hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, April 9, 2013

Tanda kasih seorang Nabi buatmu wahai umat..



Sayyidatuna ‘Aisyah RadiyaLlahu'anha berkata: Tatkala aku melihat Nabi SollaLlahu'alaihiwasallam berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.

Rasulullah SollaLlahu'alaihiwasallam pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.

Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah RadiyaLlahu'anha ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah SollaLlahu'alaihiwasallam kerana terlalu gembira.

Rasulullah SollaLlahu'alaihiwasallam bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?

Sayyidatuna ‘Aisyah RadiyaLlahu'anha menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.

Lantas Rasulullah SollaLlahu'alaihiwasallam pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.

(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).
Alkisah pakis dengan buluh…

Saban hari, Zulkifli terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.

“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.

Satu petang, Zulkifli terjumpa Ustaz Rani di taman riadah sebelah pokok yang tingginya 5 kaki, akarnya mendalam 2 kaki dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”

Ustaz Rani melihat Zulkifli yang kesian lalu berkata…

“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?” 

“Nampak,” jawab Zulkifli.

“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.

Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.

Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu. 

Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya. 

Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.

Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Rani.

“Adakah cerita ini membantu anta?” 

Zulkifli terus memeluk Ustaz Rani dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”

Wahai anakku,
Aku sedih melihat kamu merungut di tengah-tengah malam berkata Allah sengaja menyusahkan kamu dengan pelbagai ujian. Aku berharap nukilan ini dapat membuatkan kamu memahami bahawa perancangan dan ujian Allah adalah sebaik-baik perancangannya untuk kamu. 

Sebelum buluh tumbuh, ia tidak tahu potensinya. Setelah ia tumbuh tinggi, barulah ia memahami mengapa ia diuji sebegitu berbanding pakis yang sudah tumbuh merata untuk membina kekuatan akarnya.

Wahai anak kesayanganku, bersabarlah. Takkan kamu diuji jika tiada kelebihan tertentu yang berada di dalam dirimu. Ujian hanya sekadar untukmu mengenal kelebihanmu itu. Maka bersikap positiflah dengan setiap cabaran yang datang. Ambillah ia sebagai cabaran dan bukannya masalah. 

Kongsilah nukilan aku dengan mereka yang memerlukannya sekiranya kamu berasa bersemangat semula selepas membacanya.

Senyum.

Sunday, April 7, 2013

Kembali ke sekolah..

Dengan nama Allah..

Antara mahu dan tidak, saya melangkah lagi ke tempat ini. Tempat yang bakal menentukan hala tuju masa depan saya. Sentiasa berdoa agar saya bersedia untuk belajar lagi, menimba ilmu sebanyak mungkin (walau banyak rintangan). Ya Allah hanya Kau yang Maha Mengetahui segalanya..

Masa hari pendaftaran semula masuk ke Uitm ni hati rasa emm.. Macam macam rasa.. Betul ke nak buat ni.. Betul ke course akan saya duduki ini..hati di gamit rasa 4 tahun lalu pernah jua ke mari..hati yang meronta2 nak belajar dan berjaya. Kemesraan rakan2 sewaktu pertama kali berkenalan..ke kelas dan ke mana2 atas satu persetujuan.. Adakah akan berulang?

Hari ini saya memulakan kelas buat pertama kali pada minggu kedua selepas pelbagai rintangan yang perlu saya hadapi..minggu pertama ayah kurang sihat, dan memerlukan pengawasan. Adik dan abang ada sebab mengapa bukan mereka yang patut jaga. Saya redha.

Kuatkan semangat ku ini ya Allah..saya ingin kali ini tamat dengan cemerlang. Berjaya untuk mengisi ilmu si dada..merapatkan jurang kehidupan yang kian meminta pengorbanan yang tinggi.

Doakan saya berjaya mengharungi cubaan dan rintangan yang bakal saya hadapi..

Saturday, April 6, 2013

saya merinduinya..



Dengan nama Allah...

Sahabat yang saya sayang.
Moga awak baik2 dalam jagaan Allah

Ukhuwah itu satu janji dalam hati
tidak dapat di tulis..tidak dapat di baca
tidak berubah dengan masa 
  
Sesungguhnya awak sahabat yang baik dan yang paling saya sayang
saya selalu ingin sahabat tahu kamu lah yang saya sayang kerana Allah
Saya ingin selalu sahabat doakan saya

Saya punyai banyak kelemahan
Melukakan dan membuat hatinya tidak senang dengan saya
Maafkan saya di setiap salah laku
Doa saya sentiasa
Semoga diri ini sentiasa menjadi sahabat yang baik dan setia di dalam susah dan senang kepada sahabat
kerana persahabatan kita ini tertaut demi Cinta Ilahi...

Saya  tak pernah lupa sahabat
selagi Allah beri nafas
saya sentiasa ada untuk awak
lagipun awak separuh dari jasad saya
siapalah saya tanpa sahabat

Saya sayang sahabat kerana Allah
DIA tahu saya sayang dan selalu rindu pada sahabat
Doa saya sentiasa mengiringi sahabat
Semoga sentiasa sihat dan berada dalam keadaan baik di lindungi Allah

Dari Abu Darda' ra: Bahawasanya Rasullah saw bersabda;
               
" Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
  pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang di beri tugas itu mengucapkan:
  " Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu.."