hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, December 2, 2013

untuk sahabat yang sayang saya..

Dengan Nama Allah

Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb.. 
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersamNANTI.i di Syurga-Mu"

SAUDARAKu..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah

Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah PERSAUDARAAN kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

WAHAI SAUDARAKU SEKELIAN

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI


~Tuan Ibrahim Tuan Man

Sunday, December 1, 2013

TRW terbaik - Anugerah untuk Kelantan

Dengan Nama Allah

30 Nov - telah berlansung Anugerah Bolasepak Kebangsaan di mana anugerah di berikan kepada  penerima iaitu pemain atau suku sakat terbaik yang berkaitan dengan bola yang bulat itu...maka dengan rasminya di umumkan...:



MVP PLAYER DIMENANGI OLEH PIYA 16!!! MAPAAAAAA!!
Dan juga.....
Best Mildfilder :
Piya 16 jugok!!

Pemain penyerang terbaik :
Norfarhan Muhammad

Best Goalkeeper :
Khairul Fahmi Che Mat

PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK :
BAIHAKI KAIZAN ( pemain harapan juga!)

Jurulatih terbaik
DOLLAH SALLEH

Pemain muda harapan :
Junior Estrald


Persatuan Negeri Terbaik :
TERENGANU

Kelab Bolasepak Terbaik :
Sime Darby


Penyokong Terbaik :
Kelantan

Best Referee :
Nagor Amir

Best assistant referee :
Sabri Mat Daud (hok cram masa jdt vs kelantan)

Fairplay Award :
PDRM


kalau di kira kejadian semasa TRW rangkul 5 anugerah.....
tak lupa tahniah buat Tan Sri Annuar Musa yang menjadi tonggak dan penguat semangat ketika jatuh dan bangun TRW..
Sekalung budi dan jasa atas sokongan moral Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering memberi sokongan dan galakan anak muda Kelantan serta penyokong TRW, rakyat Kelantan umumnya.
Menjunjung kasih DYTM Sultan Kelantan yang sentiasa menyalakan semangat juang TRW  atas keperihatinan baginda terhadap sukan bolasepak negeri.





Saturday, November 30, 2013

Prasangka baik dan buruk





 Dengan nama Allah

Saya belajar sesuatu yang pernah saya belajar sebelum ini. Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain. Rasanya kita dah di beritahu sejak zaman dulu lagi. Kalau bukan di sekolah, ilmu ini dari mak ayah mahupun pengalaman yang kita lalui. Dengar cerita kedua belah pihak, jangan membuat andaian dan persepsi sendiri. Tak pasal2 dapat dosa kering..nauzubillah..!

Kita di ajar berprasangka baik. Timbulkan la aura2 positif dan kita akan dapat aura positif, ketenangan, kesedapan bekerja. Namun sebagai manusia biasa, siapa la saya ini boleh berterusan berfikir begitu. Namun, saya cuba bukan sekali malah akan berkali2 berfikir baik2 sahaja...wowowo! 

..dan saya suka dan sedang menyukai apabila saya akan menghindari aura negatif ini.. 

Senyum sengih

Friday, November 29, 2013

Inilah kelemahan diri

Dengan Nama Allah

Asalkan apa yang kita buat tu patuh syariat, biarlah apa orang nak cakap. Jangan kerana mereka kita tidak maju. Melangkahlah. Biarlah hanya Allah dan kita sahaja yang tahu.


Terima kasih atas kata-kata hasutan pada orang lain agar membenci diri ini.
Terima kasih atas sindiran untuk saya yang menjadikan saya semakin kuat dan berjaga-jaga
Terima kasih atas kata kejian untuk buat saya sedar kekurangan yang ada

terima kasih atas segalanya



Lumrah dunia, apabila nak kan kita, perlu tenaga kita, buat baik macam tak cukup lidah nak puji. Terima kasih Allah membantu saya menangani masalah kecil ini dengan kekuatan qalamMu.
Saya meminta untuk kuat maka Allah beri ujian ini. Lulus atau tidak saya kena menanganinya, menghadapinya.

Memang saya sakit hati mendengarnya, membaca kata-kata cacian, kejian, kutukan mereka ini. jadi semoga Allah jadikan saya semakin kuat dan tabah hadapinya. Rasa seperti angin lalu.Rasa seperti tidak mencacatkan saya, cuma rasa tercalar sedikit kerana selama ini saya menatang mereka, menyanjung mereka..rupanya mereka tikam belakang mengata..

Saya terima semuanya, telan segalanya..




Thursday, November 28, 2013

#Ikon #Belia | Ikon generasi muda kini


SYED AHMAD ISRAA’ SYED IBRAHIM telah dilahir di Amerika Syarikat dan dibesarkan di Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Islam Hira’ dan kemudiannya pendidikan menengah di Sek Men Islam Hira’ dengan mencapai keputusan cemerlangt 9A PMR.

