SYED AHMAD ISRAA’ SYED IBRAHIM telah dilahir di Amerika Syarikat dan dibesarkan di Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Islam Hira’ dan kemudiannya pendidikan menengah di Sek Men Islam Hira’ dengan mencapai keputusan cemerlangt 9A PMR.
Syed Isra’ menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ selama dua tahun dan telah Berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk tersebut dalam tempoh ‘6 bulan’. Beliau meneruskan pen...gajian menengah atas dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 12A SPM.
Beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di peringkat STAM di SM Al-Hidayah Ipoh dan telah mendapat pencapaian cemerlang (10 Mumtaz) dalam semua mata-pelajarannya. Syed terpilih untuk mendapat Anugerah Utama STAM peringkat nasional oleh JAKIM (sebagai pelajar terbaik seluruh Malaysia).
Rekod cemerlangnya diteruskan dengan menyambung pelajaran di Univ Al Azhar, Mesir dengan tajaan biasiswa MAIWP . Di sepanjang 4 tahun pengajiannya, beliau mendapat keputusan Jayyid Jiddan dengan ranking pertama bagi pelajar-pelajar dari Malaysia.
Baru-baru ini beliau lulus graduasi Al-Azhar pada tahun 2013 dengan pangkat ‘Jayyid Jiddan Ma’a Martabat As-Sharaf’ ( Very Good with Honors), yang juga merupakan ranking pertama bagi semua mahasiswa Malaysia di Al-Azhar (tahun akademik 2012/13).
Bukan sahaja cemerlang di bidang akademik, beliau juga adalah seorang aktivis mahasiswa yang begitu berbakat di dalam pelbagai bidang seperti penulisan, fotografi, politik semasa dan juga perundangan.
Isterinya bernama SITI SARAH AMRAN, yang telah dilahirkan di Johor sebelum dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Sri ABIM, Seremban dan menyambung pendidikan menengahnya di Maahad Ahmadi, Gemencheh dengan cemerlang sehingga mendapat 9A di dalam PMR.
Siti Sarah kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 10A dalam SPM. Beliau pernah terpilih mewakili KISAS untuk Pameran Inovasi Sains di hadapan DYMM Sultan Selangor.
Tokoh muda ini menyambung pengajian pasca SPM di Darul Quran dan menamatkan persijilan tahfiz Darul Quran (30 juzuk) selama setahun setengah dan mendapat pangkat cemerlang dengan kepujian.
Beliau telah ditawarkan biasiswa MAINS untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Univ Ain Shams, Kaherah. Kini di tahun akhir Perubatan Univ Ain Shams, Kaherah di samping menjadi ibu kepada seorang anak.
Di dalam kesibukannya sebagai seorang mahasiswi perubatan, seorang isteri, seorang ibu, dan seorang aktivis dakwah, Siti Sarah juga bakal mencipta satu sejarah yang baru kerana beliau sedang menamatkan sanad bacaan Al-Quran 10 qiraat secara jamak dengan Sheikhah Effat Abd Hamed di Cairo.
Subhanallah, sesungguhnya mereka berdua adalah di antara beberapa tokoh muda yang begitu dekat di hati saya. Tahniah saya ucapkan kepada Syed Ahmad Israa’ dan Siti Sarah, ibu bapa dan guru-guru, para murobbi serta teman-teman seperjuangan yang turut bersamanya.
Saya doakan agar mereka konsisten di dalam perjuangan untuk memertabatkan Islam yang mulia ini dan berharap agar dapat dicontohi oleh para remaja dan generasi muda di dekad ini.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar
Via: Dr Zainur Rashid Zainuddin
Sumber: http://zainurrashid.com/ikon-generasi-muda-kini/See more
No comments:
Post a Comment