Dengan Nama Allah...
Banyak makanan yang mak masak, saya cuma tengok je. Kalau rasa nak makan baru la saya makan.
Bila mak dah tak de, memang nak rasa, teringin - dah susah nak cari yang serupa.
Makan kat kedai - mahal pulak reganya dan tak sama rasa pulak tu.
Nak makan sedara masak (ala-ala serupa mak masak) - jauh plak nak kena fly ke Kelantan
dah tu try test masak sendiri je la.. tak cuba mana tau.
dah masak - emm sedap gak..
cuma ingat tak ingat je ramuannya. Ada yang saya cari je kat internet.
Mak masak simple je tapi yang kat internet ni macam-macam plak lebih ramuannya.
Teringin nak makan bendi singgang. memang la senang tapi..hehehe..yang ala kelantan punya la kan..susah nak cari resepinya. Tapi Alhamdulillah senang je rupanya.
orang kelantan panggil bendi ni 'kacang mio' cara sebutannya kena tanya orang kelantan la ek..!
amik gambar dari google |
Bahan-bahannya:-
6 biji bendi - dibersihkan dan dipotong serong
2 ulas bawang merah - di hiris
1 ulas bawang putih - di hiris
2 keping asam keping - ikut nak masam camner yer
air
1 inci lengkuas - dihiris
cili padi - di ketuk (kalau nak pedas)
cili padi - di ketuk (kalau nak pedas)
garam dan sedikit gula
Cara:
1. Masukkan air, bawang merah dan bawang putih serta lengkuas ke dalam periuk. Didihkan.
2. Apabila mendidih, masukkan bendi. Masak hingga bendi lembut.Masuk cili padi.
Dah empuk, bolehlah dihidangkan.
Dah empuk, bolehlah dihidangkan.
Nota:
* Jika tak nak bendi belendir, potong bendi masa dah dekat nak masukkan ia ke dalam periuk didih td.
*
Warna bendi akan bertukar pucat juga walaupun kita matikan api semasa
ianyer masih segar. Ini kerana tindakbalas dari asam dalam kuahnya.
- ayah kata sedap jugak la...hihi
saya refer blog rabiatunsweettouch.blogspot.com
- ayah kata sedap jugak la...hihi
saya refer blog rabiatunsweettouch.blogspot.com
No comments:
Post a Comment