hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, January 24, 2011

Dunia ni kecil @ Dunia makin mengecil..

..sungguh x ku sangka..walaupun biasa dengan ayat dunia ni kecil je apatah lagi KL ni..emm..
petang tadi saya menelefon kawan lama di opis lama..lama tak berbicara kan kerana masaing2 sibuk mencari haluan sendiri dalam proses peningkatan diri sendiri..satu je sama..petang2 rasa mata memang tak boleh menampung untuk membuka sahaja..yang pasti akan cuba terkebil2 untuk terlelap..mulut tok sah kata la..asik menguap je...ngan rasa sejuk sampai ke tulang ni...aduyai..!

Yani, kawan saya di opis lama heran dengan intonasi suara saya yang agak ceria dan suasana opis yang senyap..rerupanya Yani masih belum tahun saya telah bertukar ke tempat lain..
dan saya berkeras x mo bagitau dia kerana..saya andaikan kami akan bertemu dengan 2 3 orang lagi kawan (di opis lama) untuk mengukuhkan silaturrahim walau sesibuk mana pun..tapi kantoi gak..

Ntah macam mana Yani boleh search nama saya di Google Search dan dia akhirnya tahu saya di mana..Siap call saya untuk mengesahkannya..Cayalah beb!..dan..dan dalam pada bercerita serba ringkas kejayaan Yani mengkantoikan saya..ada satu citer yang memang saya terkejut sangat2..my big boss ada relationship ngan my ex boss..wargh...!! terkezut..Subahanallah..memang terpacul la dari mulut ni kekaguman dan kekuasaan Allah dalam rantaian hidup ni..

ha ha saya mula mengandaikan corak kerja saya ni..adakah akan di pengaruhi oleh situasi lama atau saya akan mula mengikut rentak yang baru..

dan projek seterusnya..apa lagi cari la dalam laman sosial..Akhirnya..................................
Sah!! memang betul..ni bukan cobaan.. ini betul2 la...dah la nama tu macam familiar sangat kat telinga saya ni..nama serupa macam ex boss..pas tu rasa macam kenal sangat..rupanya saya kenal dalam x kenal..kenal sebab mereka adalah suami isteri..siap hadiri majlis perkahwinan mereka lagi..bersalam2 lagi..

Tapi x pe la..saya bukan penah kije direct ngan ex bos ni..so x de kot mempengaruhi gaya kije sekarang..
Insyaallah..

Tuesday, January 18, 2011

Swasta vs ...

Hari ni hari yang antara penting pada saya..hari yang membantu merungkai semua yang di pendamkan dalam hati mak, hati ayah,hati saya dan hati kami sekeluarga...

Sebelum itu saya telah melalui pengalaman yang mencemaskan dan meransang otak untuk memarahi orang tapi saya tidak lakukan nya!..hi hi saya baru je dengar cermah motivasi.." x guna nak marah orang sebab akhirnya kita sendiri yang sakit ati"..

Berdasarkan penyataan itulah saya mula jadi tukang senyum je..Semoga Allah membalasnya.

Nak cter n share pasal mak yang saya sayang ni..

08 Januari 2011 Sabtu Petang

badan mak sakit2 macam nak demam..dah selalu sangat mak rasa macam tu..badan sejuk2 dulu kemudian dia akan demam..tapi hari tu amat berlainan..mak mengadu sakit sangat badan2 dia..tak lama kemudian mak batuk2..ish hairan la saya..awal petang nampak sihat je tetiba je sakit..dan tanpa di jangka mak batuk2 yangkuat dan terus muntah darah!..
Ya Allah! kenapa ni..saya memang terkejut..sebelum ni memang mak pernah demam dan muntah selepas saya picit2 badan mak..itu pun saya rasa sebab masuk angin.

Darah berketul2 kuar dari mulut mak tanpa henti..ayah yang ada dekat kami pun mula menampakkan kerisauannya..makin saya urut badan mak makin banyak kuar darah..saya cuba tidak panik dan saya minta tolong Wani yg berada di rumah kami untuk membeli air kelapa untuk meredakannya..

emmm..apa yang anda pk kan kalau itu terjadi di hadapan anda..

so, plan awal nak ke jalan TAR terus saya batalkan atas nasihat Wani juga..jaga mak katanya...ntah kenapa Wani perasan ada manik2 kecil bergenang di kelopak mata walau saya cuba tahankan.Saya x kuat sangat kan..?!

