  Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga. Antara lainya:
  • Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
  • Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
  • Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.
Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan oleh Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari.  Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.


~ ummu ubaid ~

Hukum Bersanding

[Soalan 48] Assalamualaikum ustaz. Selepas hari raya ini insya-allah saya akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan. Keluarga menghendaki kami bersanding di majlis tersebut sedangkan saya dan bakal suami enggan untuk bersanding. Apa pandangan Islam terhadap bersanding?

[Jawapan 48] Waalaikumussalam. Tahniah dirakamkan di atas ikatan perkahwinan yang bakal terjalin. Adapun tentang soalan mengenai hukum bersanding adalah seperti berikut : 

Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Adapun jika ia mengandungi pendedahan aurat ataupun tabarruj secara berlebihan maka hukumnya adalah HARAM.

Secara terperinci, saudari boleh merujuk artikel di bawah yang ditulis oleh Tuan Hassan Tuan Lah : 

Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.