hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, December 30, 2014

Jika..


Bismillah...

Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENIMBA ILMU ...

Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktunya kita untuk saling BERTUKAR ILMU ....

Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENYAMPAIKAN ILMU ...


Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktunya kita untuk MENYEMAK DAN MERENUNG ..

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI yang tidak manfaat, itulah waktunya kita untuk DIAM & BERLALU PERGI ...

Monday, December 29, 2014

Tanda Allah kasih pada kita

Wahai anakku,
Selalu ingatkan diri bahawa jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. 

Sebaliknya, anak kesayanganku, ingatlah bahawa jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. 

Nabi SAW pernah bersabda: 

“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Wahai anakku,
Tahukah kamu bahawa orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah?

Tahukah kamu bahawa bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa?

Tahukah kamu di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya?

Oleh itu, wahai anakku, kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

Kerana seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

Maka itu, bersabarlah wahai anakku dalam menghadapi kesusahan kerana kamu akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

Jika seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah hendaklah dia bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya dia yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

Senyum

IBRAH DARI KISAH BANJIR DI ZAMAN NABI NOH AS

Teringat apa yang disebut oleh arwah ayah ketika berlaku banjir tahun 1971. Katanya untuk menjadikan banjir besar bukan hanya memerlukan hujan yang turun dari lagit, tetapi air yang datang dari dalam bumi. Ayah menyatakan jika Allah SWT mahu jadikan bumi ini banjir maka dibukanya segala pintu langit untuk diturunkan hujan dan dibuka juga pintu-pintu bumi untuk mengeluarkan air.

Air hujan dari langit dan air dari dalam perut bumi ini akan menjadikan banjir besar. Ianya bukan seperti banjir kilat di Kuala Lumpur atau di Shah Alam. Banjir kilat hanya memerlukan hujan selama dua jam sahaja. Kata-kata ayah itu ada benarnya. Apabila kita membaca sirah tentang kejadian banjir besar yang melanda umat manusia zaman dahulu kala. Contohnya banjir besar di zaman Nabi Noh AS.

Nabi Noh AS berdoa dengan Allah SWT supaya umatnya ditimpakan dengan kemusnahan kerana ingkar dengan perintah Allah SWT. Permintaan dan doa Nabi Noh AS diperkenankan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT perintahkan malaikat membukakan pintu langit supaya turun hujan dan membukakan pintu bumi supaya air terkeluar dari dalam perut bumi.

Maka berlakulah banjir yang begitu hebat dan menengelamkan seluruh tempat. Tiada suatu pun yang terselamat kecuali mereka yang beriman dengan Nabi Noh AS serta bintang ternakan yang dibawa secara berpasangan. Isteri Nabi Noh AS dan anaknya Sam juga ditenggelami oleh banjir besar ini. Satu peringatan dan pengajaran kepada kita bahawa manusia tidak mampu menyelamatkan manusia walaupun isterinya sendiri dan anak tersayang.

Hari ini kesemua negeri di Pantai Timur mengahadapi banjir besar. Satu musibah atau bala daripada Allah SWT. Satu peringatan yang cukup besar bagi kita semua. walaupun hujan tidak seberapa. Malah sesetengah tempat cuacanya agak panas, namun banjir berlaku juga. Agaknya datang dari mana air yang banyak dan melimpah ruah ini. Cukup menakutkan kita semua.

Tiada siapa yang berfikir, datang dari mana air yang banyak ini. Hujan tidak seberapa namun banjir cukup menakutkan. Ramai yang terkena musibah banjir ini. Di situlah akal yang ditunjangi iman akan mencari punca jawapannya. Puncanya Allah SWT telah tunjukkan melalui kisah dan ibrah yang berlaku ke atas Nabi Noh AS. Air yang dikeluarkan dari dalam perut bumi.

Kita tidak perlu takut dengan musibah banjir ini. Musibah ini adalah tanda Allah SWT kasih dan sayang pada kita semua. Kita perlu takut jika iman kita senipis kulit bawang bila ditimpa musibah seperti ini. Kita terlalu bergantung harap kepada manusia, Sedangkan Nabi Noh AS sendiri tidak mampu memyelamatkan isteri dan anak tersayang. Kenapa kita terlalu bergantung harap kepada manusia.

