hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Showing posts with label Negara punya masalah. Show all posts
Showing posts with label Negara punya masalah. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Hukum Tafakur


KUALA LUMPUR 22 OGOS – Persoalan berhubung apakah hukum tafakkur dan berkabung banyak diperkatakan. Berdasarkan fanpage Fatwa Malaysia jelas sekali bahawa  tafakkur adalah diharuskan apatah lagi apabila diisi waktu tersebut dengan membaca al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada saudara kita yang terkorban. Manakala hukum berkabung dengan berpakaian hitam juga tidak menyalahi ajaran Islam apabila ulama Syria yang terkenal Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaylimenyebut bahawa dalam konteks wanita yang kematian suami diharuskan untuk memakai pakaian hitam, maka jika digunakan Qiyas kepada apa jua keadaan bersedih dan berdukacita, ianya juga diharuskan.
Di bawah ini adalah penjelasan dari laman fanpage Fatwa Malaysia kendalian Felo Fatwa Malaysia (JAKIM):
Soalan: Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN: Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan ‘moment of silence’ lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak. Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-JawziyyahAhkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan ‘moment of silence’, namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an. Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-ZuhayliFiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662)

Monday, August 18, 2014

selamat tinggal Pasar Minggu, Kg Baru Kuala Lumpur

Dengan nama Allah

tempat jatuh lagi di kenang apatah lagi tempat lahir..

Pasar Minggu kg. baru Kuala Lumpur akan bertukar wajah. tanah tumpah darahku tempat kelahiran aku di sini. tempat bertatih kehidupan senang ke jatuh ke zaman kegelapan hidup di kota. 

aku lahir kat sini. besar sama-sama ngan kawan yang ada kat sini. Sekolah pun dekat area sini je. tp ada rasa gatal dok asrama masa form 5 dulu..

Raya pun kat sini je dari dulu hingga kini. merayau dan merantau mencari ilmu sekejap ke Besut, Terengganu dan kemudian kembali ke Gombak. tapi masih di sini.

Tak tau nak kata macam mana tapi apa yang ada kat Pasar Minggu ni sampai aku akan rasa 'kehilangannya' sampai bila-bila

1. Merupakan Pasar malam terbesar di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Pelbagai jualan ada di jual di sini. Produk kampung la terutamanya.
2. Di namakan Sunday Market dan satu-satunya nama pasar malam yang ada di dalam peta Kuala Lumpur.
3. Sunday Market kerana pasar malam jatuh pada malam Sabtu. tapi ramai pelancong akan datang pada hari ahad.
4. Sekarang ni (sehingga cerita ini di taip) di sini terdapat pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis perniagaan. Kedai makan, barangan antik, kedai runcit yang ketika dulu tiada di tempat lain.
5. mengalami kebakaran berulang kali.
6. Purata penduduk kini terdiri dari kaum Aceh, Minang, Madura manakala populasi masyarakat melayu semenanjung amat sedikit.

Orang kaya ahli Parlimen Titiwangsa - Datuk Johari akan cuba 'membangunkan' Pasar Minggu ni dengan cara dia tersendiri. Maklumla dah lama ahli Parlimen yang terdahulu 'gagal' dalam 'merampas' Kg. Baru ni especially Pasar Minggu ni.

akhirnya orang-orang Melayu di sini telah kabur menerima 'habuan' yang sebesar ikan bilis berbanding ikan paus yang dia dapat.

Sedih? Entahla..orang dah nak kita kasi je la
tak puas hati? memang tak puas hati tapi sapa aku ni..hamba Allah je.

Biarla mereka dan keluarga mereka nak ambil nak buat apa tapi sebenarnya biarlah berbaloi. namun tiada yang adil di dunia ini.

Tuesday, May 15, 2012

Blog ku

Bismillah... saya amat terasa kehangatan di telinga apabila tak boleh nak settlekan masalah ni. bila blog saya 'terpaksa' bertukar wajah... dah berhari rasanya saya cuba nak kasi cantik dan memuaskan hati tapi waaaaaaa! napa la kan gatal tangan tetiba je tak leh nak upload new template. tensen gak la buat masa ni bila kat rumah plak tak boleh nak bebel banyak2 sebab ada ops bersih.

Saturday, September 10, 2011

Kaji semula caj enam peratus

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) meminta syarikat telekomunikasi (Telco) supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna produk tambah nilai dan pek permulaan talian prabayar kerana ia dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya sudah dapat banyak reaksi dan maklumat balas orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga," katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di di sini semalam.
Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai enam peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

Hua...ha ha ha..mana satu betul nih...?!

Kosmo 10 September 2011

Thursday, September 8, 2011

Cukai 6 Peratus Untuk Setiap Pembelian Tambah Nilai

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

huh!..nak beli topup sepuluh pun kena sedia rm11 ringgit lah macam ni..adoyai…