hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, May 30, 2014

Nasi Bubur di Kg. Baru, Kuala Lumpur


Dengan Nama Allah..

Ok cakap pasal makan, kat Kg. Baru ni orang panggil 'syurga makanan' . Saya harap pun macam tu tapi bagi yang duduk area sini memang la tak tau nak makan apa. kecuali bawa kawan-kawan, sahabat handai dan sedara mara nak datang makan. kita tolong bawa je.

Pilihan yang ada antaranya ialah nasi bubur. Orang pantai timur panggil nasi air, orang utara panggil nasi mui..hakikatnya sama je. nasi dengan air (di rebus bersama) atau nasi dengan sup. Terdapat banyak pilihan lauk pauk yang boleh di gaul bersama.

Dari yang goreng biasa, goreng pedas dan boleh minta di masak berasingan. yang pasti kalau makan masa panas sangat sedap dan mengenyangkan.

Harga tak terlalu mahal dan boleh di nikmati oleh semua.



Lauk pilihan

Kerabu Maggi 


bubur kosong

Sunday, May 25, 2014

Berdoa dan yakin Allah akan perkenan

Wahai anakku,
Allah Ta’ala suka mendengar doa dari hambanya. Sehingga hamba itu rasa jemu untuk meneruskan doanya, sedangkan Allah belum jemu mendengar doa hambaNya. Lantaran itu, janganlah engkau jemu untuk memohon doa kepada Tuhanmu, kerana doa adalah kerendahan diri hamba terhadap Allah.

Wahai anakku,
Bilamana kamu berdoa, berdoalah dari dalam lubuk hatimu. Jangan sesekali kamu hanya sekadar menyebut dengan lidah tanpa keinginan yang kuat dari lubuk hatimu. Jangan engkau berdoa dengan meletakkan tanganmu di atas pahamu, kerana kamu sangat tiada adab dengan Tuhanmu. Angkatlah tanganmu sebaik mungkin, dan sedarilah engkau memohon kepada Tuhanmu, bukan kepada makhluk.

Wahai anakku,
Allah Ta’ala malu untuk menolak permintaan hambaNya. Lantaran itu, semua doa akan diterimaNya. Terkadang Allah beri apa yang kamu mohon, terkadang Allah ganti dengan yang lain yang kamu terlupa memohonnya, dan terkadang Allah gantikan dengan pengampunan dosa-dosamu, dan terkadang Allah jadikan doa itu untuk mengangkat darjat selepas matimu.

Wahai anakku,
Janganlah engkau menjadi hamba Allah yang sombong yang tidak memohon kepada Allah selepas solatmu. Tadahlah tanganmu mohonlah kebaikan duniamu dan keredhaan Allah di akhiratmu.

Wahai anakku,
Manusia akan merayu-rayu kepada Allah di akhirat nanti dengan pelbagai rayuan dan tangisan. Tetapi kamu harus merayu dan menangis sekarang terhadap kesalahan dan dosamu. Kerana tangisan dan rayuan sekarang didengari oleh Allah, sedang tangisan dan rayuan akhirat tidak lagi dipeduli.

Wahai anakku,
Jangan engkau putus asa bilamana doamu tidak kamu perolehi, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Teruskan doa tersebut tanpa jemu dan buruk sangka terhadap Allah. Allah mendengar doamu, hanya terkadang Dia tidak menunaikan terus permintaanmu kerana Ia gembira mendengar permintaanmu, dan aku khuatir bilamana Allah mengurniakan apa yang kamu mohon, lalu kamu tidak lagi memohon dan merayu kepadaNya.

Doa kamu adalah zikir yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu.

Senyum selalu.

Wednesday, May 14, 2014

9 sebab rahim ibu tempat paling selamat dan ajaib

Kenapa rahim ibu adalah tempat yang paling selamat dan ajaib?


1- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)”.



2- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.

3- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.

4- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat!

5- Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan asakan!

6- Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ni memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.

7- Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!

8- Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi, sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku! Menarikkan?

9- Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada jangkitan HIV! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran. Subhanallah!

Monday, May 5, 2014

NABI SULAIMAN a.s. DENGAN KUBAH AJAIB



Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.