Hari ini makan di luar. Berdua dengan zawjah. Biasalah kami, sekali sekala dating. Dah kahwin, kena sungguh-sungguh la bercinta.
Saya nak order nasi goreng udang dan air tembikai. Tapi saya diam tak sebut. Tunggu waiter. Bila waiter datang, kami nak order, sekali kami sama-sama order nasi goreng udang dan air tembikai.
Sama-sama lepas itu tersenyum.
"Sehati sejiwa la pulak." Zawjah cakap. Saya tergelak.
Momen-momen begini sangat berharga dalam rumahtangga. Inilah dia kemanisan yang kita tahan semasa sebelum kahwin dahulu. Inilah dia yang kita sabar menunggu, patuh pada Allah untuk tidak melangkah batasNya.
Bila sudah berumahtangga dan ianya berlaku, manis sangat sebab sudah tiada dosa dalam kemanisan yang dirasakan itu. Bahkan kita tahu, suasana itu, kasih sayang itu, dinilai oleh Allah SWT dan menjadi saham akhirat kita. Saham yang baik semestinya, bila cinta tersulam dengan mahabbah yang asasnya adalah mencari redhaNya.
Allah jualah pemilik kebahagiaan, dan kepadaNya kita meminta dicurahkan bahagia di dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment