hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah..

Bismilllah..

Hari ni dalam minggu terakhir bulan Januari dan awal bulan Februari rupanya akan melakar sejarah dalam hidup saya. Hidup yang penuh kontroversi akibat ketidakpuasan hati manusia sesama manusia.dan sekadar renungan bersama: saya akan hadapinya kerana ujian Allah pada Nabi s.a.w lebih teruk dari ini. Pelbagai fitnah, cacian dan kata2 kesat baginda terima.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau Maha Penyayang, Kau berikan kasih sayang Mu buat insan yang lemah ini kerana terdapat kelemahan itu pada diriku yang selama ini mungkin aku tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Kasih sayang yang ada pada ku tidak dapat di rasai oleh orang yang aku kasihi.

Ya Razak

Engkau buka kan lah pintu rezeki buatku agar aku dapat banyak memberi dari menerima..

Saya insyaallah tidak akan menyalahkan orang lain atas kekhilafan saya ini tetapi ada rasa terkilan dan sedih atas apa yang menimpa atas diri saya. Saya di jatuhkan hukuman tanpa ada perbicaraan yang adil. Tiada soal siasat pun tetiba nama naik untuk di jatuhkan hukuman. Namun atas kewajaran hati dan fikiran..insyaallah saya terima..kerana Allah Maha Berkuasa atas apa yang terjadi. dan kepadaNya jua saya serahkan segalanya.

Kepada yang memutuskan kata tanpa keadilan tanpa perbicaraan..saya maafkan dan semoga Allah juga ampunkan anda sebab saya tak mahu jadi saksi anda di akhirat kelak atas apa yang anda buat pada saya...

La Tahzan wahai hati..Allah ada dan sentiasa ada. Mungkin semenjak dua menjak ni saya melupakan Allah, jarang meminta hanya dariNya, maka Allah berikan ujian kecil ini untuk saya kembali mengingatMu Ya Allah..ampunkan kesalahan ku ini kerana melupakan Mu Ya Allah..walau telah ku serahkan segalanya hanya untukMu..

apabila kita meminta hati yang tenang maka Allah berikan ujian kecil yang menguatkan hati supaya apabila kita redha dengannya, maka hati akan dapat lebih dari ketenangan yang kita minta..Insyaallah.

Alhamdulillah..terima kasih Allah..

Monday, January 30, 2012

kita apa yg kita tulis...

Bismillah...
 
.."Everytime we complain or blame it means we are not taking 100 percent responsibility of our life and that is a stairway to unhappy, unhealthy life. at every moment we are responsinle for the choices we make. Our life up to now is a sum total of our choices. Start making different choices and decision and our life will be different.."
 
 

Tuesday, January 24, 2012

Lazimnya begitu

Bismillah...

Saya dan Wani telah selamat sampai ke Kuala Lumpur hampir jam 12 tengah malam 23 Januari gara- gara flite delayed..emm..macam dah biasa je alami saat ni.

Penat, letih, mengantuk..he he tapi kaki ku gagahkan juga nak balik cepat..nak rehat dan tidur..

Pagi.

Tetiba teringatkan seseorang yang pernah ada dalam hidup saya.Mungkin saya terlalu memikirkannya..tapi lumrah alam apabila org tu dah tiada baru kita menghargainya mengingatinya kan..
Saya bukan la menyesal akan pemergian beliau ke daerah sunyi..sibukkah beliau disana, ok kah dirinya..
mungkin kerana saya agak terkesan apabila 'di arah' sedemikian rupa...mula membuat perbandingan silam tapi ha ha..setiap manusia amat berbeza waima orang itu kembar seiras!

Saya serahkan diri saya pada Allah yang Maha Mengetahui segala yng telah berlaku dan bakal berlaku...

Sunday, January 22, 2012

Lawatan muhibbah

Bismillah

kalau nak cerita bab orang kawen ni..bukan x boleh tapi panjang sangat plak..Yang penting majlis meriah di hadiri sanak sedara dan rakan taulan..kerana bagi saya juga, kunjungan para tetamu membawa keberkatan pada majlis dengan iringan doa..