Syed Isra’ menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ selama dua tahun dan telah Berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk tersebut dalam tempoh ‘6 bulan’. Beliau meneruskan pen...gajian menengah atas dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 12A SPM.

Beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di peringkat STAM di SM Al-Hidayah Ipoh dan telah mendapat pencapaian cemerlang (10 Mumtaz) dalam semua mata-pelajarannya. Syed terpilih untuk mendapat Anugerah Utama STAM peringkat nasional oleh JAKIM (sebagai pelajar terbaik seluruh Malaysia).

Rekod cemerlangnya diteruskan dengan menyambung pelajaran di Univ Al Azhar, Mesir dengan tajaan biasiswa MAIWP . Di sepanjang 4 tahun pengajiannya, beliau mendapat keputusan Jayyid Jiddan dengan ranking pertama bagi pelajar-pelajar dari Malaysia.

Baru-baru ini beliau lulus graduasi Al-Azhar pada tahun 2013 dengan pangkat ‘Jayyid Jiddan Ma’a Martabat As-Sharaf’ ( Very Good with Honors), yang juga merupakan ranking pertama bagi semua mahasiswa Malaysia di Al-Azhar (tahun akademik 2012/13).

Bukan sahaja cemerlang di bidang akademik, beliau juga adalah seorang aktivis mahasiswa yang begitu berbakat di dalam pelbagai bidang seperti penulisan, fotografi, politik semasa dan juga perundangan.

Isterinya bernama SITI SARAH AMRAN, yang telah dilahirkan di Johor sebelum dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Sri ABIM, Seremban dan menyambung pendidikan menengahnya di Maahad Ahmadi, Gemencheh dengan cemerlang sehingga mendapat 9A di dalam PMR.

 Siti Sarah kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 10A dalam SPM. Beliau pernah terpilih mewakili KISAS untuk Pameran Inovasi Sains di hadapan DYMM Sultan Selangor.

Tokoh muda ini menyambung pengajian pasca SPM di Darul Quran dan menamatkan persijilan tahfiz Darul Quran (30 juzuk) selama setahun setengah dan mendapat pangkat cemerlang dengan kepujian.

Beliau telah ditawarkan biasiswa MAINS untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Univ Ain Shams, Kaherah. Kini di tahun akhir Perubatan Univ Ain Shams, Kaherah di samping menjadi ibu kepada seorang anak.

Di dalam kesibukannya sebagai seorang mahasiswi perubatan, seorang isteri, seorang ibu, dan seorang aktivis dakwah, Siti Sarah juga bakal mencipta satu sejarah yang baru kerana beliau sedang menamatkan sanad bacaan Al-Quran 10 qiraat secara jamak dengan Sheikhah Effat Abd Hamed di Cairo.

Subhanallah, sesungguhnya mereka berdua adalah di antara beberapa tokoh muda yang begitu dekat di hati saya. Tahniah saya ucapkan kepada Syed Ahmad Israa’ dan Siti Sarah, ibu bapa dan guru-guru, para murobbi serta teman-teman seperjuangan yang turut bersamanya.

Saya doakan agar mereka konsisten di dalam perjuangan untuk memertabatkan Islam yang mulia ini dan berharap agar dapat dicontohi oleh para remaja dan generasi muda di dekad ini.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar

Via: Dr Zainur Rashid Zainuddin
Sumber: http://zainurrashid.com/ikon-generasi-muda-kini/
See more

Ahmad Ammar bin Azam



Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prn...
ah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.


 Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE





Monday, November 25, 2013

Apabila saya rasa doa di perkenan Allah









Dengan nama Allah..

Dua tiga minggu kebelakangan ni hati saya mula rasa x berapa sedap. Tiada rencah penambah perisa, mana kicapnya..garam x cukup, gula secubit..

Makin hari makin rasa x sedap..Namun Allah beri peluang saya luah dengan cara saya sendiri..dalam kerendahan hati, saya hanya perlu minta padaNya..

Hari ni, Allah beri lagi kesenangan hati dan fikiran.Allah beri lagi jawapan kepada soalan getaran hati saya yang runsing yang takut sebab dan akibatnya yang saya juga tak tahu apa dia. Saya tak tahu  tp saya serahkan hanya padaNya..

Terima kasih.

Saturday, November 16, 2013

saat urus dan setia

dengan Nama Allah..

di lantik menjadi seorang yang setia menjalankan misi tercapainya hasrat merealisasikan impian agar kursus yang di rancang akan berjaya. Berkongsi idea dalam memantapkan lagi operasi ini dan saya bersedia memberi maklumbalas seperti yang di minta.

Namun apa daya, curahan idea semua di sangkal mentah2 - dengan kata lain berbincang beramai-ramai tapi kira pakai idea dia je. Baik tak payah bincang macam ni. Bagi je arahan dan aku ni setia la ikut je apa yang korang nak.

