hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Saturday, February 26, 2011

Mintalah Sentiasa

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)

Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."Riwayat at-Tirmizi
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Mintalah Kepada Allah Swt Sentiasa

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186)

Mintalah kepada Allah Swt dalam apa jua keadaan, dalam hati dan juga dengan adab-adab berdoa serta waktu-waktu berdoa yang terbaik. Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.

Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.




Assalamualaikum...Wahai sahabatku termasuk diriku ini..sesungguhnya mintalah apa saja hanya kepada ALLAH..sesungguhnya ALLAH tidak pernah mengecewakan hambaNYA tetapi hambaNYA seringkali mengecewakanNYA...subhanallah wabihamdih..sungguh suci diriMU YA ALLAH...LAILAHAILLAH MUHAMMADAROSULULLAH...

Bagaimana menukar masa menjadi emas?

SOLAT adalah institusi yang agung dalam memberi pendidikan kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Antaranya solat melatih serta mendidik seseorang itu supaya menjadi tidak malas dan tidak membuang masa.
Apakah fungsi solat kepada kehidupan manusia? Allah berfirman yang bermaksud: Tidaklah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nuur ayat 41).

Bermakna solat bukan hanya dilakukan oleh manusia semata-mata, malah semua apa yang ada di langit dan di bumi tahu cara solat masing-masing.

Menjelang siang, muazzin mengingatkan kita masa tidur sudah berlalu. Siang bukannya waktu untuk tidur lagi sebaliknya waktu untuk membina dunia.

Laungan marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.' Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi. Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, `marilah solat' Zuhur. 



Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa. Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan `marilah solat', malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara `marilah solat' datang lagi.

Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia untuk menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.

Ada pepatah berbunyi, 'masa adalah wang dan masa bergerak laju seperti anak panah'. Ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.

Solat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi wang. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas.

Apabila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat.

Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu.

Menggunakan masa dengan cepat bermakna jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu perkara. Peluang kadangkala hanya datang sekali.

Kita ada tiga masa saja iaitu masa lalu sebagai pengalaman, kita ada masa sekarang dan kita ada masa depan atau hari akhirat. Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan.

Apabila kita lambat bertindak, kita pasti akan menyesal. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul.

Seperti membunuh dalam peperangan akan digelar sebagai wira negara tetapi kalau membunuh orang tanpa sebab akan dihukum gantung.

Allah berfirman yang antara lainnya bermaksud: "Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmu tempat kamu berharap."

Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah.

Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah. Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan.

Jaminan Allah, berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang yang khusyuk mereka belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat berkenaan.

Justeru, lakukan solat dengan penuh khusyuk yang bermula daripada pelaksanaan yang sempurna, memahami pergerakan dalam solat, memahami ayat dan zikir yang dibaca, bersolat di awal waktu, bersolat secara berjemaah serta pastikan tempat solat dan pakaian bersih daripada sebarang najis.

sumber: harian metro jumaat 25feb2011

Tuesday, February 15, 2011

Bertemu setelah berpisah

Salam..

Selalunya ikut pepatah bila sesuatu tu ada depan mata, kita x hirau sangat pun tapi bila nak berpisah bila dah ilang depan mata baru la rasa something..kan?!..dan saya rasa semua pernah mengalami cuma mungkin ada yang x mo ingat dah kalu benda  @ kejadian tu dah lepas..dah berlalu..nak lagi peristiwa pahit.

Baru baru ni saya memanjangkan langkah ke Mid Valley bersama Wani. Sementelah lagi waktu rehat pada hari Jumaat panjang..kami ada urusan negara yang perlu di segerakan. Di ringkaskan cter, bila nak balik opis, saya tdengar org panggil nama NIK..emm bukan saya sorg kan,yg guna pakai nama tu..tapi kali ni beserta dengan org yg memanggil tu saya kenal..bekas bos saya.

