hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, February 28, 2014

''AKU TIDAK SOLAT TAPI AKU TETAP BERJAYA...''


''AKU TIDAK SOLAT TAPI AKU TETAP BERJAYA...''

Itu adalah ISTIDRAJ. Apakah itu ISTIDRAJ..?

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukan-Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi Hamba-Ku yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin TIDAK..

Anda TENANG sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.



Friday, February 21, 2014

Hadiah kepada kejujuran - Penggembala yang jujur

 



Masih ingat kepada beliau? Penggembala yang jujur dalam menjaga amanah kepada majikannya - Allah. Kisah Penggembala



Allahuakbar! The honest Shepherd has been given 200,000 Riyals from the Sudanese Embassy as a token of respect!!

A week ago we shared a video of this shepherd refusing to take 200 Riyal for a sheep that did not belong to him, saying "By Allah even if you give me 200,000 Riyal I will not give it" - now Allah replaced the 200 Riyal 1000 TIMES and actually gave him 200,000 Riyal!

"And whoever fears Allah - He will make for him a way out, And will provide for him from where he does not expect"

[Quran 65:3-4]




Tuesday, February 18, 2014

Penggembala bakal terima hadiah 200,000 Riyal




RIYADH - Yusuf Zain Ahmed (gambar atas), penggembala dari Sudan yang bekerja di Arab Saudi bakal menerima hadiah sebanyak 200,000 Riyal atas sifat amanah menjaga kambing tuannya yang tersebar dalam video Youtube.
Hadiah sumbangan masyarakat Sudan tersebut diisytiharkan oleh Duta Sudan ke Arab Saudi, Abdul Hafez Ibrahim Mohamed (gambar kanan, satu dari kiri) di bangunan kedutaan Sudan di Riyadh, yang turut dihadiri oleh sebilangan rakyat Sudan di sini.
Menurutnya, perbuatan penggembala itu tidaklah menghairankan sebagai akhlak bagi setiap Muslim, dan beliau berbangga dengannya dan sikap ini bersemadi di kalangan rakyat Sudan.

“Meskipun berhadapan dengan keperluannya, tetapi keimanan dan takutnya kepada Allah menjadi penghalang supaya tidak mengkhianati amanah, dan inilah yang mesti dipegang oleh setiap Muslim, dan setiap manusia itu akan ditanya tentang dari mana ia mendapat kekayaan dan ke mana dibelanjakannya dalam kehidupan,” katanya.
Gembira dengan hadiah tersebut, Yusuf ditanya apa yang beliau lakukan dengan hadiah tersebut.
Beliau menjawab: “Saya akan bawa ibu bapa dan keluarga saya untuk haji dan saya akan bina rumah untuk keluarga.”

Video sikap amanah beliau tersiar di Youtube sejak 10 Februari lalu dan turut tersebar luas di Facebook, di mana beliau menolak untuk menjual kambing tuannya meskipun dibayar dengan 200,000 Riyal seekor, semata-mata kerana takut kepada Allah.

Kisah Penggembala

Sumber: Twasul

Friday, February 14, 2014

ayam penyet kg pandan di Kg. Baru

Dengan nama Allah

Ayam penyet Kg. Pandan ni ada kat Kg. Baru juga. Kiranya cawangan la. Saya pernah makan di Kg. Pandan dan kini lebih menyenangkan bila dah ada cawangan di Kg. Baru.


 Apa yang best kat kedai ni selain ayam penyetnya yang sedap dan besar, kriuk-kriuknya menambahkan kesedapannya di iringi dua sambalnya yang hitam dan merah - sangat pedas tapi menggiankan rasa. Dah tau pedas tapi masih nak makan.




Selain ayam penyet, ada juga ikan bawal, ikan kembung dan juga ikan keli. Saiznya memang besar dan puas hati la makan. Nasi tu walau semangkuk je tapi kenyang bila makan. Beras wangi.
Setiap hidangan di sertakan dengan sup.

Kedai ni nak cari senang je..Berdekatan dengan maybak Wisma Awal..

Tuesday, February 11, 2014

Kejujuran insan terpilih - Penggembala yang jujur dan amanah



Honesty and Strong Faith in Allah shown by a shepherd






Masih ada insan seperti ini di zaman ini..Subhanallah!