Tak la pulak aku nak mengaku aku ni banyak idea, tapi namanya berbincang..buat la cara berbincang.
Buat kije last minutes, arahan ntah hapa2, buat ikut suka je macam ni ke Malaysia nak maju.Tak ada lansung perancangan yang rapi, asal boleh je.

Napa plak aku terima tawaran jadi setia sangat ni. Kalau tak suka, boleh je angkat kaki tapi aku tak nak. Dengan cara jadi urus dan konon2 setia ni, aku nak lihat dan juga boleh lihat keperibadian, kepimpinan, ketelusan mereka ini dalam menjalankan tugas. Terima kerana amanah yang di beri.

Pengalaman kerja memainkan peranan juga kalau korang nak tau. Tapi kalau banyak kije tapi tak buat kije..ko dapat gaji buta je la...
Banyak tahun kije tapi asik cedok kije orang je, bila ko nak pandai..pandai mencedok la

Apabila Melayu di tegur, cepat na melatah, masam muka, berjalan pun muka kelat mulut muncung yang diikat tali guni..penat nak layan korang macam ni weiii...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun nampak sangat tak terancangnya majlis ni.
hormat pada orang lain kurang, sikap pilih kasih..pemikiran orang melayu yang tak mahu maju...tapi mahu menjatuhkan dan menghasut dalam membentuk kolumpok pemimpin yang dictator!

Apabila dah ada sifat "orang lain tak boleh lebih dari kita" memang ko tak ke mana la..asik nak kenakan orang, menjatuhkan orang dengan kuasa yang ko ada. Tapi cuba la ko bayangkan, kuasa ko setakat mana je pun..Allah lagi berkuasa, so jangan ingat ko boleh buat sesuka hati je.
Doa orang teraniaya cepat di makbulkan Allah, ko jangan risau la.. itu janji Allah, PASTI!

ooo..saya perlukan aura positif untuk saya bernafas.
Semoga Allah ampunkan ko dan juga aku..


Sunday, November 3, 2013

Kelantan kalah bermaruah Pahang menang hebat

Dengan Nama Allah

Keputusan telah di perolehi..Kelantan muncul naib juara setelah Pahang Juaranya..

Secara keseluruhannya perlawanan malam ni memang milik Pahang atas usaha keras atas apa yg mereka tunjukkan selama 90 minit...
Pasukan Kelantan hilang arah, kurang komunikasi antara satu sama lain. nampak sangat dah tak teruja nak lawan..adakah kerana Pahang bukan 'seteru' ..

Kehilangan Obina mgkn salah satu faktor  tp itu bukan puncanya..Ramai peminat tgk Piya tak seperti sebelum ini..

Percaturan di bahagian tengah yg di rancang oleh Bojan tidak menjadi..padahal dah banyak kali masuk final..

Syabas utk Dollah Salleh kerana berjaya mengarahkan, mengerah pasukan Pahang hingga berjaya menggungguli gelaran Juara Piala Malaysia..

Kelantan, walaupun naib juara..anda tetap di hati saya..walau siapapun pemain di dalamnya..

adat menang kalah satu perasaan yg perlu kita hadapi apatah lagi hanya dua pasukan sahaja yg menentukan siapa yang terbaik..

Syabas keduanya..this is Pantai Timur..! 
Orang comey blaka, baik budi...

Saturday, November 2, 2013

kad siswa

Dengan Nama Allah

Alhamdulillah..bila dah start sambung blaja ni..macam2 plak fikir. tp x le serius sangat..saya x la plan nak kena guna duit banyak sangat sebab saya rasa mcm ok je..Saya serahkan semuanya pada Allah..walaupun pada mulanya rasa ada sedikit kesusahan..terutamanya duit utk pengangkutan, makan dan buku.

masa memula daftar as student ari tu pihak uitm dah pun edar Baucar buku 1 Malaysia :RM 250. nak beli apa ek..sebab blaja guna online je..kalau ada pun uitm dah bg buku tu.X pe, simpan dulu.

Tak lama dapat email inform kena g UiTM amik Kad Siswa..isk? dapat gak..
di sebabkan susah nak g iNEd tu..saya x la g amik..maka membiarkan aje email tu..(sebenarnya tak tau apa kelebihan kad tu).. kendian baru perasaan tarikh tutup pengambilan kad..aduyai..lupa lak..

Namun, alhamdulillah..rezeki tu mmg utk saya..dan students lain jugak! pihak UiTM poskan kad tu ke rumah..macam tak percaya tp itula kebenarannya...
dan kerajinan bermula utk menerjah web utk mengemaskini kelebihan kad ni..

Walaupun x la banyak sangat kelebihannya tp amat membantu saya dan student yang dapat kad siswa ni..
Antara tempat yg saya selalu guna..Mydin dan KFC..
x la banyak sangat potongannya.kfc kata cuma tolak 5% gov tax je..mydin plak saya rasa dalam beberapa sen..(dah la tak print kat resit, siap tinggi suara bila saya tanya berapa % potongannya...)

apapun terima kasih pada sesiapa yang bagi idea buat kad ni dan akhirnya merealisasikannya....

senyum la weh....


