Wednesday, February 20, 2013

catatan

Jabir bin Abdullah menceritakan Rasulullah berkata, " satu solat dalam masjid aku adalah lebih baik daripada 1000 kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram. Satu solat di Masjidil Haram lebihbaik daripada 100,000 kali solat di tempat lain."

Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah menyatakan,
"sesiapa yang mahu di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hubungkanlah tali silaturrahim." (Hadis Bukhari)

Berubat dengan Debu Madinah

Debu yang menyapa di muka hendaklah di biarkan kerana di percayai Debu Madinah dikatakan boleh dibuat sebagai penawar atau ubat.

Caranya ambil segenggam debu Madunah dan ludahkan di atasnya sambil meramas dan membaca,

" Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sehingga sembuh penyakit kita, dengan izin Allah."

Kemudian disapukan kepada anggota yang sakit dan insya Allah disembuhkanNya. Aishah melaporkan Rasulullah akan meletakkan tangannya ke tanah dan membaca doa di atas apabila ada orang mengadu sakit atau tumbuh bisul dan luka.

Bukit Uhud

Salah sebuah buakit terbesar dan terpanjang di Madinah. Di sinilah berlakunya peperangan sengit antara tentera Islam dan tentera Musyrikin dari Makkah yangterkadi pada bulan Syawal tahun ketiha hijrah. Rasulullah mengalami kecederaan yang teruk dan seramai 70 orang tentera islam terkorban syahid termasuk bapa saudara nabi Hamzah bin Abdul Mutalib.

No comments:

Post a Comment