hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Friday, March 25, 2016

Ikan Cencaru sambal

Salam.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ikan yang sentiasa menjadi igauan tak kira masa belajar di asrama sekolah sampai la ke dewasa ini..ikan ni namanya ikan Cencaru tapi ada nama komersilnya..kami kanak-kanak asrama panggil ikan 'jacket' sebab dia macam pakai jacket tak macam ikan lain..oghe kelate panggil ike 'koghe' ..
Tapi masa belajar dulu asik makan yang goreng biasa je..

saya cuba masak ikan cencaru sambal yang di belah belakang..

Bahan-bahan:

ikan cencaru
4- 5 batang cili merah
bawang merah
bawang putih
belacan - di bakar
gula
garam
air asam jawa

Cara masak:

Ikan cencaru di belah belakang
Goreng ikan dengan garam kunyit seperti biasa..
angkat dan toskan

masak bahan-bahan kisar diatas.
sejukkan dan kemudian masukkan di celah belahan ikan cencaru.
hidangkan

* saya tak goreng semula kerana sambal akan jadi hitam.



Monday, February 22, 2016

Cara Masak Spaghetti Carbonara

Dengan nama Allah

dah lama tak memasak. Bila memasak nak yang simple dan sedap. Nak sedap dan cepat kena pergi kedai. hulur duit je. Kat pasar tani JKR KL ada jual spaghetti ni tapi saya rasa tak puas la makan. Dah la sedap tapi sikit je..mana aci kot. Meh la buat sendiri, makan sampai puas.

Bahan2 dia senang di cari dan setakat ni harga pun berpatutan dengan kadar kuantiti yang akan kita dapat.

Bahan-bahan utama Spaghetti (tak kisah apa jenama yang biasa anda guna)
Sedikit Minyak zaitun
Sedikit isi ayam
1 tin Carbonara Mushroom
1 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
1 keping cheese
1/2 cawan susu segar
5 hotdog (apa kata ganti nama dia ek?)
sedikit serbuk lada hitam garam dan gula secukupnya

Cara masak Sebenarnya boleh buat serentak, sambil rebus spaghetti sambil masak kuahnya...

Panaskan air dan bubuhla beberapa titis minyak zaitun dalam air rebusan ni.
Ini untuk elakkan spaghetti ni dari melekat dan ia bersinar bila dah siap rebus.
Bubuh la garam sikit (Tak bubuh pun ok je)
Untuk makan 2-3 orang, amik la sedikit dari secekak spaghetti tu. tak yah la rebus semuanya..
tunggu sehingga lembut

Sambil tu panaskan kuali, letak minyak zaitun.
Masukkan bawang putih, kemudian bawang besar Holland yang di potong dadu.
Biarkan naik bau masukkan isi ayam dan biarkan masak seketika masukkan hirisan daging hotdog Kemudian masukkan sos Carbonara Mushroom tu..kacau rata. kalau pekat sangat masukkan sedikittt je air. Kacau sebati.
Masukkan 1 keping cheese. ini pilihan ye. Tak letak pun tak pe.
Masukkan sedikit serbuk lada hitam
Masukkan 1/2 cawan susu segar, dan kacau rata.
Sambil tu spaghetti tu dah masak dan boleh toskan.
Bubuh garam untuk penyedap rasa. Tapi biasanya tak perlu kerana setin Sos Carbonara ni dah cukup rasa. Dah siap dan boleh hidangkan........

Monday, August 11, 2014

Singgang bendi



Dengan Nama Allah... 

Banyak makanan yang mak masak, saya cuma tengok je. Kalau rasa nak makan baru la saya makan. Bila mak dah tak de, memang nak rasa, teringin - dah susah nak cari yang serupa. Makan kat kedai - mahal pulak reganya dan tak sama rasa pulak tu.

Nak makan sedara masak (ala-ala serupa mak masak) - jauh plak nak kena fly ke Kelantan dah tu try test masak sendiri je la.. tak cuba mana tau. dah masak - emm sedap gak.. cuma ingat tak ingat je ramuannya. Ada yang saya cari je kat internet.
Mak masak simple je tapi yang kat internet ni macam-macam plak lebih ramuannya. 

Teringin nak makan bendi singgang. memang la senang tapi..hehehe..yang ala kelantan punya la kan..susah nak cari resepinya. Tapi Alhamdulillah senang je rupanya. orang kelantan panggil bendi ni 'kacang mio' cara sebutannya kena tanya orang kelantan la ek..! 


amik gambar dari google

Bahan-bahannya:-
 
6 biji bendi - dibersihkan dan dipotong serong
2 ulas bawang merah - di hiris
1 ulas bawang putih - di hiris
2 keping asam keping - ikut nak masam camner yer
air
1 inci lengkuas - dihiris
cili padi - di ketuk (kalau nak pedas)
garam dan sedikit gula

Cara:
1. Masukkan air, bawang merah dan bawang putih serta lengkuas ke dalam periuk. Didihkan.
2. Apabila mendidih, masukkan bendi. Masak hingga bendi lembut.Masuk cili padi.
   Dah empuk, bolehlah dihidangkan.

