Wednesday, February 20, 2013

Madinah

 Shopping di Madinah

Secara peribadi jika ingin membeli jubah, terdapat banyak pilihan di sini berbanding di Makkah. Harga yang di tawarkan juga berpatutan. Dalam perjalanan pulang ke hotal terdapat deretan kedai ala-ala kedai di masjid India, Jalan TAR.

Tawar menawar x de halangan sebab pak-pak arab ni fasih dah berbahasa melayu..Halal..halal...
Masa ceramah di Malaysia dulu, akan di beri nasihat supaya jemaah tidak membawa banyak pakaian..tapi bawalah beg besar. Jika bawa beg kecil akan ada yang beranak nanti..

Perkuburan Baqi'

Antara tempat lawatan yang di kunjungi ialah kawasan perkuburan baqi' dimana di sini bersemadi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di madinah termsukjemaah haji dan umrah.

Menurut Imam Malik, kira-kira 10,000 orang sahabat yang meninggal dunia  di Madinah di kuburkan di perkuburan ini.

Orang pertama daripada golongan ansar yang di kebumikan di sini adalah As'ad bin zararah al-Ansari. Beliau di kebumikan selepas sembilan bulan hijrah Rasulullah, Orang Muhajirin pula Usman bin Maz'un yang meninggal dunia selepas perang Badar pada tahunkedua hijrah. saiditina Aishah menceritakan, Rasulullah mengucup dahi Usman semasa kematiannya dan menangis sehingga mengalir airmata.

Makam Saad bin Muaz al-Ansari terletak di kiri kubur Uthman bin Affan. Beliau merupakan sahabat yang hebat sejarah hidupnya. Disaat kematiannya pada tahun kelima hijrah selepas perang Ahzab, Jibrail turun bertanyakan kepada rasulullah apakah dunia akan kiamat kerana tiang arasy di langit sedang bergoncang dengan kuatnya. Rasulullah menjawab itu bukan tanda kiamat tetapi salah seorang sahabatnya , iaiti Saad bin Muaz sedang menyahut panggilan Ilahi (direkodkan oleh Bukhari)

No comments:

Post a Comment