hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Thursday, November 25, 2010

Rona kehidupan..

Dengan nama Allah, Tuhan yang memiliki setiap jiwa-jiwa dan alam ini.

Masuk hari ini dah hampir 5 hari anakanda Tasneem berada dalam wad Melor 2 di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh Pahang. Mummy berpeluang menjenguk anaknda pada hari Isnin setelah di masukkan ke dalam wad pada malam ahad 21 Nov lalu. Kelesuan terbayang di wajahnya. eyebag dah terbentuk, mata makin kuyu seolah merayu dan memberitahu kesakitannya..Saya tak pandai nak mentafsir perasaannya tapi seolah mengerti Tasneem mengalami rasa ketidakselesaan berada di ruang asing ini. Di temani setia Ummi Iin, Tasneem tak boleh berenggang lansung.Merengek dan menangis..Senyap di kala tidur je.

Mama Tasneem pun puas dah memujuk untuk meredakan rasa di hati. Ibu mana yang sanggup nak tengok anaknya sakitkan..? Mama Tasneem memandu dengan tenang untuk bertemu mata, memeluk dan mencium pipi..sanggup tak makan kerana risaukan keadaan Tasneem..

Mummy di beritakan Tasneem tak selera menjamah makanan, air minum pun tak mau. Tasneem di khuatiri terkena jangkitan kuman di paru paru kecilnya itu. Ya Allah, Kau menduga kami dalam menghadapi situasi sebegini. Betapa kuatnya kasih dan sayang kami pada Tasneem lebih kuat kasih dan sayang Allah pada anaknda..Dia memberi sedikit ujian sahaja duhai anak yang di kasihi..sabar ya.

Antibiotik di masukkan melalui tiub melalui uratnya yang kecil di kaki kirinya..rasa sungguh tak selesa, sakit sudah semestinya. Rasa nak menitik air mata namun di tahan juga..Ya Allah, Kau ringankan beban anak kecil ini, semoga dia dapat menghadapinya..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha 1432H

Salam...

Dah lama tak bercerita..penat mungkin kerana 'back to normal' he he..pusingan untuk kembali ke alam normal memakan masa yang agak lama bagi saya. Bergantung pada kondisi badan seseorang, saya menerima proses peralihan yang agak drastik..selesema dan seterusnya demam yang agak berat sehingga 'berat' juga nak bangun dari tilam empuk ni..

Alhamdulillah, proses peralihan mula di terima badan, tapi kemudiannya saya di arahkan kembali ke suasana asal, suasana normal. Baru saja jatuh cinta dengan suasana syif...wuuuuuuaaaaaaaaa!!!

As a servant, moto yang sering di guna SAYA YANG MENURUT PERINTAH cuba saya fahami. dan korang pun sama la..cuba faham sket moto tu.Jangan baca dan tau je..cuba aplikasikannya..



Kini, saya ok..Alhamdulillah kesyukuran saya panjatkan kepada Allah memberi saya peluang merasainya walau selama 2 minggu..Saya kembali dengan tekad baru nafas baru, cara baru..

hari ini, di kala ini adalah hari umat Islam merayakan meraikan kemenangan dalam konsep pengorbanan dan memahami apa erti KORBAN..dan kerana itu ia adalah tertakluk kepada pengertian pada diri masing2..

Tidak perlu mengharapkan pembalasan atas setiap perbuatan kita @ kepada kita kerna telah tertulis bahawa pahala di beri pada kebaikan dan sebaliknya..

dan..kejayaan adalah hasil dari sebuah pengorbanan..

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Saturday, November 6, 2010

Selamat Hari Lahir Anakanda Tasneem



Hari ni  06 November 2010..genap umur anakanda Tasneem 2 tahun..emm dah besar dan tinggi Tasneem hari ni..nak duk0ng pun dah x larat..berat sket dari hari mula2 hadir dalam hidup mummy..sebesar tapak tangan je sampaikan nak gend0ng pun takut..!

Anakanda dari sejak lahir memang suka tdo di bahu/dada mummy..bijak pandai kata, bayi terasa selamat, terasa dekat dengan orang tu kerana dia mendengar dan merasa degupan jantung kita..di galakkan juga anak2 tdo di dada kita supaya bayi akan tdo lena..

begitulah anakanda dari dulu hingga kini..anakanda akan tdo lena sangat kalu berada dalam pelukan mummy..x yah peluk pun lena gak..!

1 bulan 2 minggu 5 hari

Semoga Allah memberi Tasneem kesihatan yang baik..anakanda biasa demam bila peralihan bulan tapi orang2 lama kata tu biasa je bagi bayi2 ..bukan apa, anakanda kalu dah demam mesti kurang senyum kat mummy..kurang ceria...hati pun rasa x senang..

emm sekarang anakanda dah pandai nyanyi..pandai zikir..pandai berdoa..terasa cepat sangat  masa berlalu...
mummy doakan anakanda sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt..Ameen..

nak tolak trolley gak..