Nota:
* Jika tak nak bendi belendir, potong bendi masa dah dekat nak masukkan ia ke dalam periuk didih td.
* Warna bendi akan bertukar pucat juga walaupun kita matikan api semasa ianyer masih segar. Ini kerana tindakbalas dari asam dalam kuahnya.

- ayah kata sedap jugak la...hihi 



saya refer blog rabiatunsweettouch.blogspot.com

Saturday, June 1, 2013

Dapur Sarawak

 Dengan nama Allah..

Hari Gawai - kawan ku seorang ni tak balik beraya ke kampung. Dengan rasa sedih, Azie minta nak makan makanan Sarawak.. mana la aku tau kan..tetiba teringat nak tanya makcik gugelina. Apalagi dapat la beberapa tempat kat Kolumpur ni..

Jom Berambeh! ke Dapur Sarawak

Kedai ni katanya aktor kacak Mahmud Ali Bashah punya..so lagi la menguatkan kesemangatan nak g makan. Tak la jauh dari bandar, kedainya di belakang Hospital Tawakal  Jalan Pahang. Mujur juga kedainya buka.Apalagi terjah le.

set mee kolok

Saya pernah makan makanan Sarawak masa g outstation ke sana dulu. Rasanya boleh je 'masuk' ngan makanan orang sana. Sedap dan ringkas.

mee kolok
 Kalau setakat mee kolok tu, alahai..rasanya macam maggi ayam je..hehehe (padahal lain tau rasanya..unik) Kena try la baru tau..
Sebelum tu pernah pergi makan kat Restoran penyanyi Hajjah Deja Moss..- Hadeja. Sedap la kan kalau yang asli dan original.
 
kicap pedas


sambal
Nasi goreng dabai
 Nasi goreng Dabai..haha rasanya macam pernah makan buahnya masa di Kelantan tapi ingat-ingat lupa..Sedap dan tak tau nak kata apa..

teh 'C'
 Air Teh 'C' ni orang Sarawak memang buat kow punya..cantik je layer dia kan..tau masa g Sabah dulu.. Saya minum air ribena sprite..agak familiar tapi menarik.

Ribena Sprite

 

laksa sarawak
 Laksa Sarawak memang sedap. Agak rumit nak buat kuahnya tapi sekarang dah ada pes. Senang tapi bahan-bahan mentah kena fresh baru terangkat!

Dah try laksa sarawak, kami try juga mee kolok goreng..memang nampak macam maggi goreng tapi rasanya tetap lain..

mee kolok goreng










Tuesday, May 22, 2012

saya rindu masakan mak...

MENGAPA MASAKAN IBU PALING SEDAP


Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa? Kata orang, itulah penangan 'air tangan'.

Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan. Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?

Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

 Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

kawan2 kata mak punya sambal ikan bilis sedap sangat...

 Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

 Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar.

merindui masakannya..~ kerutuk daging


Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

 Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya: "Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."

 - Artikel iluvislam.com 

 Biodata Kolumnis Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.

Friday, March 2, 2012

pasar malam lagi..

Bismillah..

2 Mac jumaat

hari ni ada 2 pasar malam..satu kat Universiti..kalau nak makan terus, lebih baik ke pasar malam universiti..makanan faberet kepala sutun goreng..perghh! subhanallah sedap..atau nasi minyak kat gerai kelantan tu..yang sedapnya ayam kerutub yang di padankan ngan nasi minyak..memang susah gak la nak cari nasi minyak ala kelantan yang sedap kat kl ni.

satu lagi pasar malam kat Jelatek..saya rasa ni pasar malam paling besar penah saya pergi..kalau jalan TAR tu paling panjang.Kat jelatek ni banyak yang saya suka. satu, ikan dan sayur fresh..cuma agak mahal dari chow kit.

ayam percik sedap, nasi, jagung cawan,gula leng, laksa kola perlis,meehun sup utara,rojak mamak, roti john, murtabak, buah-buahan, cd cetak rompak pun ada..ikan bela pun banyak..baju kanak-kanak..emmm banyak sangat. kedai tudung, bundle, kacang rebus..daging,ayam mentah..ikan, sayur-sayuran...wooww..

opss..ari ni saya pergi lagi.. he he..saya nak try nasi kerabu.minggu lepas try kedai lain.
kendian beli ikan dua tiga ekor sebab last week punya pun ada lagi. beli sayur petola,kangkung, bayam, mee, kobis bunga..

banyak na sayur..ye ke nak makan ni..tapi sebenarnya saya ni dah kena mula belaja makan sayur. ntah kenapa baru nak minat..emm..yang belum ialah minum susu..

semalam saya mencuba semula masak udang lemak kuning daun kesum..emm..boleh la..macam ada yang tak lengkap..kurang garam! saya memang kurang masin dan manis tapi kalau masakan kurang gula atau garam..maka alamatnya tak sedap la sangat..tapi ayah makan bertambah-tambah..Putra pun sama..ha ha kira ok la tu kan...

Next time cuba lagi..insyaallah.