Monday, May 9, 2011

Mak saya...

Salam Ukhuwah..

Tengahari ni saya makan lewat sikit sebab pagi ni ada mesyuarat seksyen..so ada la makan2 sikit..Dah lepas makan pagi..makan roti jala cicah kuah kari..Alhamdulillah..sedap!
Tengahari pun saya makan benda yang sama..sebab banyak lebih..memang roti jala ni favourite saya. Emm..biarlah makan benda yang sama..dari membazir.

Dah petang, saya teringat nasi bekal yang mak saya isikan pagi ni. Nasi putih dengan goreng telur mata dan ikan sardin rebus yg telah di goreng..Emm..rasa lapar plak..

Sementelah mesyuarat dah selesai, saya boleh relax sket sebelum settlekan claim ot. sambil makan saya teringatkan mak. Betulkan kasih sayang mak tak boleh di nilai..tiada nilai. Walaupun dia sakit, kurang sihat tapi masih nak masakkan untuk saya..keluarga..bergenang air mata ni..bila ingat mak..susah2 je untuk saya..

Biarlah lauk saya makan tidak semewah mana..tapi sebab air tangan mak, semuanya sedap di tekak ni. Bukan saya tak pernah nak masak..tapi mak x suka nak susahkan saya..Bila dia dah letih sangat, baru la mak suruh saya masak..itu pun x le sedap..(ha ha sebab tu kot)

Saya gaulkan nasi dengan ikan goreng rebus ni perlahan2 sambil air mata dok menitik..entah napa emo plak petang2 ni..

err..semalam Hari Ibu di Malaysia..saya x tau nak bagi apa..saya nak bawa jalan, mak x larat nak jalan.
So, saya belikan mak sepotong kek blueberry je..walaupun saya tau mak bukan suka makan kek. Tapi sebab dah bagi..dia suka je.."terima kasih.." kata mak.

saya teringatkan ni pun air mata dok bergenang..hampir menitik dah ni..

saya makan juga sehingga habis kerana mengenangkan perit jerih mak masak untuk saya..

No comments:

Post a Comment