Alhamdulillah berkat didikan dan kasih sayang dari mama dan ummi juga..Tasneem jadi anak yang baik dan bijak ye..mummy tumpang gembira..syahdu rasa dalam hati tengok pembesaran anakanda dengan penuh liku..penuh c0baan dan dugaan...hanya Allah yang tahu..doa mummy selalu mengiringi kesejahteraan dan kebaikan untuk anakanda.

masa yang ada di manfaatkan bersama

Kenakalan dan senyuman anakanda pengubat rasa tau..maklumla masa kita bersama amat la terbatas..untuk sementara ni kita jarang bersama..tapi kejauhan ni la yang merapatkan kita..rasa rindu nak bermain2 ngan anakanda selalu ada...

Selamat hari lahir anakanda Tasneem Zulaikha..!

Friday, November 5, 2010

Orang Ikhlas Tertindas?

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa... betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak...

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan...

Lalu saya tulis satu kisah lama... sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih 'dalam' dan sukar  daripada itu... benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas...Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah...

Orang Ikhlas Tertindas?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.

"Mengapa?" balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"

Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."

"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, man
a yang kakak pilih?"

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.

"Maksud encik?"

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."

"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."

"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"

"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"

"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."

"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'

"Pasti ada! InsyaAllah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"

"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."

"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"

"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."

"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"
Giliran saya pula tersenyum.

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"

"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."

"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."

"Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?"

"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.

"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"

"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?

Penulis
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.

Monday, November 1, 2010

Petikan dari Utusan Malaysia..

KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.

Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.

Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Sebaliknya Negeri Sembilan terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda musim ini selepas Piala FA, April lalu biarpun mengejutkan lawan dengan sepakan penalti penyerang bidan terjun, Shahurain Abu Samah pada babak pertama.

Malah mereka mampu mendahului lebih awal andainya penyerangnya, Idris Karim lebih kuat menyepak umpanan lambung S. Kunanlan dari sebelah kanan, ketika cuma berdepan Khairul Fahmi Che Mat, yang sempat menyambut tolakannya pada minit keenam.

Dalam satu serangan balas pantas yang dilancarkan Kunanlan minit ke-12, Kelantan tergamam sehingga penjaga golnya, Khairul Fahmi terpaksa membentes sayap kanan Negeri Sembilan dan menghadiahkan sepakan penalti buat juara bertahan.

Biarpun diarahkan pengadil Subkhiddin Salleh supaya mengambil semula sepakan penalti yang berjaya disudahi, Shahurain Abu Samah tetap tenang menolak ke kiri gawang Kelantan untuk mencipta gol pembukaan Si Rusa, seminit kemudian.

Namun, Si Kijang masih tidak mahu mengalah, setelah rembatan jauh Zairul Fitree Ishak tersasar tinggi pada minit ke-11, Badri Radzi pula terlepas menyamakan kedudukan apabila rembatannya sempat disekat bek tengah lawan, Shukor Adan pada minit ke-35.

Enam minit kemudian menyaksikan kehampaan berterusan Idris gara-gara dipersalahkan pengadil ketika cuba menyambut umpanan lambung Ching Hong Aik dengan tandukan walaupun, hanya perlu mengatasi Khairul Fahmi yang sempat mendakap bola.

Tiga minit masa kecederaan turut merakamkan kegagalan percubaan sayap kanan Wira Merah, Nor Farhan Muhammad dalam kotak penalti sementara rembatan jauh ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin pula berjaya ditepis penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar Kamsani.

Dalam dua minit babak kedua bersambung, Kelantan kian garang memburu gol penyamaan, namun kedua-dua percubaan Badri dan Hairuddin Omar sekadar mencemaskan Sani Anuar tetapi belum dapat menembusi kubu terakhir pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu.

Gol penyamaan idaman Wira Merah tiba juga pada minit ke-57 hasil umpanan lambung Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan yang cukup tepat disudahi dengan tandukan kencang Hairuddin tanpa mampu digapai Sani Anuar lagi.

Bersemangat tinggi dengan gol itu, Kelantan mengasak lagi, lalu Badri menggembirakan dan menghadiahkan majoriti hadirin Stadium Nasional yang membentuk Lautan Merah dengan jaringan kedua minit ke-64 setelah mendapat lorongan Nor Farhan dari belakangnya.

Wira Merah beroleh satu lagi peluang keemasan setelah penyerang gantian, Akmal Rizal Rakhli dikasari Alif Shamsuddin tetapi sepakan bebas Indra Putra menghampakan pasukan dan peminat mereka kerana melewati palang gol pada minit ke-83.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman).

Mingguan Malaysia bertarikh 31 Oktober 2010

Kelantan JUARA ~ Sejarah tercipta



Seperti dalam tilikan..Kelantan T h e  R e d  W a r r i o r s  MENANG!!!

he he sengih sampai ke telinga hamba menontonnya. Menyaksikan secara lansung di kaca tv yang tak berapa nak stabil ni. Al maklum la badan x berapa nak sihat.batuk kong kong..tapi semangat nak merai kemenangan pasukan Merah putih ni..heret jugak la kan badan yang tak berapa nak maya ni..



