hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Showing posts with label Ziarah. Show all posts
Showing posts with label Ziarah. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Ujian Allah..

Ya Allah..Tarikh 8 June. Mak masuk wad lagi kerana demam yang suhunya amat tinggi..Ya Allah ada hampir 10 hari je lagi nak g Umrah..

Ibn Mubarak berkata: "Bencana itu hanya satu, akan tetapi akan menjadi dua jika kita mengeluh. Pertama, musibah yg sdg dihadapi dan kedua hilangnya pahala akibat keluhan itu." Jgnlah kita mengeluh, sebaliknya tahanlah hati drpd bersikap buruk sangka dgn manusia dan Allah atas musibah itu. Jgn lg dilihat sbb2 nya tetapi kaitkan dahulu dgn Penyebabnya (Allah). ('',)
 
 

Masanya kian Tiba...

Dengan Nama Allah Yang Memberi Rezeki ~ Ya Razak

Tahun 2011 mencatatkan keriangan peribadi pada saya sendiri dan tempiasnya pada keluarga dan mungkin pada teman2 rapat. Saya dapat bertukar dari jabatan lama ke jabatan baru..pertukaran yang di pinta dan di jangka ini adalah untuk memperbaiki kekurangan diri dan menampal kerosakan yang berlalu sebelum ini.

Terima kasih jabatan lama kerana 'berkeras' mengajar saya jadi semakin matang semakin kuat dalam membina diri. Saya tinggalkan anda dengan khidmat bakti saya yang masih kurang kerana ketika mula melapor diri saya menjangka akan memberi khidmat bakti di samping menimba pengalaman baru. Ya.. memang agak menimba la jugak sehingga bocor timba yang di guna untuk menimba...dan jangan di sangka air yang tenang tiada buaya..!

Kegembiraan saya di uji Allah. Mak saya di beri ujian Allah yang berat . Beliau muntah darah..(dan saya ada ceritakan sebelum ini..)..Mak adalah segalanya buat saya dan ahli keluarga juga..dan hampir sebulan selepas itu mak masih perlu mendapat rawatan susulan..

Maka perancangan saya dan Wani mungkinkah akan bertangguh kerana masalah kewangan yang saya hadapi. Ya Allah, saya sentiasa positifkan diri ini memikirkan yang positif sahaja..

Mak akhirnya di sahkan sihat dan beliau merancang untuk pergi bersama2 kami. Dan Wani juga merancang membawa maknya bersama..Alhamdulillah..walaupun perancangan asal adalah menunaikan Haji..(InsyaAllah!)

Dalam kesibukan kerja kami sempat juga mengunjungi pameran pelancongan Islam di Shah Alam. Tujuan; survey mana yang baik dari yang terbaik..

Saya serahkan pada Wani sahabat yang saya sayang untuk membuat keputusan kerana beliau sering mengambil keputusan  yang terbaik sepanjang kami bersahabat..Masyaallah...!


Kalau saya tahu saya ni perosak dirinya, saya akan berubah.
Saya nak jadi lebih baik sebab saya nak sama2 masuk syurga dgn dia.
Nak jadi jirannya kat sana. Dan saya percaya dan pegang kata2nya,
"Jangan biar aku jatuh, sebab aku takkan biarkan kamu tenggelam lemas."
Fungsi sahabat itu adalah saling mengingatkan, saling berkongsi apa yang dah mengesankan hati ntuk manfaat bersama dan bekalan di sana.
Dan andai dia mengorak langkah untuk menjadi lebih baik, kita pun patut melakukan perkara yang sama. Berubah kerana Allah. Saya tak nak ditinggalkan di belakang, hanyut sendiri, jauh dari Dia, sedangkan dia makin dekat dengan Dia. Mahu berjalan seiring..
"Kau peganglah tangan aku tanpa paksa demi Dia. Bawalah aku ke syurga kerna cinta-Nya."
To gather together in Jannah.. Insyaallah..


terima kasih Wani...!

Sunday, July 3, 2011

Persediaan diri

Dengan Nama Allah Tuhan Sekalian Alam...


Sehingga tahun lepas perancangan mengunjungi Baitullah menjadi semakin kuat dan bertambah kuat. Tekad dalam diri amat kuat sehingga saya merasa cemburu dengan kunjungan rakan sekerja yang dapat peluang keemasan menunaikan Haji pada musim yang lepas dengan tanpa di duga. Tahun 2010 telah terjadi perang di negara Arab di mana kebanyakan negara Asia seperti Indonesia telah menarik diri menyertai rombongan Haji jadi kuota itu telah di beri kepada rakyat Malaysia..

Alhamdulillah rezeki masing2 dan saya yakin Allah Maha Pemberi Rezeki.

Saya dan Wani merancang akan mengunjungi Baitullah pada awal bulan Februari atau bulan Mac 2011 kerana pada masa itu cuaca di Mekah di katakan agak sejuk sedikit berbanding bulan2 lain.Insyaallah..

Perancangan kami berjalan seiring kehidupan yang perlu di lalui setiap hari..Dalam hati saya sentiasa berdoa agar di permudahkan permohonan hambaMu ini..

Selain mempersiapkan diri dari segi kekuatan fizikal..kekuatan rohani juga amat penting..

dan padaMu Allah aku berserah diri...

Persediaan mengunjungi Baitullah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Perancangan bermula dari 5 tahun lepas  lebih (kurang la)..tapi pada masa dan ketika tu saya hanya merancang dalam diam..seorang diri dan  mencatatkan setiap impian hati saya dalam diari gomen, diari personal dan diari diri. Seperti apa yang saya baca, jika kita impikan sesuatu kita hendaklah catatkan dan bacalah setiap hari. Ia seolah2 kita berdoa memohon dari Allah..

Saya berserah pada Allah dari mula kerana saya sentiasa memikirkan bagaimana saya dapat ke Mekah dengan gaji yang sedikit..Namun gerak hati dan impian itu di 'tunjuk' Allah..ketika sahabat saya Wani menyampaikan hasrat untuk ke Mekah juga, hati ni dah terdetik riang kerana impian kami adalah sama..di tambah lagi dengan semangat dan dorongan dari En. Azman yang menceritakan pengalaman pertamanya dapat ke Mekah. Bergetar dalam jiwa saya mendengarnya dan lantas terus bersemangat kerana Allah akan ke sana dengan usaha yang kuat.. insyaallah!

Aku Yakin Allah Tidak akan Mensia-siakanku

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs Terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.

Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.

Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.