Kenapa Si Dia Selalu Menyakiti Hati Ini?

Saya mempunyai seorang yang saya cintai. Tetapi si dia selalu menyakiti hati saya. Adakah si dia mencintai saya?



Jawapan Cinta  :

Jika orang yang engkau cintai menyakiti hatimu padahal engkau telah berbaik hati padanya, maka bersabarlah…

Jika telah bersabar dia tetap menyakiti hatimu, maka tetaplah bersabar…

Jika tetap bersabar, dia masih menyakiti hatimu, maka teruslah bersabar…

Jika terus bersabar, dia masih juga menyakiti hatimu, maka nasihatilah dia…
Jika telah dinasihati, dia masih juga menyakiti hatimu, maka mintalah padanya untuk tidak menyakiti hatimu…Jika inipun sudah engkau lakukan dan dia tetap menyakiti hatimu, maka ikhlaskanlah…

Jika telah ikhlaspun dia tetap selalu menyakiti hatimu, maka diamkanlah dia…

Jika engkau telah mendiamkannya tapi dia tetap menyakiti hatimu, maka tinggalkanlah dan berdoalah untuk kebaikannya…
Mungkin dia memang tidak mencintaimu dan bukan jodohmu…

SSPN @ PTPTN perlu ke tak ni...

Dengan Nama Allah..

alhamdulillah..akhirnya berjaya menghabiskan sem 1.. bukan senang dan malah bukan susah lagi nak habiskan semester..Pembelajaran kali ni memang lain dari yang dulu. Saya peruntukkan masa yang lebih untuk cuba refresh kerajinan saya mentelaah subject yang saya tak pernah belajar. hehe mmg la kan suma benda kita x pernah belaja..kalau dah belajar, mesti senang!

Dalam keadaan kelam kabut berulang g belaja, turun naik komuter, naik teksi sapu (sapu duit!) dan menapak naik bukit ke kelas..kejerihan ini menguatkan semangat..banyak yang perlu saya belajar selain dari yang di nyatakan.

Di satu ketika saya perlu memilih untuk bersosial atau terus meningkatkan hidup. walaupun telah saya nyatakan persetujuan saya mengikuti rombongan opis ke Ho Chi Min tetapi bergantung kepada jadual peperiksaan saya. Namun, nama saya terus di senarai tanpa bertanya kepada saya.Kemudian meroyan nak bertanya kenapa saya tak pergi.

al kisahnya tarikh peperiksaan saya terkena pada hari kedua rombongan. Dan dengan senang hati tentunya saya memilih untuk duduki exam tu...Tapi tanpa usul periksa saya di soal atas salah faham tersebut..dan Allah jua yang mengatur segalanya..

Result belum keluar, saya kena prepare awal utk masuk sem baru..persediaan diri, mental, kewangan dan masa..

...dan Allah jua yang beri pertolongan...dan mintalah dengan sabar

Idea untuk memohon pinjaman dari PTPTN..saya x tahu bagaimana lagi nak usahakan pembayaran yuran sem baru..Allah jua yang memberi ilham..


Wednesday, October 30, 2013

Jepun dan masa

Kenapa Jepun seperti itu!?!


1- Bermula peringkat rendah dari darjah 1 hingga 6 kanak-kanak Jepun diajar matapelajaran "akhlak" di mana subjek ini mengajar para pelajarnya berakhlak & cara bermuamalah/bergaul dengan manusia.



2- Dari darjah 1 hingga 3, tidak ada sistem berjaya atau gagal kerana ketika ini tujuan pembelajaran tertumpu kepada pendidikan (tarbiyah), menanam pemahaman (belajar untuk faham) & pembinaan syaksiah peribadi pelajar. Belum masuk kepada pembelajaran ilmu & talqin (mengeja & menulis).

3- Orang-orang Jepun walaupun mereka ini manusia terkaya di dunia sekalipun mereka tiada pembantu rumah. Tanggungjawab di rumah & anak-anak itu dipikul oleh kedua orang tua masing-masing.

4- Kanak-kanak Jepun akan membersihkan sekolah mereka setiap hari bersama para guru sekitar 15 minit. Aktiviti ini dapat melahirkan generasi Jepun yang merendah diri & cintakan kebersihan.

5- Kanak-kanak Jepun membawa berus gigi ke sekolah. Setiap kali selesai makan, mereka akan membersihkan gigi mereka. Mereka sudah belajar tentang penjagaan kesihatan di awal usia lagi.

6- Setengah jam sebelum, para guru akan makan terlebih dahulu makanan yang disediakan untuk para pelajar bagi memastikan keselamatan mereka. Ini kerana bagi mereka (para guru) itu menganggap para pelajar adalah masa depan Jepun itu sendiri yang wajib dilindungi.