Iktibar dan pengajran daripada musibah banjir ini telah ditujuk oleh Allah SWT. Kita masih belum mampu memahaminya. Bila Allah SWT datangkan sesuatu musibah, Dia sedang mendidik jiwa kita. Allah SWT mengajak kita semua mencari Dia bukan mencari manusia. Dekatkan dan rapatkan diri serta berkat-katalah dengan Dia. Maksudnya kita kena banyak bermunajat, mengadu dan beroda kepadaNya.

Manusia walaupun seorang Presiden Amerika Syarikat yang hebat tidak mampu menyekat kedatangan banjir. Walaupun Barrack Obama datang melawat mangsa banjir, air tidak akan surut juga. Yang menyurutkan banjir adalah Dia. Dia yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Carilah Dia di saat-saat seperti ini. Jangan cari Barrack Obama dan terlalu bergantung harap kepada manusia.

Atas sifat lemah, hina, kerdil dan kecilnya kita di sisi Dia, maka kita bermunajatlah kepadaNya. Tidak perlu diprogramkan untuk solat hajat perdana. Kita boleh lakukan di rumah masing-masing mengikut keupayaan. Mengadulah kepadaNya. Sebenarnya Allah SWT sangat rindu untuk mendengar rintihan dan doa hambaNya yang mengadu kepadaNya di saat musibah menimpa ke atas kita.

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

Sunday, December 28, 2014

Universal Studio Singapore - USS lagi kita...

Dengan Nama Allah

Percutian kali ke -3 ke Singapura kali ni berlainan sikit. Maklum la pergi ramai-ramai makan ramai-ramai dan buat pasal pun ramai-ramai..

Lepas solat Jumaat tayar bergerak dari The Mall Kuala Lumpur. Aku memang la dah cop seat depan sekali..bukan apa senang nak tengok jalan raya yang bengkang bengkok ni. Perjalanan ni bersama dengan iringan hujan. Boleh agak dah mesti sampai lambat punya..

Dalam bas macam biasa, bukan aku boleh tido pun..main game sambil layan lagu. Nasib la derebar bas ni sempoi dia pasang lak citer Mee Nak - alaaa citer siam yang macam Nang Nak tu tapi kali ni versi kelaka..memula memang la seram pas tu lenguh mulut nak gelak..

Habis cerita agak - agak dah sampai Johor tapi kat mana aku tak tau..bab ni aku memang malas nak ingat nak catat sampai mana sampai kul berapa. Yang penting boleh legakan kaki tangan yang lenguh serta mengisi perut. Macam tempat singgahan biasa, kat RNR dah settle g toilet g plak meja makan. Kat sini makanan dia sedap di makan juga..aku amik mee rebus..boleh tahan la untuk aku yang tak makan benda berkuah ni.

Ok perjalanan di teruskan sehingga sampai destinasi merehatkan badan dan fikiran sebelum pagi esok punya aktiviti. Hotel Berjaya Johor Bahru. Hotel kelasss punya! kasi rehat minda dan cas tenaga..

Cantik kan..- makcik gugelina punya gamba


Masuk hari kedua -  bangun pagi dan sarapan kat Coffe House. err bab ni lemah sikit la..sebab lapar nak makan so tak de la nak snap gambar tapi boleh cakap la..hotel ni memang cantik..

Macam biasa kalau aku g hotel memang cari ommelete je..yang lain tu sampingan je..err bukan apa..makanan tradisi terun temurun..wajib kena makan unless hotel tu cikai sangat so memang tak de buat egg boil/ommelete ..hihi.. untuk setakat ni Hotel Rennaissance Melaka masih memegang rekod terbaik ommelete yang pernah aku makan..

Sesi menunggu bas bermula. Janji nak sampai depan lobi hotel jam 7.30 pagi bukan baru nak bertolak ye! So, macam biasa la janji melayu sampai dekat pukul 9. Emm..tau la Imigresen Johor tu sebelah hotel je tapi kau kena la amik kira hari ni orang kat Singapore tu kerja..aduyai..
aku pun bukan nak cepat sangat masuk USS tu tapi pegang pada janji la kan..benda kecik macam ni ko tak leh buat...apa lagi yang besar..

Selepas melepasi Imigresen Malaysia yang memang tak de halangan nak keluar masuk asalkan pasport masih laku dan tak de hal tatatertib kat Malaysia..cuma kat sini kesiannya kena naik tangga turun tangga dan jalan sikit turun balik cari bas..huhu..