Indra Putra Mahyudin Kapten Kelantan Menjulang Piala Malaysia bg tahun 2010


The Red Warriors tamat badi 40 tahun

PEMAIN Kelantan me­­lutut dan berdoa tan­­da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma­­lam tadi.


Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri­­ngi dentuman mercun me­­ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh­­kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.



Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke­­tandusan penye­­rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me­­ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko­­­­tak penalti.

Shahurain yang mele­­dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub­­khiddin Mohd Salleh me­­ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.

Badri membantu kemenangan Skuad The Red Warriors
Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han­­taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya­­maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam­­puk penguasaan de­­ngan Mohd Badri men­­cetuskan dentuman mer­­cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.



STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Negeri Sembilan (9) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : Negeri Sembilan (3) Kelantan (4)
Sepakan sudut : Negeri Sembilan (2) Kelantan (11)
Sepakan percuma : Negeri Sembilan (17)  Kelantan (18)
Offsaid : Negeri Sembilan (2) Kelantan (2)
Kekasaran : Negeri Sembilan (15) Kelantan (14)
Kad kuning : Negeri Sembilan (Mohd Shukor Adan, Mohd Firdaus Azizul, Mohd Alif Samsudin) Kelantan (Mohd Shakir Shaari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Tujuh minit
Penguasaan bola : Negeri Sembilan (45%) Kelantan (55%)

PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Subkhiddin Mohd Salleh
Penolong Pengadil 1: Wan Ismail Wan Ali
Penolong Pengadil 2: Nojey Anak Nakeng
Pegawai Keempat : Mohd Nafeez Abd Wahab
Komisionel Perlawanan : Ismail Yacob
Penilai Pengadil : Ahmad Khalidi Suppian
General Kordinator : Ahmad Fuad Daud
Pegawai Media : Raja Azura Shamim



Wan Jamak kecewa sentuhan NS tumpul

KEPINCANGAN jentera serangan dan kehilangan kapten, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada babak kedua perlawanan diakui jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yang jelas berang ketika ketumpulan barisan depannya dipersoalkan, malam tadi

Wan Jamak jelas kecewa dengan pasukannya yang gagal menemui sentuhan di depan gol ketika ketinggalan 2-1 kepada Kelantan dalam final Piala Malaysia yang akhirnya dimenangi The Red Warriors. Keadaan itu bertambah parah dengan kehilangan pertahanan tengah, Aidil yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan sejurus sebelum gol kedua Kelantan.

“Kehilangan Aidil menampakkan jurang besar. Pasukan lawan mengambil kesempatan kami. Mengenai kecederaan Aidil, kami belum dapat pengesahan sama ada serius atau tidak,” tambahnya.
~ Berita Harian 31Okt 10



Pemain terbaik perlawanan Akhir Hairuddin Omar
Gomo Kelate Gomo


Anugerah Khas Penaja di beri kepada Badri Radzi

Sathianathan puas dapat julang trofi

DI sebalik kemelut yang melandanya sejak dua minggu lalu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan tampak begitu tenang ketika meraikan kejayaan anak didiknya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi final Piala Malaysia, malam tadi.
Namun, jauh di lubuk hatinya tersimpan perasaan puas dapat menjulang trofi berprestij itu kali ini.
Sathia melalui tempoh memeritkan apabila digantung enam bulan yang kemudiannya ditangguhkan sebelum mengetuai pasukannya mara ke separuh akhir yang disusuli kejayaan manis, malam tadi.

Hairuddin dinobat pemain terbaik final bantu Kelantan tewaskan NS
 
Para pemain meraikan Piala kemenangan bersama penyokong yang hadir
Mohd Badri yang lebih dikenali sebagai ‘Piya’ sebelum ini menjaringkan gol dalam gaya sama ketika melengkapkan kemenangan 3-0 ke atas Selangor dalam suku akhir kedua di Kota Bharu.

Pada perlawanan final malam tadi, Mohd Badri meledak gol kemenangan Kelantan selepas menerima hantaran cantik daripada Mohd Norfarhan Mohamad. Sebelum itu Hairuddin Omar yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan menyamakan kedudukan pada minit ke-55.


“Saya gembira dapat melunaskan tanggungjawab untuk Kelantan tahun ini,” kata Hairuddin yang tahun lalu menjulang piala sama ketika dipinjamkan kepada Negeri Sembilan oleh T-Team. Pada final 2009, Hairuddin turut menyumbangkan gol ketika kemenangan 3-1 ke atas Kelantan.


“Sebelum kejohanan lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi Kelantan akan muncul juara malam ini (malam tadi), tetapi pada babak pertama kami masih gugup sehingga membawa kepada gol pertama oleh Negeri Sembilan,” kata Hairuddin.
 
Pemain Kelantan berpelukan sejurus wisel di bunyikan

Para pemain Negeri Sembilan menahan rasa kecewa selepas tewas 1-2..relax la bro..kalah menang kan adat permainan..