1. Berihram di miqat (wajib haji)
bagi jemaah dari Malaysia yang menaiki kapal terbang, miqatnya adalah di Qarnul Manazil. Manakala yang melalui kapal laut, miqatnya di Yalamlam.
2. Niat (rukun haji)
a. Haji Ifrad hendaklah berniat haji dari miqat yang jemaah lalui
b. Haju tamatuk perlu berniat umrah dari miqat yang dilalui dan berihram serta berniat haji dari tempat tinggal (hotel) pada hari Tarwiyah iaitu pada 8 Zulhijjah.
c. Haji qiran perlu berniat haji dan umrah dari miqat yang dilalui.
3. Tawaf qudum (sunat haji)
Bagi haji ifrad dan qiran, jemaah perlu mengerjakan tawaf qudum. Manakala bagi haji jenis Tamatuk, jemaah boleh terus melakukan amalan-amalan umrah dan duduk di Makkah sehingga hari Tarwiyah.
4. Berangkat ke Mina pada hari Tarwiyah (sunat haji) pada 8 Zulhijjah.
5. Wuquf di padang Arafah (rukun haji) pada 9 Zulhijjah.
Perlu menuju ke Arafah dengan tenang dan tidak menyakiti jemaah lain dalam apa jua urusan. Boleh dilakukan solat zuhur dan asar denga jamak takdim serta qasar, dengan satu azan dan dua iqamat. Banyakkan zikir dan doa dengan menghadap kiblat.
6. Bermalam di Mudzalifah (Wajib haji) pada malam 10 Zulhijjah.
Apabila matahari terbenam, jemaah berangkat menuju ke Mudzalifah dengan tenang sambil membca talbiah dan jangan menganggu jemaah lain. Kemudian lakukan solat maghrib dan isya' dengan jamak qasar dan menetap di sini sehingga solat subuh, sehingga hari hari terang, Selepas solat, banyakkan doa dan zikir dengan menghadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua tangan mengikut sunnah Rasullallah. Boleh memungut tujuh batu kerikil bagi melontar Jamrah Aqabah. Baki yang lain bagi lontaran tiga jamrah boleh di pungut di Mina.
7. Menuju ke Mina bagi melontar Jamrah Aqabah (wajjib haji) pada pagi 10 Zulhijjah.
Banyakkan membaca talbiah dalam perjalanan ke Mina.Lakukan lontaran Jamrah Aqabah (kubra) dengan tujuh batu kerikil secara berturut-turut sambil bertakbir pada setiap kali lontaran.
8. Berkorban (sunat haji)
9. Bercukur dan bergunting
lebih afdal bagi jemaah lelaki bercukur bersih, bg wanita memadai 3 helai rambut.Melakukan kedua perkara diatas bererti sudah bertahalul awal dan di bolehkan memakai pakaian biasa dan keluar dari larangan ihram kecuali hubungan suami dan isteri (berkahwin dan mengahwinkan) Sembelihlah haiwan sekiranya ada dam dan yang perlu di bayar.
10. Tawaf ifadah (rukun haji)
11. Sai (rukun haji)
Selesai melontar Jamrah Aqabah, jemaah mempunyai pilihan sama ada mahu berangkat ke Makkah bagi melakukan tawaf ifadah serta melakukan sai ataupun mereka menunggu hingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah.
Bagi haji tamatuk, perlu melakukan tawaf haji dan sai.
Bagi haji ifrad dan qiran, hanya lakukan tawaf ifadah sekiranya sudah melakukan sai selepas tawaf qudum.
Mengerjakan tawaf ifadah dan sai bererti sudah bertahalul Thani dan keluar daripada keseluruhan larangan ihram termasuk hubungan suami isteri dan kembali ke Mina bagi bermalam pada tiga hari Tasyrik dan melontar ketiga-tiga jamrah.
12.Melontar ketiga-tiga jamrah (wajib haji) pada 11,12 dan 13 Zulhijjah (jemaah boleh memilih sama ada mahu bermalam ataupun tidak pada 13 Zulhijjah).
Selepas selesai melontar ketiga-tiga jamrah, hendaklah melakukan tawaf ifadah dan sai. Tawaf ifadah dan sai ini hanya dilakukan sekiranya dahulu jemaah tidak melakukan kedua-duanya selepas melontar Jamrah Aqabah dan bergunting ataupu bercukur bagi mendapat Tahalul Thani.
13. Tawaf Widak (wajib haji) pada saat hendak meninggalkan Makkah.
14. Tertib (rukun haji) pada kebanyakkan rukun.
Namun islam memberikan kelonggaran kepada sesiapa yang tidak melakukan secara tertib kerana terlupa, sebagaimana yang di laporkan daripad Abdullah bin Amru bin Ash katanya ketika haji widak, Rasullallah pernah berhenti di Mina bagi menunggu orang ramai bertanya kepadanya. Maka tampil seorang lelaki, lalu bertanya, " Ya Rasulullah! Aku sudah terlanjur bercukur sebelum menyembelih koban, bagaimana itu?
jawab beliau, " sembelilhlah, tidak megapa."
Oleh sebab haji dikatakan sebagai penyempurnaan agama, maka umat islam dituntut bagi mengerjakan haji dengan sempurna mengikut segala syarat dan memahami makna yang tersirat di sebalik semua amalan pekerjaan haji.
hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...
No comments:
Post a Comment