Saya kongsikan petikan ayat daripada Ust. Pahrol Mohamad Juoi yang amat bermakna untuk direnung bersama pada hari ini.
"Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup adalah 'mehnah'. Maksudnya didikan terus daripada Allah. Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya didikan terus daripada Tuhan..."
"Jika seseorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu kesempitan wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar untuk berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.."
Sememangnya, kita yang memberi makna terhadap apa yang kita lihat!
Apabila dirimu diuji, bersabarlah...Dan jika Ujian itu membuatkan tahap Kesabaranmu semakin lemah, Berpuasa sunatlah...InsyaAllah dengan puasa, ia akan mendidik dan memperkuatkan kesabaran kita...(^-^)v
*InsyaAllah betul, Allah berkuasa atas setiap sesuatu..
#Sabar itu Susah tapi Sabar itu sangat Indah...=)
Sedikit perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam slot Mukmin Profesional Ikim.Fm, 'Dinamika Doa' :
*Doa pada fizikialnya nampak ringan tetapi hakikatnya suatu yang berat.
*Doa ialah bukti kita hamba Allah kerana kita menyedari kelemahan kita dan mengharap sepenuhnya kepada Allah
*Kita perlu mengingati Allah setiap masa kerana setiap masa Allah menjaga kita.
*Dengan
berdoa, kita meluahkan masalah kita kepada Allah dengan itu kita lebih
rasional dalam bertindak, doa juga merupakan pause button dlm menghadapi
kesukaran.
*"ketika semua pintu bumi tertutup, pintu langit masih terbuka luas untuk kita"- Hamka
*setiap fasa perlukan doa permulaan-pertengahan-pengakhiran. doa diperkenankan semasa berusaha bukan semasa diminta.
*Bila
Allah gerakkan hati kita ingin berdoa, ia lebih bermakna dari doa yang
dimakbulkan kerana Allah mencampakkan rasa kehambaan itu kepada kita.