7- Pekerja yang menjaga kebersihan di Jepun diberi nama "jurutera kesihatan" & diberi gaji 5 hingga 8 ribu usd setiap bulan. Pengambilan mereka perlu melalui sesi temuduga.

8- Tidak dibenarkan penggunaan telefon bimbit di dalam keretapi, tempat makan & kawasan tertutup. Mereka meletakkan nama bagi silent telefon itu dengan nama "akhlak".

9- Jika anda hadir ke restoran makan secara buffet di Jepun, anda akan mendapati orang-orang Jepun hanya mengambil makanan sekadar yang mahu dimakan sahaja. Dan setiap mereka tidak akan meninggalkan sebarang sisa makanan di pinggan mereka.

10- Peratus kelambatan keretapi untuk sampai tepat pada waktunya dalam masa 1 tahun hanyalah 7 saat sahaja. Ini kerana rakyat Jepun sangat menghargai nilai waktu. Mereka sentiasa menjaga setiap saat & detik waktu itu dengan penuh kesungguhan & dedikasi.
-----------------------------


Terdiam kita 

Sunday, October 27, 2013

Belajarlah Bercinta Seperti Salman Al-Farisi



Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.

Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.


Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah.. Alhamdulillah”

Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.

Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.

Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.

Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.

Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

P/s: Petikan kisah ini diambil dari buku Jalan Cinta Para Pejuang – Salim A. Fillah

Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yang lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yang pada mulanya dijadikan ‘teman bicara’ untuk meminang pula yang menjadi pilihan si gadis solehah.

Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn keikhlasan? Sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan.

Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dengan MEMBERI..

Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah S.W.T. Yang Maha mengetahui tentang sesuatu yang tidak kita ketahui




Sunday, October 6, 2013

Carilah Ilmu

Dengan Nama Allah...

Hari ini kuliah saya yang kedua utk single class..subjek pilihan. Biasanya kuliah saya di Seksyen 2, tp yang ini special sikit maka di adakan di Instec sek.17..

Saya pernah ke sini dahulu ketika mula menyambung pelajaran ke peringkat ijazah secara jarak jauh e-pjj. Teringat bersama teman sekuliah yg melingkari jalan menyusuri setiap kelas. Makan pagi bersama, tengahari berkumpulan dan balik jua beriringan.

Sehingga ke semester dua kami bersama..Namun kesilapan dan kekurangan diri, saya mengundurkan diri. Mulanya mak membantah; ilmu apa saja kita belajar, x akan rugi..cuba..cubalah lagi. Malah keputusan exam saya bukannya teruk pun..

Saya tinggalkan sepi cerita itu hanya Allah lebih mengerti.

Saya melalui bangunan ini dengan seribu rasa di hati..namun tiada rasa ralat dalam jiwa pun..saya masih perlu mencari dan belajar memperbaiki diri..ilmu saya masih kurang maka sebab itu saya masih mencari dan agak tergila2 nak menimba ilmu..

Dan saya ada kekuatan dari doa mak selama ini..saya ada ransangan dari kesusahan dan keperitan hidup saya. Saya dah buat pun..dan dalam kepayahan ini saya memohon agar ilmu ini menjadi penjamin hidup saya di saat itu..terima kasih Allah.....

Saturday, October 5, 2013

sedih masih menyapa

Wahai anakku,
Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.

Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah diriku padahnya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilanga mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.
Kadangkala kita kena terima hakikat kita tak dapat puaskan hati semua orang. Bila lampu trafik menjadi hijau, ada yang terpaksa henti memberi laluan. Jika tidak berlakulah kemalangan yang tiada siapa yang akan untung melainkan mekanik dan hospital.

Senyum.

Thursday, October 3, 2013

Puasa Sunat hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Rujukan:
1. Kitab Fadhailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah


*islam itu indah*

Wednesday, October 2, 2013

renungan untuk diri sendiri

Renungan : 

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah:

Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).
Apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.. 
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi
jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.
Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat,
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...

Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.
Aamiin.

Sumber whatsapp
Senyum

Rowan Atkinson aka Mr. Bean masuk islam

Dengan Nama Allah..

sehari dua ni kedengaran pelawak 'senyap' Mr. Bean telah peluk islam. kembali kepada fitrah.
Alhamdulillahjika cerita ini ada kebenarannya..

