hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Wednesday, October 30, 2013

Jepun dan masa

Kenapa Jepun seperti itu!?!


1- Bermula peringkat rendah dari darjah 1 hingga 6 kanak-kanak Jepun diajar matapelajaran "akhlak" di mana subjek ini mengajar para pelajarnya berakhlak & cara bermuamalah/bergaul dengan manusia.



2- Dari darjah 1 hingga 3, tidak ada sistem berjaya atau gagal kerana ketika ini tujuan pembelajaran tertumpu kepada pendidikan (tarbiyah), menanam pemahaman (belajar untuk faham) & pembinaan syaksiah peribadi pelajar. Belum masuk kepada pembelajaran ilmu & talqin (mengeja & menulis).

3- Orang-orang Jepun walaupun mereka ini manusia terkaya di dunia sekalipun mereka tiada pembantu rumah. Tanggungjawab di rumah & anak-anak itu dipikul oleh kedua orang tua masing-masing.

4- Kanak-kanak Jepun akan membersihkan sekolah mereka setiap hari bersama para guru sekitar 15 minit. Aktiviti ini dapat melahirkan generasi Jepun yang merendah diri & cintakan kebersihan.

5- Kanak-kanak Jepun membawa berus gigi ke sekolah. Setiap kali selesai makan, mereka akan membersihkan gigi mereka. Mereka sudah belajar tentang penjagaan kesihatan di awal usia lagi.

6- Setengah jam sebelum, para guru akan makan terlebih dahulu makanan yang disediakan untuk para pelajar bagi memastikan keselamatan mereka. Ini kerana bagi mereka (para guru) itu menganggap para pelajar adalah masa depan Jepun itu sendiri yang wajib dilindungi.

7- Pekerja yang menjaga kebersihan di Jepun diberi nama "jurutera kesihatan" & diberi gaji 5 hingga 8 ribu usd setiap bulan. Pengambilan mereka perlu melalui sesi temuduga.

8- Tidak dibenarkan penggunaan telefon bimbit di dalam keretapi, tempat makan & kawasan tertutup. Mereka meletakkan nama bagi silent telefon itu dengan nama "akhlak".

9- Jika anda hadir ke restoran makan secara buffet di Jepun, anda akan mendapati orang-orang Jepun hanya mengambil makanan sekadar yang mahu dimakan sahaja. Dan setiap mereka tidak akan meninggalkan sebarang sisa makanan di pinggan mereka.

10- Peratus kelambatan keretapi untuk sampai tepat pada waktunya dalam masa 1 tahun hanyalah 7 saat sahaja. Ini kerana rakyat Jepun sangat menghargai nilai waktu. Mereka sentiasa menjaga setiap saat & detik waktu itu dengan penuh kesungguhan & dedikasi.
-----------------------------


Terdiam kita 

Sunday, October 27, 2013

Belajarlah Bercinta Seperti Salman Al-Farisi



Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.

Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.


Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah.. Alhamdulillah”

Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.

Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.

Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.

Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.

Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

P/s: Petikan kisah ini diambil dari buku Jalan Cinta Para Pejuang – Salim A. Fillah

Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yang lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yang pada mulanya dijadikan ‘teman bicara’ untuk meminang pula yang menjadi pilihan si gadis solehah.

Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn keikhlasan? Sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan.

Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dengan MEMBERI..

Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah S.W.T. Yang Maha mengetahui tentang sesuatu yang tidak kita ketahui




Sunday, October 6, 2013

Carilah Ilmu

Dengan Nama Allah...

Hari ini kuliah saya yang kedua utk single class..subjek pilihan. Biasanya kuliah saya di Seksyen 2, tp yang ini special sikit maka di adakan di Instec sek.17..

Saya pernah ke sini dahulu ketika mula menyambung pelajaran ke peringkat ijazah secara jarak jauh e-pjj. Teringat bersama teman sekuliah yg melingkari jalan menyusuri setiap kelas. Makan pagi bersama, tengahari berkumpulan dan balik jua beriringan.

Sehingga ke semester dua kami bersama..Namun kesilapan dan kekurangan diri, saya mengundurkan diri. Mulanya mak membantah; ilmu apa saja kita belajar, x akan rugi..cuba..cubalah lagi. Malah keputusan exam saya bukannya teruk pun..

Saya tinggalkan sepi cerita itu hanya Allah lebih mengerti.

Saya melalui bangunan ini dengan seribu rasa di hati..namun tiada rasa ralat dalam jiwa pun..saya masih perlu mencari dan belajar memperbaiki diri..ilmu saya masih kurang maka sebab itu saya masih mencari dan agak tergila2 nak menimba ilmu..

Dan saya ada kekuatan dari doa mak selama ini..saya ada ransangan dari kesusahan dan keperitan hidup saya. Saya dah buat pun..dan dalam kepayahan ini saya memohon agar ilmu ini menjadi penjamin hidup saya di saat itu..terima kasih Allah.....

Saturday, October 5, 2013

sedih masih menyapa

Wahai anakku,
Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.

Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah diriku padahnya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilanga mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.
Kadangkala kita kena terima hakikat kita tak dapat puaskan hati semua orang. Bila lampu trafik menjadi hijau, ada yang terpaksa henti memberi laluan. Jika tidak berlakulah kemalangan yang tiada siapa yang akan untung melainkan mekanik dan hospital.

Senyum.

Thursday, October 3, 2013

Puasa Sunat hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Rujukan:
1. Kitab Fadhailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah


*islam itu indah*

Wednesday, October 2, 2013

renungan untuk diri sendiri

Renungan : 

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah:

Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).
Apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.. 
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi
jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.
Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat,
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...

Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.
Aamiin.

Sumber whatsapp
Senyum

Rowan Atkinson aka Mr. Bean masuk islam

Dengan Nama Allah..

sehari dua ni kedengaran pelawak 'senyap' Mr. Bean telah peluk islam. kembali kepada fitrah.
Alhamdulillahjika cerita ini ada kebenarannya..