Kemudian bas bergerak lagi ke Imigresen Singapore plak..so turun lagi bas naik tangga senyum kat pegawai imigresen dan cop pasport..jalan laju-laju turun cari bas lagi...so kalau nak pergi jalan-jalan ke mana jua, kalau korang nak la..pakai la sports shoes..lebih meyakinkan!

Bas dah parking bawah tanah USS..maknanya..

Dah sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

macam-macam gaya..


ok pertama sekali..tak la excited sangat nak masuk sebab ni kali ketiga aku datang..biasa-biasa je nak lagi cuaca agak mendung.
tapi tak pe..jalan itu penting memberi ketenangan fikiran.
Sebab dah penah masuk arakian kali...kali ni aku masuk ikut belah kanan..sapa nak ikut sapa nak join jom la..sapa tak mau..buat hal sendiri k.

Macam biasa kalau sampai mana-mana tempat pun, korang amik la map kawasan yang korang nak pergi..selain membantu perjalanan membantu juga korang buat pilihan makanan HALAL kat Singapore ni. Memula amik gamba ngan maskot yang ada di street..haha memang ni je tujuan aku..so aku dah warn sesapa nak ikut aku, korang ada suka tak amik gamba macam aku..kalau tak..korang boleh buat pilihan nak jalan sama ke tak..tu je.hak kebahagian milik setiap individu..!

bersama kanak-kanak yang memang riang


Masuk Sesame Street punya kawasan. Yang ni aku tak masuk dulu..so wajib la masuk, kan?! memang best even kanak-kanak dewasa macam aku pun teruja apatah lagi kanak-kanak kecil. So terfikir la aku ini..bila la Malaysia boleh buat macam ni..at least la macam Sesame Street. Walau tak di nafikan Petrosains kat KLCC tu agak sama tapi yang di sini lagi hebat.


Jalan lagi main lagi amik gamba..nak tau best ke tak..terpulang kepada korang yang menetapkan KPI masing-masing. Bagi aku yang memang dahagakan ketenangan selepas sakit kepala asik kije je..ni la masanya kan untuk berlibur..

he he..


Makan. Aku dah bawa roti ngan tuna. Senang nak makan dan senang nak buang - sampah. Dari pengalaman lalu la aku boleh terfikir macam ni. Lagipun memang aku tak tau akan makan apa walau dah di bekalkan dengan kupon 5 Sin Dollar.. apa yang boleh beli? Air jus mango pun sedap...
Sandwich masih banyak lebih..aku memang sedekah la kat orang lain. Senang membawa beg yang ada isi telekung dan mineral. Kena bawa botol sendiri tau. Kalau dah habis korang boleh top up kat mesin dorang tu. Nak beli air kat sini, di luar kemampuan ku ketika ini.

Jam 7 waktu tempatan kena berkumpul balik kat luar yang ada globe besar tu. Kalau pergi sendiri, korang duduk la ulang berapa kali yang korang nak main kat dalam ni. Princess Fiona ngan Shrek masih tak berubah, Transformers juga cuma masa tu dapat di percepatkan dari aku penah naik dulu.
Masa ni Cyclop dalam operasi pembaikpulih..so hilang satu seri la bila tengok kawasan ni tak ramai orang jerit-jerit.

Dah kumpul dah naik bas nak balik Johor Baharu..Makan malam kat Singgah Selalu. Emm restoran ni aku tak syorkan sangat sebab pernah mencekik darah pelanggan yang memang dorang tau sekali je datang. kalau boleh cari tempat lain dan yang lebih mesra pelanggan dan ekonomi bagi pelancong macam aku ni.

Dah kenyang dah ngantuk naik bas eh? dah sampai hotel..apsal masa pergi rasa lama je..balik kejap je..

Balik bilik masuk bath tub...perghhhhh!

Hari Ketiga perjalanan balik ke Kuala Lumpur di selangi dengan cucian mata di JPO - Johor Premium Outlet. Memang best memang menarik nak lagi masa aku pergi ni dorang tengah sale..eh? ke memang dorang selalu sale?

Barangan berjenama tapi di jual murah sikiiiit je dari harga kat Pavillion tu.. Ok cuci mata jap..belek-belek keluar masuk kedai..naik bas..

Maka bergerak la balik ke Kuala Lumpur dengan jayanya..

beberapa tips kalau korang nak pergi Singapore - sesuai semasa cerita ini di tulis..

1. pakai la pakaian yang korang rasa selesa..sebab seharian kat dalam tu, bergantung pada cuaca. kalau panas badan akan cepat melekit. Tak selesa untuk aktiviti dan bauan pada hidung orang lain.

2. kasut yang tahan kaki..elakkan pakai selipar ye la bukan nak suruh pakai kasut mahal tapi banyak permainan memang akan suruh pakai kasut untuk keselamatan.

3. Cari la yang HALAL kalau makanan tu..jangan main redah je asal masuk perut. Memang akan lapar dan banyak pilihan makanan. Dorang memang la PORK FREE tapi jaga-jaga ye..lagi senang bawa makanan sendiri aka mee segera ka roti ka..

4. Stamina kena kuat nak bermain-main dan berjalan-jalan. Dorang akan bagi guide line apa yang korang akan tempuh masa nak main..macam aku ni..benda-benda laju memang aku tak nak dah..

5. Ada surau banyak dah dalam ni beza masa aku datang dulu. So tak de alasan la kalau setakat nak jamak k.

6. Tukar duit masa kat Malaysia. Aku tak syorkan tukar kat Johor atau dalam Singapore tapi kalau dah teerdesak tu..nak wat maacam mana...

7. Lupakan masalah..enjoy permainan yang ada..bayar mahal kalau tak naik memang tak rugi tapi pengalaman tu kebahagiaan korang...kegembiraan bukan boleh di beli...enjoyyyy!

so..canncincauuuuuu!!






Friday, December 26, 2014

ISTIGHFAR



✔ Apabila kamu teringatkan seseorang,perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlahSELAWAT

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan &kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikatmendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah
kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.


Gembira





"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.".

Surah Hud Ayat 44

Sekarang kita melihat ada sebahagian manusia yang mengatakan bacaan doa yang diambil daripada ayat 44 surah Hud sebagai sesuatu yang tidak dibenarkan malah lebih berat menganggap jika membaca ayat tersebut sebagai doa agar hujan berhenti dianggap syirik.

Inilah bahaya jika pandai-pandai mentafsir agama tanpa merujuk para ulama dan pandai dalam ilmu Balaghah Bahasa Arab.

Ini dipanggil Iqtibas di dalam ilmu Balaghah. Rujuklah kitab al-Itqan fi Ulumil Quran karangan al-Imam Al-Suyuti rahimahullah.

Para ulama seperti Sultan Ulama al-Imam Izz Ibn Abdil Salam rahimahullah mengharuskan perkara tersebut iaitu menggunakan ayat al-Quran atau Hadis di dalam doa malah di dalam ucapan dan peringatan seolah-olah kalam itu dia yang menyebutkannya tanpa menyandarkannya kepada penyebut kalam tersebut.

Inilah iqtibas. Malah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga pernah menggunakan iqtibas dalam ucapan Baginda sallallahu alaihi wasallam. Sayyiduna Ibn Umar radhiyallahu anhuma memberi komentar bilamana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menggunakan iqtibas dengan mengatakan bahawa pada Rasulullah itu ada sebaik-baik ikutan.

Tolonglah jangan memandai-mandai dalam agama. Malulah dengan Allah taala dan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. 

Sedar diri kita banyak kekurangan. Rujuklah para ulama yg benar ilmunya bukan ulama title semata-mata.

- Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman


Wednesday, December 24, 2014

people...


If People say something bad about You, Judge You as if they know You, don't easily get effected. Remember this, Dogs bark if they don't know the person.


People will always talk about You, But they can't hurt You unless You let them. Life is short and unpredictable, don't waste your precious time on the people that don't matter. Priorities your time on your Loved ones and the things You Love doing. Stay Positive. Remember, Always keep Your Head up, stay Strong, Smile, and Move on.


A true confident and Discipline Person leaves no room for Jealousy. Because when You work hard Positively to be Great, You got No time to Hate.

When People are trying to bring you down, it only means that You are Above them. So don't be sad, just keep on Smiling and count your Blessings.

Thursday, December 18, 2014

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.


Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.
Kasih Allah Kasih Sejati,
Doa dan mintalah seikhlas hati..