Monday, September 23, 2013

ketahanan mental dan spiritual

Dengan nama Allah

dah habis induksi umum wajib g induksi umum..  2 minggu beb! 

yang best dan memberi pengalaman. 
dapat panggilan g INTURA dan IKWAS. tp surat yg sampai kat tangan IKWAS. apapun keduanya best sebab dpt menerima latihan dr pakar terlatih dari INTAN.

satu malaysia datang pelbagai jawatan sokongan dan pelbagai jabatan.

kerjasama, idea, perkenalan, keakraban dan kehidupan ada kat sini ~ kursus ni. org lain x kan rasa apa yg kita dpt hari ini sebab kita yg merasainya. walaupun kita boleh bercerita tetap tak sama.

peraturan pejabat
pekeliling
perintah am

bukan boleh buat mainan. nak ikut boleh tak nak boleh..ish! nak kena tatatertib ke

Thursday, September 19, 2013

gastrik aka sakit jantung

dengan Nama Allah

awal pagi ni terjaga kerana rasa susah nak bernafas..terkejut dari tdo namanya. urut2 dada then rasa ok, tdo balik..G kije macam biasa tapi rasa senak kat dada macam tak puas bernafas..ignore lagi.
makan pagi sekadar menjamah sebab rasa x boleh nak telan..kenapa ni ek?

Rasa sejuk semacam. Tengahari: nak makan, lapar sebab pagi tak de selera makan. tapi masih tak lalu makan..buat kije opis pun x tenteram. tarik nafas dalam2 dan hembus..

Lepas Maghrib rasa menyucuk2 kat dada dan x boleh nak bernafas. try tarik nafas pun x boleh..
ni x leh jadi kena g klinik @ spital....

Jumpa doktor, macam2 doktor muda ni tanya sampai kita sendiri dah seram..banyak na ke penyakit aku ni...ish..
penah jatuh?
penah eksiden?
ada sakit dada ke atas? pembuangan macam mana?
bila start sakit ni? bla bla bla.....

" saya rasa ini tanda2 awak sakit jantung!....." pergh!!! darah naik ke muka...
..tapi ini juga tanda2 awak gastrik..sebab awak ada rasa sebu..
mcm mana pun awak kena g refer HKL sekarang, saya buat surat refference ok!

keluar dari klinik, tetiba air mata mengalir..sedih, sebak...andai ini takdirnya macam mana dengan ayah...kesian ayah yang kena jaga aku...sedangkan aku ini yang patut jaga ayah. apa perasaan ayah bila tau aku sakit, tentu dia lebih risau dari aku..

Menyusuri laluan kecemasan, aku terus di periksa oleh pegawai perubatan yg ada..buat ECG..dan bertubi2 soalan yang di tanyakan..bezanya, mereka di HKL lebih cool..

Tunggu dalam 20 minit, kemudian bari masuk jumpa doktor..wah! ensem nya doktor ni..Doktor berketurunan India yang ensem..haha..soalan dia pun lebih kurang..tapi dengan tenang beliau berkata sambil senyum..." saya rasa awak gastrik.." lepas ni saya akan bagi suntikan ubat xxxx, then kita tgk keadaan awak mcm mana sebab ECG awak normal..

Lega.

sebelum diberi suntikan..kena wat urine test gak..aik? napa plak
aku tanya la nurse lelaki ( malam memang ramai lelaki yg kije kot?) sakit tak kena injection ni...haha dia gelak.
."sakit!" sambil dia senyum
lepas kena suntikan dos kecil rasa beransur ok dada ni...

lepas tu kena tunggu doktor ensem tadi utk tau result.
sambil senyum lagi, doktor bgtau .."awak ok..cuma gastrik..mungkin awak x penah rasa gastrik seperti ini" ..jangan kontrol makan ok..awak on diet ke? aku sengih je
"...lagi satu, awak x mengandung...! "

eh? kenapa doktor cakap macam tu?  saya kan dah bgtau saya single..?

"biasanya wanita mengandung, dada akan rasa sakit sikit sebab berkongsi dengan anak dlm kandungan.."

"ooo sebab tu doktor tanya saya dah kawen ke belum...ish..saya bukan macam tu..." aku plak sengih2 je...

mana lah tau kan? jawab dia sambil senyum..ensem!

ok..alhamdulillah lega rasanya..

tapi esok pagi awak kena pergi bahagian xyxyx utk check gastrik awak tu..takut lagi teruk..pergi tau..!

hehe..tgk la dulu ( ckp dalam hati je)




Monday, August 19, 2013

Marah dan sayang

Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Wahai anakku,
Sebenarnya apabila kamu dan orang tersayangmu sedang marah antara satu sama lain, dua hati kamu berdua adalah berjauhan. Oleh itu, kamu berdua memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.


Ketika kamu berdua saling menyayangi pula, dua hati adalah dekat, jadi kamu berdua tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.


Wahai anakku,
Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali.


Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.


Wahai anakku,
Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marah-marah. Senyum.
HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN PASANGAN SUAMI ISTERI SEBELUM DAN SELEPAS...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...
Gunakanlah formula 7 K
1.Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. 2.Kasih sayang. 3.Kesetiaan 4.Komunikasi 5.Keterbukaan. 6.Kejujuran. 7.Kesabaran.

Friday, August 16, 2013

Panduan beraya untuk pasangan baru berkahwin

ini panduan berhari raya utk pasangan yg disusun oleh perunding hubungan suami-isteri 'mahligai kasih' pak uteh. semuga bermanfaat pd semua.
-----+-----+------+------+------+

Wahai Suami Yang Baru Berkahwin(Untuk yang merancang bawa isterinya beraya di kampongnya)

1. Dicadangkan, jika ini pertama kali berhari raya sebagai seorang suami, eloklah beraya di kampong rumah isterinya. Kerana dengan beraya di rumah isteri, ini akan melegakan isteri itu dan dapat memberi dia peluang menyesuaikan diri sebagai isteri di rumahnya sendiri berhadapan dengan orang-orang tidak asing bagi dirinya. 

2. Tetapi jika anda mahukan juga hari raya pertama di kampong anda, bermakna bagi isteri anda, ini adalah pertama kali dalam sejarah dirinya berhari raya di rumah orang lain. Oleh itu pasang niat sama-sama iaitu beraya di kampong ini utk menghiburkan ibu, ayah dan adik beradik di kampong.Kemudian ikutilah tip ini agar dapat mengurangkan stres isteri anda semasa dia berada di rumah kampong anda.

2.1 Ceritakan kepada isteri anda "budaya atau amalan" ibu ayah abang kakak anda adik anda semasa menyambut hari raya. Agar dia boleh mengambarkan keadaan yang akan berlaku nanti. Contohnya: Ibu anda akan bangun awal2 ke dapur belum subuh untuk menyediakan juadah seisi keluarga untuk makan pagi sebelum ke Masjid. Jadi eloklah cadangkan isteri anda juga bangun awal membantu ibu mertuanya ini. Kalau tidak diberitahu, dia akan rasa malu apabila dah bangun tengok juadah pagi tersedia di atas meja.

2.2 Jika anda tahu yang ayah dan ibu anda adalah manusia yang gembira mendapat hadiah semasa anak2nya pulang ke rumah. Maka eloklah bincang dengan isteri untuk membeli hadiah untuk ibu dan ayah anda. Dan suruhlah isteri anda yg menyerahkan hadiah itu kepada mereka sebaik sahaja tiba di rumah. Perbuatan ini akan membuka hati dan minda positif terhadap menantu barunya ini

.2.3 Jika ibu anda jenis yang suka memasak untuk keluarga, maka inilah masanya isteri anda mesti di dapur bersama ibu mertuanya untuk mempelajari cara masakan dia. Janganlah pula anda asyik ajak isteri memerap di dalam bilik 24jam (maklumlah sedang berbulan madu) dan keluar bilik hanya untu makan. Ini memberikan persepsi yg tidak baik. Isteri anda pun tidak selesa.

2.4 Pastikan semasa keluarga mara datang bertandang atau beraya, anda juga ada bersama isteri untuk melayani pertanyaan dan memenaminya. Dia rasa lebih selamat dengan kehadiran anda. Apa lagi kalau loghat atau bahasa yang keluarga anda gunakan amat asing baginya. Di sini peranan anda adalah sebagai penterjemah untuknya. Jika anda tiada, ini menambah stres walaupun senyumannya terus terukir dibibir.

2.5 Jika anda bercadang berjumpa kawan2 lelaki sekampong, elok jangan bawa isteri anda bersama. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa kerana tajuk perbualan anda dengan teman-teman lelaki sekampong tidak sesuai dan mungkin menyinggung perasaan dan emosinya. Minta kebenaran isteri jika anda ingin berjumpa kawan2 lelaki dan tetapkan tempoh waktunya. Ini melegakannya kerana dia tahu di mana anda berada dan bila anda akan pulang.

2.6 Jika ada orang bertandang, cepat2 keluar bilik bertemu mereka bersama2. Jangan sorang melayan sorang lagi dalam bilik. Walaupun tetamu datang diluar waktu melawat.

2.7 Jika timbul isu yang boleh menjadi krisis, eloklah bincang berdua di dalam bilik untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan mematah cakap dia atau membangkang pandangannya di depan orang lain walaupun di depan ibu anda. 

2.8 Tempuh jangka hari yang sesuai tinggal di rumah mertua ialah 3 malam sahaja. Bagi isteri, jika lebih daripada itu akan menyebabkan dia stres. Bagi lelaki tiada masalah sama ada rumah kampung isterinya dan apalgi rumah kampungnya.Cukuplah setakat ini.. selamat menyempurna ibadah Ramadahn. .. 

Pak Utih dan sila share. 

Ahmad Shafiai Uda Jaafar(Pak Utih)

Kelebihan Puasa Enam Syawal


Sambutan Aidilfitri adalah kemuncak kegembiraan bagi umat Islam setelah menempuh Ramadan dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT.

Mereka telah menghadapi siang Ramadan menahan lapar, dahaga dan rangsangan nafsu syahwat. Pada malamnya mereka akan tunduk sujud kepada Allah SWT melaksanakan `qiam Ramadan' iaitu solat sunat tarawih, tadarus al-Quran dan iktikaf di masjid.

Maka sudah tentu mereka yang beriman dan beramal soleh ini layak untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan gembira.

Berlalunya Ramadan tidak bermakna kita tidak dituntut melakukan ibadah lain. Pelaksanaan ibadah bukan pada Ramadan tetapi bulan lain juga kerana kehidupan manusia itu keseluruhannya adalah ibadah kepada Allah SWT.

Begitulah juga dengan puasa. Walaupun puasa selama sebulan Ramadan sudah tamat namun kita masih lagi diberi peluang berpuasa iaitu dengan melakukan puasa sunat antaranya puasa sunat enam hari Syawal.

Janji pengampunan

Direkodkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun."

Nabi SAW menjelaskan puasa enam hari pada Syawal pahalanya sama seperti puasa setahun secara penuh. Namun syaratnya, setelah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.

Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.

Berkenaan tatacara berpuasa enam hari Syawal, ada beberapa pandangan ulama. Kebanyakan ulama mazhab al- Syafi'e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.

Maksudnya, lebih afdal seseorang itu berpuasa enam hari secara berturutturut bermula pada 2 Syawal. Pandangan ini juga adalah pendapat Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin.

Dinukilkan daripada Ma'mar dan `Abd al-Razzak, seseorang itu tidak boleh berpuasa secara serta-merta dan berturut-turut selepas Aidilfitri kerana harihari permulaan dalam bulan Syawal adalah waktu untuk umat Islam makan dan minum setelah sebulan menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Menurut pandangan sebahagian ulama lain pula antaranya Waqi' bin al-Jarrah iaitu guru kepada Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal, puasa sunat enam Syawal yang dilakukan secara berturutturut mahupun berselang-selang adalah sama dari segi kelebihannya.

Oleh itu, seseorang yang telah berpuasa Ramadan mempunyai pilihan untuk terus berpuasa serta-merta selepas Aidilfitri secara berturut-turut atau berselang-selang selagi mana dia berada dalam Syawal.

Setelah diteliti ketiga-tiga pandangan ulama, maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa sunat enam Syawal boleh dilakukan serta-merta selepas sambutan Aidilfitri mahupun melakukannya selama enam hari pada mana-mana hari dalam bulan Syawal.

Namun lebih elok jika puasa enam hari itu dipercepatkan jika tiada sebarang halangan. Jika kita tidak mampu berpuasa serta-merta, maka bolehlah kita memilih untuk berpuasa enam hari sepanjang Syawal.

Melihat suasana Aidilfitri kebanyakan masyarakat Malaysia yang akan mengadakan rumah terbuka, budaya kunjung- mengunjung ini mengambil masa berhari-hari malah ada mengadakan rumah terbuka sehingga penghujung Syawal.

Oleh itu, sesiapa yang dijemput hadir ke majlis rumah terbuka maka tidak perlulah berpuasa kerana puasa enam boleh dilakukan pada hari lain. Begitulah juga mereka yang menjemput tetamu datang ke rumah, maka seelok-eloknya mereka menjamu selera bersama-sama tetamu yang hadir.

Namun jika mereka masih mahu berpuasa maka tidaklah salah tetapi perlulah menjelaskan dengan baik kepada tuan rumah mahupun tetamu yang datang.

Utama qada puasa

Berkenaan mana lebih penting, puasa ganti atau puasa sunat, seelok-eloknya kita mempercepatkan qada dengan menggantikan puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadan.

Ulama membahaskan keutamaan iaitu adakah lebih perlu menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat. Majoriti ulama menyatakan, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan seelok-eloknya menggantikan puasa itu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.

Sebahagian ulama pula berpendapat, seseorang yang wajib menggantikan puasa seperti wanita didatangi haid perlulah mendahulukan puasa wajib iaitu mengqadakan puasa ditinggalkan sebelum melaksanakan puasa sunat Syawal.

Pada pandangan mereka, urusan wajib perlulah disegerakan dan tidak boleh didahulukan dengan urusan lain walaupun urusan berbentuk sunat.

Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin berkata, sebahagian ulama membenarkan mendahulukan puasa enam hari Syawal ke atas puasa ganti. Namun pengecualian itu hanya untuk puasa enam hari Syawal saja.

Perkara ini juga untuk memudahkan wanita turut sama mendapat kelebihan menunaikan puasa enam Syawal. Jika mereka mendahulukan puasa ganti kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan puasa sunat Syawal.

Pelengkap kekurangan Ramadan

Antara keistimewaan puasa enam Syawal adalah:

* Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi SAW menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan, setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah sebanyak sepuluh kali ganda.

Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan. Puasa enam hari Syawal digandakan sepuluh bersamaan 60 hari dan bersamaan dua bulan. Oleh itu, puasa Ramadan ditambah enam hari bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.

* Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada Ramadan.

Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

* Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain.

Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

Kredit Muhammad Asyraf