21 januari

Berkunjung ke rumah pengantin lagi..makan pagi dan tengahari..woo ooo..masih ada kunjungan sanak sedara yang tidak berkesempatan hadir pada hari kejadian tapi masih sudi hadir hari ini. apa yang penting ingatan mereka..syok kan duduk di kampung..masak sesama, makan ramai2..meriahnya lain macam la kan..senang cter..

cukup masa dan ketika, kami beredar untuk pulang ke rumah Mimi di Bachok..oppss sebelum tu kan..masa yang tak payah di tunggu telah tiba..buat lawatan muhibah ke sempadan negeri kelantan..kami terus ke rantau panjang..lupa plak, ari ni dah ramai mula datang ke sini sebab minggu depan pada 23 dan 24 hb ialah hari cuti umum..tahun baru cina.

maka berduyun duyun la keta dan moto nak ke rantau panjang. asalnya nak ke mundok, seberang sungai kelantan tapi ada kes besar plak menyebabkan org Malaysia dah x boleh g sana...aduyai....!

x pe la ke rantau panjang pun ok...rasa macam dah lama x g sini..cuaca panas terik plak tu..redah je!

yang nyata ada la seplastik dua untuk di bawa pulang...

balik kampung @ ziarah kampung

Bismillah..

4 hari sudah saya di Kelantan Darul Naim.. terasa segar dan hangatnya keriangan berada di negeri barakah ini..saya sentiasa merindui untuk kembali ke sini walau bukan berkunjung ziarah keluarga terdekat..

saya ke Kelantan atas undangan mesra sahabat dunia akhirat: Azwani dan pelawaan itu tak kan saya tolak sama ada mentah atau masak kerana sesungguhnya seperti yang saya nyatakan, saya amat merindui negeri ini.

Permohonan cuti yang di luluskan oleh ketua jabatan amat mengujakan saya..kerana hampir setengah tahun saya tidak merehatkan diri, merehatkan minda.
Alhamdulillah..
walau pun perancangan saya telah mula berubah mulai 2 tahun lampau..kini saya akan cuba memperbaiki cara saya menguruskan masa untuk diri sendiri..ini kerana kehidupan kita adalah apa yang kita sendiri olah dan uruskannya. Dan saya yakin hanya Allah yang boleh mengubahnya.

menaiki flite air asia amat merumitkan kerana perlu stand by hampir 2 jam awal tu belum masuk lagi hal flite delay..tp dengan menaiki flite masa dapat di jimatkan terutama di musim perayaan.

Alhamduillah.

Allah mudahkan urusan kami..perjalanan lancar dan teratur seperti yang dirancang..
terima kasih pada Wani, kerana memahami saya. jam 10 pagi saya telah menjejakkan kaki ke bumi barakah ini..
Ketibaan kami di jemput adik Wani, Mimi dan kemudiannya membawa kami g makan pagi..yang menariknya kami dah beli nasi lemak di kampung baru, kuala lumpur tapi x sempat nak jamah so, kami makan di kota bharu je..emmm..

habis makan, pusing2 bandar kota bharu..singgah bazar Tengku Anis, melalui bazar Tuk Guru
(menggantikan bazar MPKB )..orang kata, amik mood dulu pas tu baru boleh dok lama..he he
banyak dah berubah..perubahan bagi meningkatkan pembangunan negeri Kelantan.

kami dok homestay cekal hati di tanah merah. ini paling dekat dengan rumah pengantin iaitu anak sedara wani..lepak2 jap dan mandi untuk segarkan badan..

MALAM

Malam yang penuh bermakna tentunya kepada pengantin dan wani dan tentunya juga pada saya tempiasnya..
malam yang bakal merubah segalanya..di sini ahli keluarga berkumpul dari jauh dan dekat.Berkumpul, bertanya khabar di samping menjamah makanan masakan kampung amat seronok bagi saya..err..ni bukanla famili saya tapi buat2 macam famili je..he he
adik beradik Wani ramai pas tu campur anak2 sedara lagi sepupu, mak sedara, jiran sekampung lagi..fuiiyooo! ramai la juga..maklumla anak beranak saya sikit je..emmm...;)

beras kampung tanpa kanji, daging kari darat, daging kari di masak bersama umbut nyior, ayam masak berempah dan sambal kelate sudah lebih dari cukup untuk dihidangkan pada tetamu yang bakal hadir pada hari berlansungnya perkahwinan esok.sedappp wooo!

dan makan malam untuk malam ni (malam aqad nikah) adalah nasi kerabu dan daging bakar beserta solok lada..hu hu..saya tak sempat makan sebab lambat g..

