hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Showing posts with label senyum. Show all posts
Showing posts with label senyum. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

21 days old Maream ditahniq oleh Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid at-Taqwa TTDI.

Alhamdulillah..isteri Ally Iskandar - Farah telah selamat melahirkan anak perempuan yang comel sebagai ikatan kasih sayang mereka berdua. Di sini lahirnya sebuah cinta...
Saya ambil cerita ni dari FB beliau..

Betapa bertuahnya bila anak yang dilahirkan di tahnik oleh ulama...(agak jeles sedikit di sini) tuan Habib merupakan waris keturunan Nabi SAW..insyaallah semoga keberkatan ini di doakan menjadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah..



..Asalnya plan untuk ditahniq pada hari ketujuh tapi kebetulan Habib kurang sihat jadi terpaksa ditangguh. Kami nak sangat Maream ditahniq oleh Habib di masjid at-Taqwa sebab ada kisah disebalik nama Maream dan Habib dan Masjid at-Taqwa ni.

Kisahnya, kami plan namakan bidadari ni nama salah seorang isteri Nabi. Namun sekitar awal tahun, kami ke masjid at-Taqwa untuk rakaman al-Kulliyyah oleh Habib dengan tajuk 'Wanita dalam al-Quran'. Itu kali pertama kami dengar kisah keluarga Saidatina Maryam, dan kisah disebalik nama Maryam dengan begitu detail. Terus kedua kami suami isteri jatuh cinta dengan nama Maream sebab nama 'Maryam' tu sikit sebanyak related dengan kisah Maream kami.

Alhamdulillah tercapai hajat kami. Moga Maream dapat tempias berkat dari ilmu Habib. Aminn..

#mareamesabel

Sunday, May 25, 2014

Berdoa dan yakin Allah akan perkenan

Wahai anakku,
Allah Ta’ala suka mendengar doa dari hambanya. Sehingga hamba itu rasa jemu untuk meneruskan doanya, sedangkan Allah belum jemu mendengar doa hambaNya. Lantaran itu, janganlah engkau jemu untuk memohon doa kepada Tuhanmu, kerana doa adalah kerendahan diri hamba terhadap Allah.

Wahai anakku,
Bilamana kamu berdoa, berdoalah dari dalam lubuk hatimu. Jangan sesekali kamu hanya sekadar menyebut dengan lidah tanpa keinginan yang kuat dari lubuk hatimu. Jangan engkau berdoa dengan meletakkan tanganmu di atas pahamu, kerana kamu sangat tiada adab dengan Tuhanmu. Angkatlah tanganmu sebaik mungkin, dan sedarilah engkau memohon kepada Tuhanmu, bukan kepada makhluk.

Wahai anakku,
Allah Ta’ala malu untuk menolak permintaan hambaNya. Lantaran itu, semua doa akan diterimaNya. Terkadang Allah beri apa yang kamu mohon, terkadang Allah ganti dengan yang lain yang kamu terlupa memohonnya, dan terkadang Allah gantikan dengan pengampunan dosa-dosamu, dan terkadang Allah jadikan doa itu untuk mengangkat darjat selepas matimu.

Wahai anakku,
Janganlah engkau menjadi hamba Allah yang sombong yang tidak memohon kepada Allah selepas solatmu. Tadahlah tanganmu mohonlah kebaikan duniamu dan keredhaan Allah di akhiratmu.

Wahai anakku,
Manusia akan merayu-rayu kepada Allah di akhirat nanti dengan pelbagai rayuan dan tangisan. Tetapi kamu harus merayu dan menangis sekarang terhadap kesalahan dan dosamu. Kerana tangisan dan rayuan sekarang didengari oleh Allah, sedang tangisan dan rayuan akhirat tidak lagi dipeduli.

Wahai anakku,
Jangan engkau putus asa bilamana doamu tidak kamu perolehi, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Teruskan doa tersebut tanpa jemu dan buruk sangka terhadap Allah. Allah mendengar doamu, hanya terkadang Dia tidak menunaikan terus permintaanmu kerana Ia gembira mendengar permintaanmu, dan aku khuatir bilamana Allah mengurniakan apa yang kamu mohon, lalu kamu tidak lagi memohon dan merayu kepadaNya.

Doa kamu adalah zikir yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu.

Senyum selalu.

Thursday, April 24, 2014

La tahzan 2014

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu? Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah ‘telah ditakdirkan Allah’, apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu, Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.

Thursday, June 13, 2013

Jangan risau..

Dengan nama Allah..

Wahai anakku,
Janganlah membazirkan masa dalam kerisauan. Kerana sesungguhnya kerisauan tidak akan menghilangkan masalah di hari besok. Ia hanya menghilangkan ketenangan dan memadamkan senyumanmu pada hari ini.

Wahai anakku,
Mengapa engkau perlu risau jika masih ada yang boleh dilakukan? Lakukan apa yang patut supaya engkau tak risau dan percayalah pada Allah akan memberikan keputusan yang terbaik buatmu. 

Wahai anakku,
Mengapa pula engkau perlu risau jika tiada apa lagi yang boleh dilakukan lagi? Hidup ini sememangnya ada hakikat yang perlu diterima walaupun pahit. Namun, yang pahit sekarang biasanya adalah ubat padamu di masa depan... itulah ajaibnya ciptaan Allah. Serahlah dirimu padaNya, jangan hambakan dirimu pada kerisauan.

Senyumlah pada masalah. Nescaya masalah akan senyum pada mu.