Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.
"Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukanlah sebaliknya.
"Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Skim Rumah Pertamaku di sini hari ini.
Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.
Beliau berkata, sehingga kini skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.
Beliau juga berharap skim ini juga akan menggalakkan pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment