hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, September 27, 2010

Rewards 4 myself

 .
Dah habis cuti, lebih kurang seminggu dok umah. Plan sebenar nak cuti2 Malaysia tapi manusia merancang Allah jua yang menentukan segalanya. At least 89% plan tu menjadi..Antaranya nak settle kan suma bil2 tertunggak yang dok peram je dalam fail peribadi kat umah tu..Alhamdulillah, hampir semua dah settle dengan jayanya cuma 1 je tinggal sebab ongkosnya agak banyak dan memerlukan masa untuk menyelesaikannya sekali gus. Apapun banyak sangat rintangan yang ada sepanjang menjalankan operasi 'pembersihan hutang sifar'. Ngan kesihatan yang kurang baik, cuaca juga memainkan peranan dan juga sikap tunggu dan lihat..makan tido makan lagi dan tido lagi...

Apapun, bangga terhadap diri sendiri kerana berjaya menyelesaikan misi cuti seminggu sambil berehat menenangkan fikiran terutama sejak dok opis kedua ni..saya lansung tak ingat opis sebab saya memang tak nak ingat!

So sebagai tanda penghargaan buat diri sendiri, saya menghadiahkan makan ais krim Baskin Robbins untuk diri sendiri..! memang lama dah mengidam sejak bulan puasa ari tu..he he he akhirnya sesuai la di jadikan 'hadiah' untuk menghargai diri sendiri..Sedapnya hingga ke tisu...slurrpppp!!


Sebelum menikmati hidangan petang tu, saya dengan senang hati membeli belah keperluan diri dengan purse yang terbuka..asal suka je amik..wat macam style org kaya..

Dah jadi rutin kalu cuti lama. malas la nak kije esoknya..ni pun dah jadi habit.. bercerita tengah malam..mata dah ngantuk, esok nak kije dah...tapi wat macam esok x kije..dok la menghadap laptop manjaku ini...

Ok lain kali sembang lagi tapi sebelum tengah malam la..sebab lain kali tu saya dah masuk kije semula dan badan perlu rehat awal..Insya Allah..


.

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Me




Hari yang di tunggu dah pun tiba..24 Sept 2010..Iphone 4G!..he he seperti yang di jangka la kan Apple akan wat gak 4G..slow slow asalkan menarik perhatian pengguna..Saya? of course dari memula iPhone kuar memang mengidam sesangat. Tapi masih banyak kelemahan yang di jangka. Contohnya sentuhannya too sensitive..application rumit sangat for beginner mcm saya..he he


Masa promo dulu, ari2 dok tengok broucher iPhone tu..tapi biasala mahal sangat.. nak beli cash mahal apalagi beli ansuran mudah he he..lelama iPhone ni dah banyak ciplak plak..macam dah tak heran plak tengok..selalunya yg datang dari China..cepat rosak..Kemudian Apple cuba upgrade ke arah lebih baik dan peningkatan harga juga memainkan peranan kepada biji mata semakin terbeliak memandang harga yang tertepek kat situ..ha ha..


iPhone 3G



Akhirnya, atas penyelidikan yang berterusan maka kuar la iPhone 4G ni untuk cuba puaskan gak selera orang ramai yang mengejar gajet2 terbaru dari Apple. Dengar kata kat DiGi outlet pun hampir 50k yang sedia menempah sebelum sampai ke Malaysia..hu hu taksubnya mereka ye?!

La ni ada 2 syarikat telekomunikasi terbesar negara 'sibuk' dok promotes kan iPhone 4 ni..tapi yang paling menambat hati ni ha dari DiGi ni..promotionnya lain macam la..RM58 tu..meh kita g tengok spesifikasinya ek..

yang terbaru ni ada

  • 4 featuring FaceTime
  • 5 megapixel camera with LED flash
  • HD video recording
  • Apple’s A4 processor
  • a 3- axis gyro
  • > 40% longer talk time
  • iOS 4
  • 100 new features and 1500 new APIs
  • Stainless steel and the thinnest smart phone in the world!
Dah macam ni punya canggih pun x kan la x de sape yang terliur..cuma secara jujur la saya nak bgtau bentuk  yang dulu lagi comel dan sedap di pegang..lebih menarik..tapi yang ni pun ok la..nipis beb!




iPhone 4G

Cakap lebih2 pun x guna gak..Spesifikasinya boleh terus g ke laman sesawang Apple..yang nyata, kena kumpul duit nak sambar barang baik ni sebiji..gerenti puas hati la..dalam hati ni ..harap2 ada la sesapa yang baik hati nak kasik iPhone ni he he..boleh jadi kenyataan kah?

Friday, September 24, 2010

Putus sudah kasih sayang...

..puas dah memikir mana lagi nak g ari ni..(23 sept 2010)..bukan nak g jalan pun tapi nak settlekan urusan peribadi yang telah tertangguh sekian lama.Cari masa yang sesuai untuk bereskan hal2 ni..Rupanya Allah beri idea tanpa saya sedari secara jelas..Thank you Allah..!

Emm..pagi ni merangkap tengahari saya telah ke kediaman buah hati dengan hati yang berat hati yang sayu hati yang yang yang..Kunjungan saya ke sana bakal meleraikan kasih dan sayang yang selama ni tertumpah ke atasnya. Arghh boleh meracun jiwa di buatnya..!..Dengan menaiki kuda putih sahabat yang kebetulan melalui kawasan kediaman buah hati, saya telah buat keputusan muktamad. Inilah masanya.Bukan ada sesiapa memaksa malah ramai yang membantah.Hujan rintik2 seakan menyelami perasaan saya ketika ni..

Sampai ke halaman kediamannya, saya melangkah berat ..(err kaki pun sakit ni)..menuju ke arah tujuan di ruang tamu.Saya berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga. Setelah berbincang serba sedikit mengenai buah hati, saya dengan paksa rela melepaskan buah hati yang saya sayang sangat ni..Hampir setahun kami bersama tiada masalah besar gaduh kecil kecilan tu biasa la..orang kata adat..masa hujan lebat pun tiada masalah..inikan panas di tengahari..

Sebagai tanda kenangan saya di benarkan meyimpan koleksi barangan buah hati tapi dengan kadar segera saya perlu melepaskannya dengan penalti..Kerna terpaksa..saya melangkah pergi meleraikan kekusutan. Sebelum ikatan terlerai, saya di tanya ada masalah ke antara kami tapi saya sekadar tersenyum pahit..dan tiada lagi persoalan timbul selepas itu.

Saya keluar dari kediaman buah hati dengan langkah longlai nak lagi ujan mula lebat. Tanpa menoleh ke belakang saya tinggalkan dia di sana dan hati ini akan merinduinya..pasti ada kenangan yang mencuit hati sepanjang kami bersama..Selamat tinggal buah hatiku......





hu hu..saya tetap rindu kat awak...walaupun saya dah ada yang baru tapi bukan la buah hati sangat pun. Masih dalam proses mengenal...




.

Thursday, September 23, 2010

Perkhidmatan yang cekap...



Saya sebolehnya semua nak guna di hujung jari je..mengikut arus permodenan la konon tapi kita x boleh nak nafikan makin kita ke arah pembangunan yang tidak henti2 ke hadapan proses manual masih jadi amalan di tempat yang tak mahu berubah x mahu membangun. Tak tahu mana silapnya..pendidikan orang yang ada di dalamnyakah, tempat yang bisu tak mahu berubahkah atau kita masih di takuk lamakah...? tiada pemikiran ke depan, tiada rasa persaingan untuk berjaya tapi kalu bab2 nak meruntuhkan kan orang lain, ideanya cepat je datang..

Sambil berada di kerusi empuk di sebuah bank di ibu kota, saya sempat memikirkan masalah ni..bukan la besar sangat saya nak tolong fikirkan tapi terdetik la dalam hati ni..emmm mereka ni tiada 'angin perubahan' ke atau mereka tidak belaja ke untuk meningkatkan diri..? Err..saya penyibuk ke nak tolong fikir ni ek? Rasanya macam tak..

Ambil contoh ketika saya berurusan dengan bank yang terkemuka di Malaysia ini..Suatu ketika dahulu, apabila kita berurusan dengan bank..pelanggan akan berbaris panjang untuk setiap perkhidmatan yang bakal di terima. Makan masa, penat berdiri dan tiada kemesraan. Kemudian di arus pertengahan, pihak bank memperkenalkan sistem bernombor..kerusi menunggu pun cantik tapi perangai manusia yang kurang cantik..bagi la orang tua, perempuan mengandung duduk cik abang oiii!..

Sistem nombor giliran membantu pelanggan lebih rileks sambil membaca atau berkhayal dengan jari dalam lubang hidung..yang jadi masalah plak..kerani di kaunter plak yang x ada..ada lapan kaunter tapi cuma dua kaunter je buka..Saya paling malas nak berurusan dengan kedai yang jual perkhidmatan 'terima je semua kerja' tapi lembapnya layanan..hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa
..Mungkin kedai ni di bawah pentadbiran kerajaan..kerana kita sering di julukkan dengan ayat..perkhidmatan awam amatla lembap dan lemah..bertangguh tangguh..dan macam macam lagi...

Kemudian, bank dah x terima proses memasukkan duit di kaunter. Semua boleh di lakukan di mesin je..keluar duit pun di mesin je asalkan ada kad..mana boleh tonyoh ngan jari je!..Yang berurusan penting je boleh guna kaunter..macam masukkan duit 2 3 juta ke atau nak mengorat dengan kerani kaunter...Nak 'clearkan' cek pun guna mesin.. Nasibla mesin x leh bercakap kan..Haa masa tu ramai la kerani kaunter yang kena buang kije sebab suma kije mereka mesin dah amik...tapi tu semua sementara..yang indah hanya sementara kan..?



Kalu mesin rosak, nak masuk duit atau kuar duit kat mana lagi kalau bukan di kaunter..nak tanya macam mana nak masukkan kad kena tanya kat mana kalau x ada kerani bank..? Macam mak saya plak, ada akaun bank tapi x nak guna kad ATM..nak sain pun tak la berapa cantik (tp berbunga bunga saya tengok!)..kena guna cop ibu jari..ha suma tu mana boleh guna di mesin...so kesimpulan awal..kerani bank amatla penting...


Lagi, macam saya ari ni, kad ATM yang dah lama berjasa pada saya tapi dah x leh guna plak sebab ntah la..lupa no pin kot..kena rujuk kat kaunter gak..emmm...berguna sangat la kan..Saya pun menapak ke institusi kewangan ni..Perkara pertama yang saya tengok ialah layanan mereka yang mesra..ha ha ha suka saya..sejuk ati ..pas tu suasana dalam bank tu adalah bank..bukan pasar raya. Saya katakan begitu sebab secara automatik kita akan 'mensenyapkan' telefon tangan..lagi..kerani kaunternya plak kalau yang pompuan gerenti chantik2 dan yang lelaki kalu x ensem mesti kemas..tapi bank ni kerani lelakinya ensem la jugak walau dah tua.

So, bila kena tunggu 1 jam hingga 1 jam setengah atau hampir 2 jam, tak la boring sangat...sebab boleh tengok mereka ni walaupun dalam ati ni meronta2 la nak cepat..emmmm macam balik ke zaman asal..tunggu dan tunggu dengan sabar..



Dah selesai ngan institusi kewangan pergi la saya menapak ke tempat yang menawarkan perkhidmatan perhubungan terbesar di Malaysia ni yang anak angkat kerajaan tu la..kat sini lagi la membuatkan saya jadi seorang penyenyum penyabar dan pentido..!..Hampir 3 jam tu..emm kenapa saya sanggup menunggu sambil senyum..? Pertama sebab memang kena datang kaunter untuk selesaikan kes dalaman saya ni.Kedua, saya nak tau macam mana orang lain yang tak guna hujung jari berurusan di kaunter, ketiga, selalunya saya telefon mereka ni lambat sangat angkat..tak pun lansung tak angkat sebab 1 Malaysia dok telepon depa ni..emmm..banyak lagi alasan yang saya nak buat tapi yang antaranya..saya boleh rehat n lelapkan mata sekejap sebab kat luar tu hujan...Fuh..! Syok gak kan..

Walaupun makan masa yang lama tapi layanan orang di kaunter amalah memuaskan..punyala penyabar diorang ni kan..? senyum je walaupun saya rasa mereka ni mungkin tido pun senyum..(melekat terus sampai esoknya plak..) suara pun sedap je telinga ni dengar..Akhirnya masalah saya pun selesai la dengan jayanya berkat kesabaran saya pada hari ni..he he..

Kesimpulan yang x kuat..dapat la saya nyatakan dari hati saya bahawa semoden mana pun kita, manual masih juga perlu bukan sebagai sokongan tapi pembantu kepada kejayaan sesebuah jabatan tu.. tapi pada jabatan yang lansung tak berubah tu..mungkin akan berubah apabila pucuk pimpinan juga berubah..kita tunggu dan lihat je la..

Balik rumah..saya kena melunjurkan kaki, menggolek golekkan badan yang lenguh sebab dah penat sangat ari ni..dan saya menaip ni pun dengan senyum sambil mata terkedip2 mengantuk!




Tuesday, September 21, 2010

Penyakit dan Anda..






1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
  2. HIDUNG

    Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan     (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

  5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
  • Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah, Perut mengandungi angin, Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.




6. MULUT DAN LIDAH : (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.)
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

  7. TELINGA: (Berkaitan dengan buah pinggang.)
  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

  8. KULIT Berpeluh :
  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

  9. RUAM DAN BISUL : 
    Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
      Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan
      kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : 
      Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : 
       Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula
       dengan lebih sihat dan subur.






13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
   
      a) Sendi
  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
      b) KEBAS TANGAN : 
          Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

      c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :  
          Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di
           sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

     d) KEBAS KAKI : 
         Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  
     e) SAKIT TAPAK KAKI : 
         Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu
         lama.

     f) SAKIT TUMIT KAKI : 
        Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

     g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : 
         Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

     h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : 
         Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).




14. TANDA-TANDA DALAMAN
  • KEPALA. 
         Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem
         pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA. 
         Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - 
         Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan
         penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.





  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
          Menandakan penyakit migrain.


  • BISUL TERJADI DI KEPALA - 
         Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.


  • RASA PENING YANG MEMUSING -
          Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


  • MULUT/KERONGKONG/LIDAH :- 

       a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
   
       b) MUNTAH DARAH - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
           dan, Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

  • LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

  • KENCING 

        a) AIR KENCING BERKAPUR
            Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

        b) KERAP KENCING:
            Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

        c) AIR KENCING BERMINYAK :
            Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

        d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
            Menandakan proses pembuangan toksin  sedang berlaku.

        e) AIR KENCING BERDARAH :
            Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


  • BUANG AIR BESAR     
        a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
            Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan 
           RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

         b) SEMBELIT:
             Membersihkan toksin dari usus kecil.

         c) NAJIS BERDARAH -
             Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah  hitam: Masalah penyakit
             ulser perut.

         d) NAJIS BERWARNA HITAM :
             Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.



  • BADAN  
          RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

          - Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam
             badan.
          - Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
          - Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . 
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS . 
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN : 
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  • RASA TAKUT MENGEJUT : 
          Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


  • CEPAT NAIK DARAH/MARAH
          Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


  • RASA BIMBANG DAN TAKUT : 
          Sistem paru-paru yang lemah.


  • RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : 
          Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.


  • SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
          Sistem penghadaman yang lemah.



Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Selamat hari ulangtahun kelahiran untuk semua yang meraikannya..Semoga Allah melindungi, memberi keberkatan hidup, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan umur panjang yang di berkati..



Friday, September 10, 2010

Puasa Sunat 6 (Syawal)

Salam

Dah hampir sehari kita merayakan hari lebaran Minnal Wa Faiizin..dah banyak juga ketupat rendang masuk dalam perut ni..sampai nak masuk lagi pun x muat he he..tu lum tambah ngan kuih muih yang pelbagai rasa. Alhamdulillah tahun ni rezeki kami murah seperti tahun2 sebelumnya..Saya mengambil iktibar dari tahun sebelumnya..beli mana yang nak di makan je..kuih tart nenas, mazola, kerepek pelbagai jenis dan ketupat. Lagipun tahun ni kena jimat cermat sebab majikan dah baik hati bagi imbuhan so, kena la menyimpan untuk masa depan, x gitu?

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman


 
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
 
” kau , dah hari ker berapa dah?”
“aku dah 5 hari dah ni”
“esok aku raya (sunat syawal)”
 
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.
 
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
   
Ziarah & Puasa Sunat
 
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
 
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
 
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال

عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
 
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari)
 
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. 

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun)

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu. 

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT. 

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW 

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari)
 
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala. 

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :- 

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. 

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
 
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain. 

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam. 

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut : 

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim) 

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)



5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW


  من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
 
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari). 

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal. 

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) 

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103). 

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
 
Kesimpulan 

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal); 

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain. 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
25 Oktober 2006 

 ******************%%%%%%%%%%%%%%%%%%********************************** 



Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].


Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangkan pada bulan lain Allah SWT dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.


Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

 أَنَّ رَسُولَ اللهِ  نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.

Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah: 

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

 وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ  . آل عمران:

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

 كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ . رواه البخاري

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

 إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا . رواه البخاري

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

Saturday, September 4, 2010

Senarai Hotel & Resort yang dapat Sijil Halal Malaysia

 Logo HALAL 

Ini logo HALAL yang sebenar benarnya..Sebelum ni ramai yang terkejut kerana masih terdapat hotel @ restaurant yang tidak mneyajikan makanan  berstatus HALAL. Maka berbondong bondong la hotel nak mohon..terdahulu nak cter sikit la terdapat pelbagai 'jenis' logo yang di pamerkan untuk meyakinkan pengguna bahawa premis mereka HALAL..yang biasa kita lihat..

yang ni plak logo HALAL yang lama..kalau masih ada yang guna logo ni kat kedai @ restauran mereka..korang baik g tanya la..dah lupus ke @ macamana..sebab JAKIM dah tak guna logo ni..





 


 Logo yang ni plak banyak ada kat kedai2 biasa..kat Fast food restaurant pun ada..Logo ni mereka dapat dari syarikat swasta 




kat bwh ni ada senarai  HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM) [SIJIL MASIH SAH]


Bil.Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]
Tarikh Sah Sijil

1.  AIKBEE TIMBERS SDN BHD (PEARL INTERNATIONAL HOTEL)
BATU 5, JALAN KLANG LAMA
58000 KUALA LUMPUR



Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN, LEVEL 5

BANQUET CHINESE KITCHEN LEVEL 5.

MALAY KITCHEN LEVEL 4.
16/08/2010
-
15/08/2012



2.  ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR



PASTRY KITCHEN
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR



SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN)
GROUND FLOOR
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR



BUTCHER ROOM
LOWER GROUND,
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR,
JALAN TUN TAN CHENG LOCK,
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009
-
30/04/2012


3.  BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD
NO. 65, JALAN HJ. HUSSEIN
OFF JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50300 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
RESTORAN SITI KHADIJAH
HOTEL BRISDALE
TINGKAT 17,
NO. 65, JALAN HJ HUSSEIN
OFF JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50300 KUALA LUMPUR
16/06/2010
-
15/06/2012


4.  CAHAYA UTARA SDN BHD (CITITEL HOTEL PENANG)
Sijil Telah Ditarik Balik
CAHAYA UTARA SDN BHD
T/A CITITEL PENANG
66 PENANG ROAD
10000 PULAU PINANG
MALAYSIA


Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
CITITEL PENANG
LEVEL 3 BANQUET KITCHEN
66 PENANG ROAD
10000 PENANG
01/04/2009
-
31/03/2012


5.  CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
NO 12 LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA


Nama Premis / Dapur :
COFFEE HOUSE - BRASS CAFE
CRYSTAL CROWN HOTEL, NO 12 LORONG UTARA, OFF JLN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR
01/03/2009
-
28/02/2011


6.  CRYSTAL CROWN HOTEL SDN BHD
NO 3 JALAN JAMBU MAWAR
OFF JALAN KEPONG
JINJANG SELATAN
52000 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
CROWN CAFE @ CRYSTAL CROWN HOTEL
01/08/2010
-
31/07/2012


7.  CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA



Nama Premis / Dapur :
VERANDAH KITCHEN
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA



PASTRY KITCHEN
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA
01/05/2010
-
30/04/2012


8.  DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
(DYNAWELL CORPORATION (M) SDN BHD)
NO, 218, JALAN IPOH,
51200 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
ASEANA COFFEE HOUSE (LEVEL 1)

BANQUET KITCHEN (LEVEL 4)

PASTRY KITCHEN
01/04/2010
-
31/03/2012


9.  EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG)
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA


Nama Premis / Dapur :
WESTERN & CHINESE BANQUET
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA



EVERGARDEN RESTAURANT
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA



CAFE LAUREL
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
01/11/2009
-
30/10/2011


10.  FALCON POINT SDN BHD (CITRUS HOTEL KL)
51, JALAN TIONG NAM,
MELALUI JALAN RAJA LAUT,
50350, KUALA LUMPUR.



Nama Premis / Dapur :
CITRUS HOTEL MAIN KITCHEN
01/08/2010
-
31/07/2012


11.  GRAND DORSETT LABUAN HOTEL
VICTORIA'S BRASSERIE
LOT 462, JALAN MERDEKA
87029 LABUAN ST


Nama Premis / Dapur :
VICTORIA BRASSERIES
01/06/2010
-
31/05/2012


12.  GRAND SEASONS HOTEL
NO 72, JALAN PAHANG,
53000, KUALA LUMPUR.



Nama Premis / Dapur :
CHINESE BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR
GRAND SEASONS HOTEL,
72, JALAN PAHANG,
53000 KUALA LUMPUR.