Selepas muntah2 mak kepenatan...itupun saya pk sebab dah minum air kelapa. Mak tidur dalam kepenatan..saya x sedap ati ngan situasi mak..Saya mandi dan bersiap untuk duduk di sisi mak..Mak kata mungkin ada yang 'buat' dia..dalam kepala ni saya cuba yang terbaik menenangkan hati mak..sambil fikiran merayau cari jalan saya pun buka laptop cari jalan penyelesaiannya..

Apa yang saya dapat berdasarkan keadaan fizikal mak, kebarangkalian yang besar, mak mungkin mengalami kegagalan buah pinggangnya.Ini kerana kaki mak membengkak seperti ada air itupun di sebelah kaki kanan sahaja. Selain berusaha nak bawa mak ke Darul Syifa', saya fikir baik bawa mak ke hospital...dan saya terlelap seperti ayam..(ye ke..) kejap bangun kejap tdo..

pas ni debaran lebih lanjut dalam cter seterusnya dalam swasta vs...  part II

Lima perkara sebelum lima perkara

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum dilanda sakit, masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
1. Masa muda masih ada..umur kian bertambah..cuma bukan muda belia la kan..tenaga pun tak sebanyak dulu, kekuatannya telah berkurangan seiring usia...

2. Masa sihat sebelum sakit..yang ni saya pelajarinya amalkannya semenjak saya mengalami demam 1 kali je  setahun tapi demam yang teruk dan berpanjangan..orang2 di sekeliling saya apabila mengalami sakit sesudah sihat..

3. Masa kaya sebelum miskin..setakat yang saya ingat kehidupan saya sehingga kini masih belum kaya..dari miskin ke arah peningkatan kesederhanaan ada..saya bersyukur kerana saya dan keluarga diberi peluang Allah untuk mengecapi kesenangan sesudah merasai kepahitan kesusahan akibat kemiskinan..Kami diberi cukup makan pakai..dan Alhamdulillah hanya padaNya jua saya ucapkan semua yang saya kecapi sehingga kini..

4. Masa lapang sebelum masa sibuk..saya merasai dan melaluinya dahulu dan bakal melaluinya dengan sedikit pengalaman yang ada..saya pernah merasai kesibukan yang amat sehingga saya mengabaikan makan minum, kesihatan, emosi dan juga keluarga yang saya sayang..saya kemudian di beri rehat yang panjang akibat kealpaan saya di kala sibuk.dan kemudian baru la saya kata itu adalah kaffarah dosa atas perbuatan saya sebelum ini sedangkan ramai yang lain mengatakan ada hikmah di sebaliknya..

5. Hidup sebelum mati..yang ini pasti dan akan di rasai oleh setiap yang hidup..

Kalau dengar lagu nasyid kumpulan Raihan ni..dengar je..masuk telinga kanan kua telinga kiri..macam  x resap kat ati pun..bila dah rasai semua baru la boleh cter kan..dan
semenjak saya di opis baru..dan sebelum di tukarkan ke opis baru, saya di bayangkan akan mengalami situasi yang men'sibuk' sangat2!..he he..dan apa yang saya jawap..? hanya senyuman je..dan saya teringat zaman muda dulu..!

Tuesday, January 4, 2011

Opis baru suasana baru...

Alhamdulillah..segala pujia pujian hanya untuk Allah memudahkan saya dalam menghadapi hari pertama di tempat baru..hik hik..macam budak baru masuk sekolah..dan kebetulannya hari ini adalah permulaan hari bersekolah di minggu pertama di bulan pertama di tahun 2011..

Lupa nak ucapkan selamat tahun baru 2011..dan masih belum terlambat untuk kita memperbaharui azam atau juga menambah azam..

Sunday, January 2, 2011

untuk saya

berani menghadapi masalah..jangan takut dan gentar dengan msalah yang menghalang..hadapi dengan benar dan tawakal, kerana setiap masalah sudah diukur Allah bersesuaian dengan kemampuan kita..

Allah tidak mengubah nasib seseorang hamba selagi dia tidak berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik.. segalanya bergantung kepada kita. Pilihan ada di tangan samada kita mahu menjadi cemerlang atau tidak..

memberi tidak akan mengurangi apa yang kita miliki..

Everything you do..always online direct with Allah..wireless!!

hidup kita akan lebih bermakna andai kita mampu membahagiakan diri sendiri dan juga orang lain..maka hargailah diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita..