hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Thursday, March 29, 2012

Memasak

Dengan nama Allah..

emm.. kesukaan kepada makanan membuatkan saya mencuba-cuba untuk memasak walaupun ada rasa macam .." eh? ye ke nak memasak ni.."
rupanya kena yakin je macam orang zaman dahulu cakap..campak je, jadi la tu..
betul rupanya kan..cuba je.. orang lain tak mau makan, kita yang buat dan masak penat-penat ni la makan sambil memperbaharui mana yang tak cukup tu (selalunya bahan-bahan terrr kurang ke).

Masa mak ada, saya masuk juga la dapur..tapi resepinya ikut telunjuk mak.." apa lagi mak lepas ni..lepas tu..." tau-tau dah siap. masin tawar, mak makan je. kalau ayah..cicah budu je sebagai pelengkap rasa.

La ni bila nak rasa masakan mak memang dah tak dapat. Saya nak makan saya kena internet dan cari. Walaupun tak sama macam mak masak..lebih kurang saya ubahsuai la sendiri. Best jugak la. Makan pun kenyang je.

gambar ehsan dari mr. google
 Solok lada, kuah laksam, singgang sotong..dah ok..sup daging dan tulang perlu di perbaharui dan ditambah perisa. Masak lemak udang dengan daun kesum pun Alhamdulillah makin menjadi..walaupun macam senang nak buat tapi masa nak buat alahaiiii.. rasa nak beli je kat kedai.

Tapi yang bestnya bila rasa sendiri masakan yang dah di buat, lebih puas hati la..Bila pergi kedai fikir 2-3 kali nak beli sebab baik buat je.Seronok dapat masak-masak ni.

Dalam proses sekarang ialah membuat tapai pulut...Insyaallah..

 Nak buat dalam daun pisang, tapi susah gak nak cari ni..kena guna bekas plastik je kot..

Bismillah...


La Tahzan nik..innallaha ma'na..

sekuat mana pun hati saya ini, adakalanya begitu rapuh pula saya rasakannya.
airmata sering tak dapat di bendung, sedihnya hati..sedihnya rasa.

Ya Allah..

Wednesday, March 14, 2012

Hanya Sekali

Sekali janji ku lafazkan
Akan ku kotakan
Walaupun dihalang
Sekali ku lafazkan
Kata cinta
Takkan ku permainkan

Sekali di dalam hidupku
Kurasakan cinta
Yang suci sejati
Sekali hanyalah sekali ini
Tiada lagi tukar ganti

Sehari ku rasa setahun
Jika tiada kasihmu
Jika kau pergi jauh
Perasaanku akan terganggu
Hanyalah kau seorang
Mengubat hati rinduku

Tiada bandingan di dunia
Yang sama semurni
Cinta yang kau beri
Sekali kau beri
Sekali ku katakan sekali lagi
Cintaku hanya sekali

Sunday, March 11, 2012

bestfriend till Jannah..

Tangan mencapai telefon bimbit.Tangan dilarikan di skrin. Unlock.

1 new message.

Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.

Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.

Sahabatku, aku rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.

Kamu janji, tunggu aku ya?


iluvislam.

Friday, March 9, 2012

Ganjaran Solat Subuh

Bismillah..


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.


Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:

“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata,

“Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

 Sumber: http://saifunnizam.blogspot.com/

Sunday, March 4, 2012

Menangis la kalau ia boleh meredakan

Bismillah...





saya juga insan biasa seperti orang lain. saya makan dan minum. perlukan makan serta pakaian..tiada beza antara saya dan makhluk Allah yang lain.

..dan apabila hati ini di sakitk lagi tanpa saya ketahui di mana salah saya, bukan hanya hati yang sakit bagai di toreh, di siat-siat..mata juga mengalirkan airmata kerana terasa kesannya sakit di hati. Ya Allah, sakit sungguh rasa ini..sakit sangat saya di perlakukan sebegini.


Saya pernah menangis seperti orang lain cumanya setelah dewasa ni..saya limit kan menangis saya hanya pada Allah,pada Rasullallah, pada mak ayah saya dan orang-orang yang saya sayang.Kalau di sebabkan hal-hal kecik, hanya dalam hati terasa dan tak perlulah saya menangis. kadangkala waktu meluahkan pada mak, pada sahabat, bergenang juga airmata ni..

Ayah tak sihat, sahabat juga buat hal sendiri..entah kenapa..
saya bukan manusia sempurna, malah saya sentiasa cuba buat yang terbaik tetapi masih ramai tidak boleh menerima siapa saya.
saya ni seolah-olah tiada perasaan agaknya bagi mereka.boleh di buat sesuka hati, di marah tanpa saya tahu sebabnya..di pulau sesuka hati tanpa memikirkan apa jadi kalau mereka pula di buat seperti apa yang saya kena.

saya doakan hanya yang terbaik buat mereka-mereka ini.semoga mereka berubah. hukum karma kalau kita buat orang, kita akan dapat balik tak kira lambat atau cepat. kalau tak kena kat kita, anak beranak kita pun ada..bukan meminta yang buruk. Tapi itu sebagai pengajaran yang perlu di hadapi. dan saya maafkan mereka kerana saya cuma insan biasa yang tak mahu menyimpan dendam.

airmata ni masin kan..?