O'LAS KITCHEN - WESTERN, LOCAL COLD, PANTRY @ B1 FLOOR.
GRAND SEASONS HOTEL,
NO 72, JALAN PAHANG,
53000 KUALA LUMPUR.



PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR
GRAND SEASONS HOTEL,
72, JALAN PAHANG,
53000, KUALA LUMPUR.



INDIAN FOOD KITCHEN @ 1ST FLOOR
GRAND SEASONS HOTEL,
72 JALAN PAHANG,
53000 KUALA LUMPUR.
01/11/2009
-
30/10/2011


13.  GRAND SEASONS HOTEL
NO 72, JALAN PAHANG,
53000, KUALA LUMPUR.



Nama Premis / Dapur :
LOCAL KITCHEN @ B1

PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR

INDIAN FOOD KITCHEN @ B1

CHINESE / BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR

WESTERN KITCHEN @ B1
01/08/2010
-
31/07/2012


14.  HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR


Nama Premis / Dapur :
UTARA COFFEE HOUSE KITCHEN /DAPUR UTAMA

MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU
01/04/2010
-
31/03/2012


15.  HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA


Nama Premis / Dapur :
PASTRY
GROUND FLOOR EAST WING
HILTON PETALING JAYA
NO.2 JALAN BARAT
46000 PETALING JAYA



COLD KICHEN
GROUND FLOOR EAST WING
HILTON PETALING JAYA
NO.2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA



MAIN KITCHEN


BUTCHERY
BASEMENT FLOOR EAST WING
NO. 2 JALAN BARAT
46200 HILTON PETALING JAYA
16/07/2010
-
15/07/2012


16.  HOTEL SERI MALAYSIA (ALOR SETAR)
MARIOTT MANAGEMENT HOLDINGS SDN. BHD.
HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR
JALAN STADIUM, 05100, ALOR STAR.


Nama Premis / Dapur :
HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR
MARIOTT MANAGEMENT HOLDINGS SDN. BHD.
JALAN STADIUM, 05100, ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.
01/02/2010
-
31/01/2012


17.  HOTEL SERI MALAYSIA (GENTING HIGHLANDS)
EMMY SURAYA ENTERPRISE
NO 11,JALAN JATI 1
GOHTONG JAYA
69000 GENTING HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
MALAYSIA


Nama Premis / Dapur :
-
EMMY SURAYA ENTERPRISE
NO 11,JALAN JATI 1,
GOHTONG JAYA,
69000 GENTING HIGHLANDS
15/05/2009
-
14/05/2011


18.  HOTEL SERI MALAYSIA (KUANTAN)
HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
BAZLI JAYA SDN BHD
JALAN TELOK SISEK
25000 KUANTAN
PAHANG, MALAYSIA


Nama Premis / Dapur :
CAFE SERI BANIR
HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
JALAN TELUK SISEK
25000 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
16/04/2010
-
15/04/2013


19.  HOTEL SERI MALAYSIA (MARANG)
PRIM AR (M) SDN. BHD
LOT 3964,KAMPUNG PAYA
21600 MARANG
TERENGGANU DARUL IMAN
MALAYSIA


Nama Premis / Dapur :
HOTEL SERI MALAYSIA MARANG
LOT 3964, KAMPUNG PAYA
21600 MARANG,
TERENGGANU
01/06/2009
-
31/05/2011


20.  HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG)
PRISMA LAMUNI SDN BHD
NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2
BANDAR BAYAN BARU,
11950. PULAU PINANG



Nama Premis / Dapur :
DAPUR HOTEL SERI MALAYSIA PULAU PINANG
01/08/2010
-
31/07/2012


21.  HOTEL SERI MALAYSIA (SUNGAI PETANI)
SEKSYEN 21, JALAN PASAR,08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN


Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN
16/04/2010
-
15/04/2012


22.  HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
TUNAS LARUT ENTERPRISE
NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR
34000 TAIPING,


Nama Premis / Dapur :
HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
01/08/2010
-
31/07/2012


23.  HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
MOHAMED SHUKOR BIN MOHD ZAKARIA ENTERPRISE
(HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG)
LOT 979 & 980 PANTAI BAGAN LALANG
SG PELEK SEPANG
SELANGOR


