hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, April 10, 2012

Perniagaan

Dengan nama Allah..

9/10 punca pendapatan rezeki yang di perolehi adalah dari perniagaan.
..adakah saya juga akan menceburi bidang ini...

Saya minat juga bab meniaga ni sebab utama seperti yang di nyatakan sebelum ini. Selain tu boleh perbaiki cara komunikasi dengan orang ramai (cara tidak lansung). Berniaga tanpa ilmu seperti membina rumah tanpa tiang. Ilmu boleh dapat melalui pengalaman, praktikal, prose jual beli juga adalah guru pengalaman 'termahal' yang paling hebat. bagaimana kita di layan ketika membeli kita juga ingin ia berlaku pada kita (yang baik la) kalau buruk layanan kita terima takkan la kita nak buat pada pelanggan kita sebab kita dah rasa kan macam mana rasanya.

Nak meniaga apa? Jenis perkhidmatan, menjual produk atau pun menjual idea.
banyak yang perlu di ketahui..ilmu perlu di cari, sekarang dah banyak boleh cari kat internet - baca pengalaman orang walaupun kita tak boleh ambil semuanya sebagai rujukan tetapi sedikit sebanyak 'mungkin' membantu kita. Lambakan buku di pasaran juga mungkin membantu (kena keluarkan duit poket la sikit), bertanyakan orang yang berpengalaman - siapa nak tanya, takkan nak duduk lepak kat kedai / pejabat orang dan bersembang tanya pengalaman..ish..ish..

Modal - tak banyak sikit kena ada untuk membeli bahan mentah. Dari segi material , mahupun perkhidmatan. Cuma yang saya agak musykil kat sini bila kita baru je nak mulakan perniagaan, ada juga antara kita yang tak punya modal yang banyak tapi ada idea yang melimpah cair untuk berniaga.
Nak buat pinjaman, tiada agensi yang akan memberikan bantuan mahupun pinjaman andai ini adalah permulaan. Konsepnya berniaga dahulu selama seminimum 6 bulan, baru pihak seperti TEKUN, PUNB, Baitulmal akan bantu...Emm agak janggal bagi saya tapi mereka ada sebab tersendiri atas pengalaman yang telah mereka lalui.

Mungkin dari kesungguhan selama 6 bulan itu di jadikan asas atau kayu pengukur untuk lihat perkembangan yang bakal berkembang atau menguncup.

Ahli perniagaan / rakan kongsi - Nak buka perniagaan walau sekecil menjual nasi lemak pun kena ada ahli yang membantu. Pendaftaran sebagai perniagaan tunggal atau perkongsian juga penting. dari segi modal dan percambahan idea perlu untuk membantu kejayaan yang bakal di genggam. Orang kata takkan la  buka kedai nasi lemak pun nak berkongsi? Memang la tak berkongsi nama tapi keperluan lain kena berkongsi. Siapa nak belikan santan, daun pisang. Nak tolong hantar nasi lemak untuk di pasarkan..kena fikir tu semua ye..

Perkhidmatan kena tip top. jangan hangat-hangat tahi ayam. nak buat kena ada keazaman, keinginan yang kuat, ilmu dan yang penting bagi saya mohon pada Allah memberi segala kekuatan untuk kita hadapi segala rintangan yang bakal berlaku.




No comments:

Post a Comment