Maka al kisahnya kami bersalam salaman dan bertanya khabar..dan tanpa di duga muncul lagi sorg bekas bos saya..Emm..cool je rasa..kenapa ye masa ni boleh bergurau senda dan bersembang seolah tiada pernah ada dusta antara kami..ceee wah macam lagu plak..!


betul..! saya rasa saya boleh je 'masuk' ngan sesapa tanpa ada ikatan  "majikan dan anak buah"..dan paling saya boleh agak ialah pertanyaan cepu emas.. "seronok tempat kije baru....?"
Kebetulan plak pada hari tersebut pun ada rakan seopis yang menelefon menanyakan khabar saya dan memberitahu dia mengingati saya sejak 2 menjak ni..terharu la kan..

so, berbalik pada pertanyaan kedua2 bekas bos ..kalau anda di tempat saya..apa yang anda jawab....?
dan ini jawapan saya...

Salah seorang bos bagitau dia pun macam teringat kat saya 2 3 menjak ni..ayat tu macam klise tapi kedengaran amat ikhlas di telinga saya..maka sengih tersimpul2 la saya mendengarnya..sebenarnya saya pun nak bgtau saya pun ada rasa benda yang sama..(tapi x terbagitau)..dan ini yang di namakan wave..

Percaya lah bila saat kita teringatkan seseorang dalam masa yang sama juga orang itu sedang memikirkan kita..cuma nak mengaku dengan tidak je..tapi antara kita dengan Allah tidak begitu..Allah sentiasa ingat pada kita, cuma kita je jarang2 ingat kat Allah..bila dah susah baru ingat Allah..emm..minta di jauhkan begitu pada diri saya dan orang2 di sekeliling saya juga..

Dalam sekejapan masa kami berpisah kerana ada urusan masing2..apalagi balik opis la..dah lambat ni mak temah..dalam mengiringi langkah, saya teringat dan mengingati sesuatu..emm kenapa ye dahulu kita tidak sehaluan....lanatas terlintas di fikiran saya..

..dan sebenarnya kita memang ditakdirkan di pertemu dalam situasi kerja, yang masing2 mempunyai berlainan pendapat tapi bila di luar urusan negara, kita masih dan tetap bersaudara..

 ”Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah” (HR Abu Daud dari Barra’)

”Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan” (HR Muslim)

Tuesday, February 8, 2011

Gigi, Doktor dan...

Salam Ukhuwah..

masa ni saya x leh lelap kan mata dah sebab baru bangun tdo..petang tadi makan ubat sebab baru je selesai cabut gigi..ni pun sambil mengetap kapas di celah gigi yang di cabut siang tadi..macam comel plak rasa..

Dah lama saya rasa sengal2 sakit gusi ke gigi.. xtau la..tgk kat cermin macam x de pape..
cumanya saya dikurniakan gigi berlapis belah kiri yang membuatkan saya rasa sayang sangat kat gigi tu..terpeleot sket lambat sangat tumbuh kot dulu..so, gigi lain dah membesar x bagi ruang kat dia..macam gigi yang bongsu la gak kan..hari2 sakit..tapi tahan je lah..nak kata goyang pun tak..tdo pun sampai meleleh air liur..tp bukan air liur basi tau!

Saya cuma tunggu kot2 la goyang n saya akan gerak2 kan sikit demi sikit..tapi makin mencengkam plak rasa..
ini x leh jadi..kena g spital..eh eh..klinik je lah..bukan apa, sebelum ni dah ada pengalaman kat spital kerajaan yang servisnya kureng la..

Hari ini dalam sejarah..07 Feb 2011 saya memberanikan diri ke klinik Halim & Surgery..ha ha saya pernah g dulu tapi its a long time a go..he he tapi kesakitan ini melupakan perasaan takut..lebih pada nak mensetelkan hal ni dengan segera...

Dah daftar..dok tgk tv..dalam ati, apsal lama sangat kerani kaunter ni nak panggil masuk..memang la ramai org tapi macam lama ( ntah2 sebab takut..)..pas tu kerani tu pun tanya.."dah pernah datang ke?..bila..?"..he he..dah lama dulu pernah datang cuci gigi..seingat saya tahun 2008..tahun 2009 saya wat kat Klinik Gigi Tanglin..

Lama na nunggunya..gelisah plak rasa tapi wat2 berani la kan..akhirnya kat ngan kul 12 baru panggil..saya pun ngan berani duk atas kerusi tu..Doktor perempuan India..tgk muka dia pun dah ok je rasa..so..dia pun menjalankan operasinya..gementar beb!