20 Januari

syioknya tdo sampai hujan lebat pun x sedar..hingga banjir kecil depan homestay kami..bangun2 dah hirup udara segar di kelate..huh mana nak sama dengan di tempat lain..rasa macam extravaganza dapat menghirup udara di kampung..

g rumah pengantin dan tolong apa yang patut yang belum di sudahkan semalamnya..dan sarapan pagi.kelebihan duduk di dapur, boleh makan apa yang bakal pengantin makan..syok...! tapi x la sampai kenyang sebab tengahari nak makan lagi...hu hu..

Friday, January 13, 2012

Ustaz Don Daniyal "Anak Asset Ke Syurga Atau Neraka"



Insyaallah. Semoga kita semua dapat manfaat dari ceramah Ustaz Don..


Masa dapat Video ni dalam FB, saya memang teruja sebab jarang dengar Ustaz Don berceramah di luar..dan di kesempatan yang ada saya cuba hayatinya..
..dan tanpa sedar airmata mengalir deras beserta esakan..betapa sayunya hati..macam mana rasa SAYU tu..hanya yang pernah mengalaminya akan lebih tahu..dan terdahulu Allah Maha Mengetahui segalanya apa yang saya rasa..

Ya, saya mengakui dari mak meninggalkan dunia ini beserta saya sekeluarga..saya amat merinduinya...








Rahsia di sebalik pangkal nama menurut Islam

BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga.
Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja.

Syed, Sharifah, Nik,Wan, Raja dan Tun adalah antara nama gelaran istimewa yang diberikan oleh jalur keturunan seseorang, di mana ia begitu dijaga supaya kemuliaan nama gelaran itu kekal terpelihara ke generasi akan datang.

Ada juga keluarga dalam kelompok ini yang sensitif untuk memilih di kalangan mereka saja bila membabitkan soal perhubungan, jodoh hinggalah ke gerbang perkahwinan, semata-mata untuk memelihara keturunan dan nama gelaran berkenaan. Cara sedemikian dilakukan bukan semata-mata `memilih bulu’, sebaliknya ditekankan kerana ingin memastikan zuriat keluarga mereka masih lagi memegang nama gelaran keluarga.

Walaupun berbau `agak perkauman’, masyarakat hari ini sedar dan bersikap terbuka dengan senario perkahwinan sesama gelaran sebagai kesinambungan kepada budaya dan susur galur keturunan.
Namun, di sebalik keistimewaan nama gelaran ini, ada juga masyarakat yang bertindak ‘menggugurkan’ atau dengan lebih tepat lagi menukar nama gelaran yang dimiliki dengan nama biasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik.

“Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan.
“Di samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan,” katanya kepada i-Kon.

Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu.

Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya.

“Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini.

“Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum,” katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik.

Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran ‘pelik’ seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian.

Syed/Sharifah = Dosa/pahala berganda?
BENARKAH ini? Seorang rakan dari keturunan Syed, Sharifah berkata, keturunan Syed/Sharifah, kalau buat baik, pahala akan digandakan, begitu juga jika membuat dosa. Semuanya dikira double!
Mengapa? Entahlah, jawabnya tetapi kata rakan tadi, inilah yang diperturunkan kepadanya oleh keluarga. Adakah kerana mereka keturunan pewaris nabi, maka segala-galanya dikira `lebih’?
“Tidak. Tiada beza keturunan Syed, Sharifah dengan orang Islam yang lain. Dosa, pahala yang diterima sama saja seperti umat Islam yang lain walaupun mereka keturunan Rasulullah.

“Dalam hadis ada menyebut, Rasulullah pernah menyatakan kepada Fatimah bahawa baginda tidak mempunyai hak untuk membantu anaknya itu biarpun haknya sebagai Rasulullah,” kata Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Maznah Daud.

Begitu juga dengan anggapan keturunan ini mendapat dua syafaat di akhirat. Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat kelebihan ini. Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap menerima seksaan Allah yang keras.
Satu lagi perkara yang paling sinonim dengan keturunan ini ialah perkahwinan sesama keturunan. Banyak kes, perhubungan tidak direstui keluarga kerana anak-anak memilih calon di kalangan `orang biasa’. Hakikatnya, kata Prof Madya Maznah, walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini tidak boleh berkahwin dengan orang biasa.

Jika disorot sejarah silam, Baginda Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah daripada bangsa Yahudi. Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Seperkara lagi yang dikaitkan dengan keturunan ini ialah mereka tidak boleh menerima sedekah atau zakat.

Apa ada pada nama?