Friday, March 2, 2012

pasar malam lagi..

Bismillah..

2 Mac jumaat

hari ni ada 2 pasar malam..satu kat Universiti..kalau nak makan terus, lebih baik ke pasar malam universiti..makanan faberet kepala sutun goreng..perghh! subhanallah sedap..atau nasi minyak kat gerai kelantan tu..yang sedapnya ayam kerutub yang di padankan ngan nasi minyak..memang susah gak la nak cari nasi minyak ala kelantan yang sedap kat kl ni.

satu lagi pasar malam kat Jelatek..saya rasa ni pasar malam paling besar penah saya pergi..kalau jalan TAR tu paling panjang.Kat jelatek ni banyak yang saya suka. satu, ikan dan sayur fresh..cuma agak mahal dari chow kit.

ayam percik sedap, nasi, jagung cawan,gula leng, laksa kola perlis,meehun sup utara,rojak mamak, roti john, murtabak, buah-buahan, cd cetak rompak pun ada..ikan bela pun banyak..baju kanak-kanak..emmm banyak sangat. kedai tudung, bundle, kacang rebus..daging,ayam mentah..ikan, sayur-sayuran...wooww..

opss..ari ni saya pergi lagi.. he he..saya nak try nasi kerabu.minggu lepas try kedai lain.
kendian beli ikan dua tiga ekor sebab last week punya pun ada lagi. beli sayur petola,kangkung, bayam, mee, kobis bunga..

banyak na sayur..ye ke nak makan ni..tapi sebenarnya saya ni dah kena mula belaja makan sayur. ntah kenapa baru nak minat..emm..yang belum ialah minum susu..

semalam saya mencuba semula masak udang lemak kuning daun kesum..emm..boleh la..macam ada yang tak lengkap..kurang garam! saya memang kurang masin dan manis tapi kalau masakan kurang gula atau garam..maka alamatnya tak sedap la sangat..tapi ayah makan bertambah-tambah..Putra pun sama..ha ha kira ok la tu kan...

Next time cuba lagi..insyaallah.

memasak

Bismillah

sejak kena cirit birit..sebulan yang lepas la rasanya, saya tak lalu makan sangat esp kat luar.Usahkan makan kat luar, kat rumah pun sama. dan lebih baik saya berpuasa. selain membantu memulihkan perut dan dapat juga pahala sunat..Lillahi taala.
Tapi ari tu pergi jumpa kak Za, pekena Nasi Arab..memang tak boleh tolak la kan..

sekarang ada hobi baru..erkk? hobi ke..

suka nak memasak..memula tengok resepi orang la dulu..pas tu rasa macam senang..
bila buat..eh? susah jugak..he he

yang penting sekarang, balik kije on time. cari barang dapur pas tu masak la apa yang dah di beli..wah! macam puas hati je dapat makan masak sendiri..
sedap? emm citarasa sendiri, rasanya boleh tahan..tapi kalau bagi orang lain rasa tak tau la plak..

walaupun tak le grand macam chef Mat gebu tapi saya banyak merujuk blog Chef Mat Gebu..gambar makanan je dah nampak sedap...kalau masak lagi sedap..
terima kasih ye.. saya minta ilmu untuk di guna dan di kongsi nanti..

anak Mawi dan Ekin

Bismillah..

pagi 28 hb feb

Alhamdulillah akhirnya Mawi dan Ekin dapat anak perempuan. Penantian penuh kesabaran. Sebelum ini, mereka berdua ternanti-nanti akan kehadiran 'cahaya' kerana Ekin dah mengalami keguguran sebanyak dua kali..Alhamdulillah, selepas balik dari mengerjakan umrah, Ekin di sahkan mengandung.



Sebab dah alami dua kali keguguran, doktor menasihatkan supaya Ekin rehatkan diri..Mawi pun apalagi tak kasi dah isterinya wat kije..anta Ekin balik kampung rehat..best ada suami prihatin macam ni..


Anak perempuan yang di beri nama Cahaya Malaika, di lahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Bangi, jam 4 pagi memang la comel sangat..tapi rasanya suma bayi kalau baru lahir comel kan..?

Tahniah buat mereka berdua..kerana di beri ujian hebat sebelumnya, maka mereka sabar dan terus berusaha..

semoga kelahiran cahayamata ini memberi rezeki dan barakah buat keluarga Mawi.