Ketuk punya ketuk..korek sana sini..akhirnya doktor mencadangkan gigi berlapis yang terkeluar tu di cabut..SEGERA. saya macam rasa gigi depan dari yang berlapis tu akan kena cabut sebab ada rasa sikit goyang..tapi doktor kan lagi tau..Bila doktor tanya tu macam arahan nak cabut..saya plak boleh tanya doktor

.." hari ni ke?.." 

doktor tu senyum..
"..iyalah..kenapa?.."

Saya tanya lagi.." hari ni..?..yang berlapis ni ke? "

"iya..gigi awak yang berlapis tu berlubang tepinya..dah rosak.."


" saya takut..sakit tak?"

doktor tu gelak je.." tak la..kita bius la dulu pas tu bg ubat antibiotik untuk awak makan.."

saya berfikir jap..x sampai seminit saya setuju untuk gigi tu di cabut..

Mula-mula doktor bius kan gusi..pas tu rasa macam kebas je kat gusi n pipi..apsal saya tak rasa doktor cuck pun jarum tu..so doktor soh kuar n tunggu..

duduk kat sofa depan, tetiba badan saya menggigil..terutama tangan saya..napa takut ni..ha ha..saya rasa dah lama x rasa macam ni punya takut..sampai menggigil..seingat saya masa kecik2 dulu..Sekolah rendah ada la rasa gini..masa kena g klinik gigi dan di tampal simen. Saya antara murid yang jarang kena panggil ke klinik gigi..sampai saya plak heran..apsal la nama tak di panggil2..tapi bila dah di panggil..gigi saya perlu di tampal..
saat itu la kengerian terasa..sampai berdengung kepala ni di tampal simen..aah kan org kata tampal simen lagi sakit dari cabut gigi.

Entah la.. saya pun tak tau..Tapi napa tangan ni gigil sangat. dah la x makan dari pagi..lama plak rasa menunggu ni..berdebar2 plak..hu bu..

Akhirnya dah sampai turn saya..rasa jalan pun nak terjatuh..saya kat luar tadi dah baca ayat Kursi. untuk menenangkan perasaan ni..masuk je, saya terus baca lagi..dah duduk pun baca lagi..

so, doktor tanya ada rasa kebas x..emm kebasnya sampai ke kepala..tapi x sakit..doktor cucuk tepi2 gigi yg nak di cabut tapi saya x rasa apa..akak yang tolong doktor tu cepat2 bgtau jangan keraskan badan. Menyrah diri je saya ni..

Tetiba nampak macam spanar..emm..arghhh..saya dah tak ingat apa..baca ayat Kursi lagi..dan..

..." ok, dah, g kumur.."

Aik? dah ke..

kendian doktor masukkan kapas ke celah gigi dan suruh gigit..

..." ok awak tak leh makan dalam 1 jam pertama ni..nanti 45 minit ni awak minum air milo sikit ye..jangan yang panas.." " pas tu nanti kita akan bagi ubat untuk awak makan.."

dengan mulut bertutup lagi..saya bgtau doktor.".saya takut sebenarnya, tapi x rasa sakit pun..tq ye..!"

"ha! kan saya dah bgtau.." doktor senyum lagi..."next week datang lagi sebab nak tampal gigi yang berselisih dengan yang di cabut tadi.."

Saya pun tengok la gigi yang di cabut tu..memang teruk lobangnya..

sampai luar pun tangan masih menggigil..then tinggu ubat dan bayar..err..doktor bagi MC ari ni..ingatkan dapat 2 hari..( sebab dia cabut dah masuk tengahari pun..)..he he

"err..boleh bagi tak gigi saya tu.."


"dah buang la..napa awak tak minta tadi.."


he he saya senyum je dengan mulut tertutup..

balik umah..saya minum milo dan makan mihun goreng je sebab kerani tu bgtau jangan makan benda2 keras dan kena kumur ngan air garam selalu..

dan di sebabkan saya x berapa suka sangat ngan encik ubat ni..bila makan..maka saya terlena la hingga ke malam...