Nama Premis / Dapur :
CAFE D'BAGAN
01/02/2010
-
31/01/2012


24.  JB CENTRAL HOTEL SDN BHD



Nama Premis / Dapur :
FRESCO CAFE,
16/08/2010
-
15/08/2012


25.  KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,



Nama Premis / Dapur :
DEGREES KITCHEN
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT, 64000,
SEPANG, SELANGOR



PASTRY KITCHEN
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT, 64000,
SEPANG, SELANGOR



BANQUET MAIN KITCHEN
PAN PACIFIC KLIA
JLN CTA 4B,
64000,KLIA
16/11/2009
-
15/11/2011


26.  KLI HOTEL MANAGEMENT SDN BHD
JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ
PO BOX 11171
50738 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
TOPPOT CAFE
16/04/2010
-
15/04/2012


27.  KSB REQUIREMENTS & REST SDN BHD (EMPRESS HOTEL SEPANG)
EMPRESS HOTEL SEPANG
JALAN ST 1C/7
MEDAN 88 BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SELANGOR DARUL EHSAN.


Nama Premis / Dapur :
EMPRESS HOTEL, SEPANG
01/06/2010
-
31/05/2012


8.  LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
D SERAI ( DAPUR PASTRI )
HOTEL PUTRA KL
ARAS 3
LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR



SELESA CAFE
ARAS 2 HOTEL PUTRA KL
LOT 149 SEKSYEN 87
JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR



RESTORAN TEMASYA
IMPIAN MORIB HOTEL
LOT 103 & 104 JALAN MORIB
PANTAI MORIB
42700 KUALA LANGAT ,SELANGOR



SELESA CAFE
SELESA INN KUALA LUMPUR
ARAS BAWAH
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
01/08/2010
-
31/07/2012


29.  MAYOR HOTELS BERHAD
T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR
69 JALAN HAJI HUSSIEN
OFF JALAN T.A.R
50300 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
MALAY HOTEL
16/09/2010
-
15/09/2012


30.  METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL)
TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER
100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
DI ATAS BRASSERIE / MAIN KITCHEN
9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL
PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR



MUSEUM CHINESE RESTAURANT
9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL
PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR
16/10/2009
-
15/10/2012


31.  MIDAH HOTEL KUALA LUMPUR
NO 8, JALAN KAMPUNG ATTAP,
50460 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN
MIDAH HOTEL KUALA LUMPUR
NO 8 JALAN KAMPUNG ATTAP
01/11/2009
-
30/10/2011


32.  MING COURT HOTEL (KL) SDN BHD (CORUS HOTEL, KUALA LUMPUR)
JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR



Nama Premis / Dapur :
DONDANG SAYANG COFFEE HOUSE
01/04/2010
-
31/03/2012


33.  NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JALAN BBN 1/3D,
PUTRA POINT PHASE 2A,
PUTRA NILAI, 71800
NILAI NEGERI SEMBILAN


Nama Premis / Dapur :
NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JLN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A
PUTRA NILAI,71800 NILAI
N.SEMBILAN
01/11/2009
-
30/10/2011



34.  PG HOTEL SDN BHD



Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN

AROMAS COFFEE HOUSE
16/03/2010
-
15/03/2012


35.  PLATINUM PINANG SDN BHD (PUTERI PARK HOTEL)
PUTERI PARK HOTEL JALAN RAJA LAUT,


Nama Premis / Dapur :
CENTRAL KITCHEN

LOUNGE KITCHEN
01/11/2009
-
30/10/2011


36.  PNB DARBY PARK EXECUTIVE SUITES (HOTEL), KUALA LUMPUR
10 JALAN BINJAI
50450 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
PNB DARBY CAFE
PNB DARBY PARK EXECUTIVE SUITES, KUALA LUMPUR
10 JALAN BINJAI
50450 KUALA LUMPUR



THE 39 RESTAURANT
PNB DARBY PARK EXECUTIVE SUITES, KUALA LUMPUR
10 JALAN BINJAI
50450 KUALA LUMPUR
01/02/2010
-
31/01/2012


37.  QUALITY HOTEL CITY CENTRE
(PERANGSANG HOTEL & PROPERTIES SDN BHD)
JALAN RAJA LAUT
P.O BOX 11586
50350 KUALA LUMPUR



Nama Premis / Dapur :
BENTENG COFFEE HOUSE KITCHEN
GROUND FLOOR, QUALITY HOTEL CITY CENTRE
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR



MALAY KITCHEN
1ST FLOOR, QUALITY HOTEL CITY CENTRE
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR



PASTRY KITCHEN
1ST FLOOR, QUALITY HOTEL CITY CENTRE
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR



MEISAN KITCHEN
1ST FLOOR, QUALITY HOTEL CITY CENTRE
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
01/11/2009
-
30/10/2011


38.  RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
RESIDENCE HOTELS & RESORTS S/B
SUITE 1.03 LEVEL 1, WISMA E&C, LORONG DUNGUN KIRI,
DAMANSARA HEIGHT,
KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
KM 7 JALAN KAJANG-PUCHONG,
43009 KAJANG, SELANGOR
01/06/2009
-
31/05/2012


39.  SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM


Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
GRAND BLUEWAVEHOTEL SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM



CHINESE KITCHEN
GRAND BLUEWAVEHOTEL SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM
01/11/2009
-
31/10/2011


40.  SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM


Nama Premis / Dapur :
SEMARAK KITCHEN

MAIN KITCHEN

MALAY KITCHEN
16/04/2010
-
15/04/2012


41.  SERI PACIFIC CORPORATION SDN BHD (SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR)
(SERI PACIFIC KUALA LUMPUR)
JALAN PUTRA, P.O.0 BOX 11468, 50746 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
OUTLET ZENDE KITCHEN

OUTLET BANQUET KITCHEN

OUTLET XUANG XI KITCHEN

OUTLET PASTRY KITCHEN
01/08/2010
-
31/07/2012


42.  SHERATON LANGKAWI BEACH RESORT
SHERATON LANGKAWI BEACH RESORT
TELUK NIBONG 07000
PULAU LANGKAWI
KEDAH DARULAMAN


Nama Premis / Dapur :
FEAST KITCHEN
01/09/2010
-
31/08/2012


43.  SYARIKAT MALURI SDN BHD (HOTEL MALURI)
NO 1, JALAN PERMAISURI,
TAMAN MALURI
55100 CHERAS



Nama Premis / Dapur :
BISTRO
NO 1, JALAN PERMAISURI,
TAMAN MALURI
55100 CHERAS
KUALA LUMPUR
16/11/2009
-
15/11/2011


44.  TENAGA HI-TECH (M) SDN BHD (GOLDEN BEACH HOTEL & RESORT)
NO 5 JALAN DEWAN SULTAN SULAIMAN 1
OFF JLN TUANKU ABDUL RAHMAN
50300 KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
GOLDEN BEACH HOTEL & RESORTS
LOT 15, JALAN PASIR BOGAK,32300 PANGKOR,PERAK DARUL RIDZUAN
01/02/2010
-
31/01/2013


45.  THE PARAMOUNT HOTEL
3,LORONG 9A
JALAN KAMPUNG DATO
96000 SIBU
SARAWAK



Nama Premis / Dapur :
VALENTINE'S CAFE
3, LORONG 9A
JALAN KAMPUNG DATO
96000 SIBU
SARAWAK
01/04/2010
-
31/03/2012


46.  THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR
THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN RAJA LAUT



Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN
THE PLAZA HOTEL
JALAN RAJA LAUT
01/11/2009
-
30/10/2012


47.  THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA



Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
LEVEL 5,THE SUMMIT HOTEL



OCEANIA BUFFET RESTAURANT
LEVEL M,THE SUMMIT HOTEL



WARONG JUNCTION KITCHEN
LEVEL G, THE SUMMIT HOTEL
01/05/2009
-
30/04/2011


48.  TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA


Nama Premis / Dapur :
MUSLIM KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU,JOHOR



CAPRI KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY
KB 779, 80990
JOHOR BAHRU, JOHOR



MEISAN KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU,JOHOR
JOHOR
01/03/2009
-
28/02/2011


49.  TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN. BHD
(CROWNE PLAZA MUTIARA KUALA LUMPUR)
JALAN SULTAN ISMAIL 50250
KUALA LUMPUR


Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN

PASTRY KITCHEN

COLD KITCHEN (DAPUR SEJUK)
01/09/2010
-
31/08/2012


50.  TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN. BHD.
HOTEL ISTANA
73, JALAN RAJA CHULAN



Nama Premis / Dapur :
TAMAN SARI KITCHEN

BANQUET KITCHEN
16/05/2010
-
15/05/2012