MEMILIKI nama dengan gelaran istimewa pasti memberi kelebihan, dan tidak kurang juga ‘tekanan’ khususnya bagi wanita yang dikatakan perlu bertemu jodoh dikalangan keturunan mereka semata-mata.
i-Kon cuba ‘menyelami’ identiti mereka yang mempunyai pangkal nama istimewa yang tidak dimiliki sebarangan orang dan berkongsi pandangan mengenai identiti mereka, asal usul keturunan dan pendapat mereka mengenai perkahwinan dalam keturunan mereka.

Nik Norma

PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.

Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. “Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.

“Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki ‘biasa’,” katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?

“Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa’dong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.
“Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,” katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.

Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. “Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,” katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.

Aida

BERBEZA pula dengan Aida S Kadir, 36 yang tidak meletakkan nama Sharifah di pangkal nama, sedangkan bapanya adalah dari keturunan Syed. Nama sebenar bapanya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir.
Kata Aida, susur jalur keturunan gelaran Syed dalam keluarganya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir bin Sheikh @ Syed Omar bin Tunku Syed Abdul Rahman al-Qadri (Pembesar Linggi Negeri Sembilan) – pembesar Melayu zaman British.

Namun, bapanya juga tidak meletakkan nama Syed dengan alasan tidak mahu menunjuk-nunjuk kelebihan dan keistimewaan nama dimiliki keluarganya itu. Bagaimanapun, kata Aida, dua abangnya mengangkat sumpah untuk mendapatkan semula gelaran Syed dengan alasan untuk memelihara keturunan Syed pada generasi akan datang.

“Dari cerita bapa, saya dari keturunan al-Qadri dari Riau Sumetera, suku sakat yang membuka Negeri Sembilan. “Walaupun saya tidak memegang gelaran Sharifah, dua anak kembar saya yang berusia dua tahun dinamakan Putri iaitu Putri Maryam Idez Azlisham dan Putri Khadijah Idez Azlisham,” kata anak keempat dari lima beradik ini.

Info JPN

JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.
Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari.
Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan
Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan
Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan
Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional
Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat
Nama kepahlawanan

Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya
Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

Nama-nama buruk
Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI

Nama binatang atau serangga
Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan
Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu
Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

Nama-nama kejadian alam
Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna
Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya
D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian
Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK

Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Hokkian
Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis
Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin
Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo



Oleh Fairuz Zaidan

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri




SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah, semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Oleh Ustaz Zawawi Yusof.

17 perkara yang ramai tak tahu pasal pengasas Apple..

Pengasas Apple  Steve Jobs telah mati pada umur 56 tahun kerana penyakit barah pankreas(tul ke aku eja nih?) . Jobs yang misteri,seorang pengurus misteri meninggalkan banyak lagenda. Hari ini kita bukak cerita 17 benda yang korang mungkin tak tau pasal Steve Jobs nih…

1. Steve Jobs tak pnh habis blaja kat kolej pon, die cume datang utk 1 sem je kat Reed College selepas die tercicir(xleh bawak la tu).

2. Steve Jobs adalah anak angkat. Die lahir kat San Francisco tapi di ambik sebagai anak angkat oleh Clara dan Paul Jobs, pasangan dari Carlifornia. Ibu bapa kandungnya adalah Joanne Carole Schieble dan Abdulfattah Jandali.



3. Dia pernah dipaksa untuk meninggalkan Apple. Ini berlaku pada 1985. Dia jual semua benda dan hanya mengekalkan 1 share je kat Apple jadi dia boleh terus datang meeting shareholder dan menerima laporan kewangan. Lepas 11 tahun, kerja2(Jobs) kembali ke Apple, bila syarikat tu membeli NeXT, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs.

4. Gaji rasmi dia kat Apple adalah $1 atau 1 us dollar. Dia tersenarai dalam Book of Records sebagai CEO dengan gaji terendah di dunia.

5. Dia memiliki 7% dari Disney, sebuah syarikat yang memberinya belasan juta sebulan atau 48 juta setahun.

6. Sebagai seorang yang dilihat sangat komited dengan syarikatnye,Jobs ni pernah ponteng 1 meeting semata2 kerana dating dia yang pertama kali dengan isteri dia,”Saya kat dalam keta kat tempat parking,dan saya terfikir,’kalaula malam ni malam terakhir saya kat bumi ni,adakah lebih baik saya g meeting atau pergi date ngan pompuan ni?’saya berlari merentasi tempat parking tu,pastu saya tanya kalau dia nak keluar makan malam ngan saya,dan dia kate ya,dan kami berjalan ke pekan,dan sejak itu,kami bersama sehingga kini”

7. Dia alah bapa kepada seorang anak tidak sah taraf. Dia mempunyai 3 anak yang sah bersama isterinya, Laurene Powell…

8. Mamat ni ngan bini dia vegetarian,nama company (Apple) diberi sebab dia suke makan Apple (aku nak buat syarikat nama roti jala leh x? haha…)

9. Steve Jobs ada masalah dyslexic, iaitu masalah membaca dan menulis. Albert Einstein, Alexander Graham Bell dan Leonardo Da Vinci jugak mempunyai masalah ni.

