hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, April 10, 2012

Perniagaan

Dengan nama Allah..

9/10 punca pendapatan rezeki yang di perolehi adalah dari perniagaan.
..adakah saya juga akan menceburi bidang ini...

Saya minat juga bab meniaga ni sebab utama seperti yang di nyatakan sebelum ini. Selain tu boleh perbaiki cara komunikasi dengan orang ramai (cara tidak lansung). Berniaga tanpa ilmu seperti membina rumah tanpa tiang. Ilmu boleh dapat melalui pengalaman, praktikal, prose jual beli juga adalah guru pengalaman 'termahal' yang paling hebat. bagaimana kita di layan ketika membeli kita juga ingin ia berlaku pada kita (yang baik la) kalau buruk layanan kita terima takkan la kita nak buat pada pelanggan kita sebab kita dah rasa kan macam mana rasanya.

Nak meniaga apa? Jenis perkhidmatan, menjual produk atau pun menjual idea.
banyak yang perlu di ketahui..ilmu perlu di cari, sekarang dah banyak boleh cari kat internet - baca pengalaman orang walaupun kita tak boleh ambil semuanya sebagai rujukan tetapi sedikit sebanyak 'mungkin' membantu kita. Lambakan buku di pasaran juga mungkin membantu (kena keluarkan duit poket la sikit), bertanyakan orang yang berpengalaman - siapa nak tanya, takkan nak duduk lepak kat kedai / pejabat orang dan bersembang tanya pengalaman..ish..ish..

Modal - tak banyak sikit kena ada untuk membeli bahan mentah. Dari segi material , mahupun perkhidmatan. Cuma yang saya agak musykil kat sini bila kita baru je nak mulakan perniagaan, ada juga antara kita yang tak punya modal yang banyak tapi ada idea yang melimpah cair untuk berniaga.
Nak buat pinjaman, tiada agensi yang akan memberikan bantuan mahupun pinjaman andai ini adalah permulaan. Konsepnya berniaga dahulu selama seminimum 6 bulan, baru pihak seperti TEKUN, PUNB, Baitulmal akan bantu...Emm agak janggal bagi saya tapi mereka ada sebab tersendiri atas pengalaman yang telah mereka lalui.

Mungkin dari kesungguhan selama 6 bulan itu di jadikan asas atau kayu pengukur untuk lihat perkembangan yang bakal berkembang atau menguncup.

Ahli perniagaan / rakan kongsi - Nak buka perniagaan walau sekecil menjual nasi lemak pun kena ada ahli yang membantu. Pendaftaran sebagai perniagaan tunggal atau perkongsian juga penting. dari segi modal dan percambahan idea perlu untuk membantu kejayaan yang bakal di genggam. Orang kata takkan la  buka kedai nasi lemak pun nak berkongsi? Memang la tak berkongsi nama tapi keperluan lain kena berkongsi. Siapa nak belikan santan, daun pisang. Nak tolong hantar nasi lemak untuk di pasarkan..kena fikir tu semua ye..

Perkhidmatan kena tip top. jangan hangat-hangat tahi ayam. nak buat kena ada keazaman, keinginan yang kuat, ilmu dan yang penting bagi saya mohon pada Allah memberi segala kekuatan untuk kita hadapi segala rintangan yang bakal berlaku.




Sahabat saya

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya.

Friday, April 6, 2012

kemenangan yang bermakna

Dengan nama Allah..

hari ini hari penentu yang bakal mencatatkan sejarah baru buat seisi warga PPNWP..he he macam serius plak...hari ni perlawanan akhir batu seremban untuk menentukan tempat ketiga dan tempat keempat..dan Alhamdullillah kumpulan kuning saya ni terpilih untuk di tentukan tempat pertama atau kedua.begitu juga penentuan bagi permainan congkak..wah! wah..kedua permainan ini kami dah conquer..he he..merebut tempat juara atau naib juara.

Dan hari ini puan Farahiyah, my exboss datang menjenguk muka setelah bertukar ke PPN selangor. maka bersembang lah kami untuk melepaskan rasa yang terpendam di hati. Jangan salah faham pulak..kami dulu ada mempunyai masa duduk untuk bertukar -tukar pendapat dimana jurang jawatan cuba kami ketepikan (err..ye ke boss?).

 Sebab ada hal dunia sikit, saya minta izin boss kecik II untuk menemani puan Farah menyelesaikan kerja2 tertangguh..
Settle kije, berkejar balik ke opis kerana penentu kejayaan sedang menunggu..he he kenapalah saya begini ye..sebelum tu singgah Sasana Kijang beli puff..pergh! memam marbeles la cokelat puff..

berlari ke bintang rassanya dalam dada ni..sampai tempat permainan, urusetia pun x de lagi..ni yang nak marah ni!! cuba bertenang ok..

Atas dasar kekitaan, maka saya memberi peluang kepada pemain lain bagi menggantikan tempat saya..he he..maka Pak Abu menggantikan tempat saya dengan jayanya..

di ringkaskan cerita la kan..kalau dah hebat tu memang akan jadi hebat la kan..he he...insyaallah..saya menaip ini bukan dengan perasaan riak mahupun bongkak...minta di jauhkan..dan..kumpulan kuning menggungguli tempat JUARA bagi permainan batu seremban..yes!!

Wednesday, April 4, 2012

sukan antarabangsa 2

dengan nama Allah...


petang seperti yang di janjikan.selepas asar telah di adakan permainan yang paling di geruni oleh pihak lawan..~CONGKAK..wakaka...

permainan ni kan senang je masuk je dalam umah masing2.. tapi perlu di ingat..kena ada skill..
ya..walaupun tidak bergiat aktif tetapi saya pernah main wakil jabatan ketika di Lembaga Peperiksaan dulu..ha ha..macam best sangat la plak rasa diri ini..insyaallah bukan dengan rasa ujub atau riak sama sekali tetapi kerana im proud of myself yesterday,today n ever...




Macam saya pernah katakan..saya bukan bagus sangat tapi insyaallah..saya cuba baiki diri untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik..kerana Allah.

dan petang ini kumpulan kami menang 3-1 (5 pusingan).. dan alhamdulillah kali ini saya menyumbang 2 kemenangan. Walaupun sukan ini bukan lah sukan sea, tetapi ia amat hangat..
dan petang ini membuahkan senyuman di bibir..

terima kasih Allah

sukan antarabangsa

Dengan nama Allah

Hari ni bermula la sukan seOpis bagi opis ku ini..proses pengundian ahli telah di lakukan dua kali baru SAH. he he biasa la banyak kepala kan..i follo je..

so secara rasminya saya dok kumpulan Kuning..kumpulan raja.
ahli-ahli semua best..sebenarnya semua best..ni kira hasil kombinasi banyak kepala dan banyak mulut juga ni..so relax la kan..asalkan enjoy beb!

tengahari tadi telah di jalankan upacara pembukaan permainan batu seremban.He he..dah lama sangat saya tak main..sampai tertarik kuku di karpet merah ni...arghh! sakit bisa cik kak weii!
saya akui saya memang la tak teror sangat tapi reti jugak main..cuma skill kalau tak di asah, memang terpendam dalam lumpur la..berkarat!

ha ha tapi atas kerjasama kawan sepasukan, maka di takdirkan kemenangan menjadi milik kami...Alhamdulillah! cuma kemenangan hakiki belum berpihak pada kumpulan kami..harap bersabar ye..

petang ni, ada permainan congkak. so, saya lagi..ha ha..perasan bagus memang macam ni..suma nak masuk..peh ..peh..saya cuba je ye..

so, saya akan update selepas permainan kedua petang ini...

wish me luck!