Tips:

1. Jangan tunggu gusi bengkak baru nak g jumpa doktor..kalu g masa dah bengkak, amatla sakit..macam saya baru je rasa sengal2 mcm dah nak bengkak..he he

2. Kumur2 dengan air garam bukan je masa lepas cabut gigi. Kalau anda rasa gusi mcm dah bengkak, boleh gak kumur ngan air garam suam..ia akan menyucikan mulut anda..

3. Jangan keraskan badan masa doktor cabut gigi..kang lain plak jadinya..akak tu sampai grip leher saya kerana dia ingat saya akan mengerakkan kepala..padahal saya dah berserah je..

4. Jaga kesihatan gigi.. guna berus gigi yang sesuai dan ubat gigi yang betul..

5. Jangan gigit air batu..benda2 keras..selain merosakkan gigi, ia akan menyengalkan gigi anda..

6. berjumpa doktor sekurang2nya 6 bulan sekali..

Sunday, February 6, 2011

Swasta vs....part II

Entri sebelum berlansungnya kejadian ni  Swasta vs...

9 Januari 2011

dalam masa tdo dan x tdo saya terdengar dengar mak merintih halus..mungkin dia pun x lena tdo..tengah malam mak kejutkan saya..Mak minta air..dan..dia tdo semula..dalam pada itu saya dah x 'lalu' nak tdo..saya sms pada adik supaya standby ke bangi untuk tujuan berubat ke Darul Syifa'..dan stelah di teliti..rupanya pada hari Ahad Darul Syifa mula beroperasi pada jam 9 pagi sedangkan saya sms adik supaya 'gerak' ke sana jam 5 pagi sesudah subuh...sebelum tu saya dah cuba hubungi cawangan Darul Syifa' di Kg. Baru tapi tidak berangkat..

Tidak lama sebelum subuh (kalau x silap la) mak tersedar dan akhirnya dengan banyaknya mak memuntahkan darah pekat dan berketul2..kali ni agak banyak dari semalamnya..saya cuba cool kan diri saya..amik besen, amik kain  dan amik air. sambil urut belakang mak darah makin banyak keluar..dan mak dah x mampu nak bersuara..penat kuarkan darah!

Saya telefon adik segera balik ke rumah dan bawa mak ke hospital je..dalam pada menunggu, mak muntah lagi..Ya Allah..apa say anak buat lagi ni..dan sehingga adik saya sampai..saya tertahan2 nangis..ayah juga panik..urut belakang  mak..

Mulanya mak nak ke Bangi je..terus urus dengan Darul Syifa'..tapi hati saya memikirkan jalan pintas supaya bawa mak ke hospital..Dan hospital yang terdetik di kepala saya ialah Hospital PUSRAWI di Jalan Tun Razak.

Muka mak dah pucat..saya kemaskan barang2 mak macam kain baju, air, selipar dan juga IC..yang lain tak terfikir apa lagi..dengan segera dan berhemah adik memandu ke Hospital Pusrawi..dan sesampainya di sana mereka mengambil tindakan segera. Syabas la saya ucapkan..Doktor oncall plak mmg baik dan amt berhemah..Mak di bawa ke katil dan diperiksa..dan doktor menyarankan mak WAJIB masuk wad kerana kehilangan banyak darah..darah dalam badan mak ada 6 lagi..sedangkan manusia perlu ada at least 12 darah..

Saya mulanya merelakan mak di Pusrawi sahaja. Kemudian saya call abang yang berada di Johor. Untuk pengetahuan dia juga dan abang meyarankan supaya mak di hantar ke Pusat Perubatan Islam Kg. Baru. Selain kepakaran dan juga dekat untuk kami berulang andai mak di masuk ke wad. Sambil tu saya check la rega bil Pusrawi ni..Aduyai..! Mahal sangat nih..kalau saya ada duit ok kot..so saya pk baik ke hospital kerajaan je.. HKL. Abg x setuju sebab dia kata service HKL @ government amat lambat..dan tentunya saya menyangkal..berbincang dengan adik, dia sarankan juga ke HKL..sebab utama, kami nak tau sakit apa dan kemudian nak bawa ke Darul Syifa..