10. Nombor pekerja Jobs di Apple adalah 0, Steve Wozniak, Jurutera Apple II dan pengasas bersama Apple mendapat nombor 1 dan Jobs dapat nombo 2, jobs xpuas ati,dia protes, so dia diberi nombor 0 sebab 0 adalah nombor sebelum 1 kan? hahaha…

11. Steve Jobs adalah penganut Buddha Zen. Mentornya, Kobun Chino Otagawa, seorang rahib Zen merasmikan perkahwinan itu antara Steve dan isterinya.

12.Mamat ni mencuri John Sculley dari Pepsi. Steve Jobs ‘meracun’ Sculley untuk datang kepada Apple dengan bertanya kepada beliau: ”Adakah anda mahu menjual air dengan gula seumur hidup anda atau anda mahu mengubah dunia?”

13. Pada 2008, dia pernah diisytiharkan mati apabila cawangan Bloomber menghantar riwayat hidupnya(ke hq kot),dan dengan pantas tersebar ke internet.

14.Uniform dia, tshirt hitam, seluar levi biru (dia ada lebih 100),kasut sukan new balance saiz 14(ni kaki orang ke kaki gajah?)

15. Die beli sut pertama dia masa umur dia 22 sebab nak present Apple II

16. Dia mula kenal komputer masa umur dia 12 tahun, Larry lang, jurutera Hewlett Packard tunjuk komputer kat jobs masa dia umo 12, jobs terus nak 1 sambil berkata “Saya rasa smart gak benda ni,saya nk 1 la,nk main2 ngan benda ni”

17. Steve Jobs bukanlah seorang yg pembersih,masa die keja kat atari, dia pernah di pindahkan ke shift malam sebab level kebersihan yang teruk, dan berbau…

-credit for alongxp- sebab hang kasi aku share cter ni..

Lapar

Bismillah..

Lapar perut..ni peri kata oghe kelate..logiknya kalau lapar memang la perut..tapi saya amat menyukai peri kata loghat negeri kelantan. Mungkin sebab saya paham dan sering mendengar perbualan mak dan ayah..saya dah lali la kan..paham sangat la.

Berat badan dah mulai bertambah dari hari ke hari..walaupun tak guna penimbang berat tapi boleh agak la kan..antara tanda2 nya ialah semakin kuat mengantuk, jalan pun dah makin perlahan dan yang paling senang nak ukur..baju dah mula x muat...waaaaa!

Sejak dua menjak saya dah mula x makan malam..bukan la nak diet..(buat apa nak seksa diri sendiri..)cumanya bila balik lambat..dah penat, mandi kemudian solat dan terus je tidur...kekadang tu masa buat kerja bermusim..ada makanan di sediakan di opis..so makan selepas maghrib adalah waktu yang afdal.Ok la kan..

Perancangan: teruskan diet seperti yang di anjurkan oleh Rasulallah. Sarapan pagi jangan di tinggalkan, makan tengahari dan makan malam di sekitar waktu maghrib..
Minum air suam selalu. Bersenam? urmm..hari-hari bekerja saya dah menaiki sebanyak lebih dari 100 anak tangga..itu baru sehala..di tambah lagi berlari2 masa nak kejar tren. Peluh x sah kata la ngan tapak kaki sakit lagi tapi inilah harga yang perlu saya bayar kerana masuk pindah di jabatan baru..

Alhamdulillah, saya di beri oleh Allah kekuatan dan kesihatan dalam mengharungi kehidupan harian. Walau ada ketika merasai tiada 'mood' untuk bekerja..saya masih di beri ilham dan impian untuk saya capai dengan semangat yang tinggi.Insyallah..


p/s: masa mula menaip tadi perut saya lapar dan ketika selesai menaip ini..alhamdulillah..saya kenyang dengan rezeki dari Allah..