hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, March 19, 2013

Moga Allah redha persahabatan kita .:.



Persahabatan itu sangat indah andai dibina atas dasar iman..

Sahabat menjadi sumber kekuatan saat diri merasa lemah..

“salah satu tanda Allah itu dekat dengan hambaNya adalah apabila seseorg hambaNya punya masalah,,Dia hantar seorang sahabat yg benar2 mampu menjadi sumber kekuatan kpd hambaNya itu agar mampu terus teguh ats jln Ilahi..” ..

Allah pasti uji satu persahabatan bukan…x de persahabatan yg indah tanpa diuji..

Saya punya kekurangan..awak juga punya kekurangan..

Allah ciptakan manusia utk saling melengkapi antara satu sama lain..

Maaf andai kekurangan saya menyebabkan awak tidak senang..

“saya suka bila saya mampu buat mereka2 di sekeliling saya bahagia..tp saya paling x suka utk melihat org2 di sekeliling saya risau + bimbang akan diri saya”

Ini saya..

Saya nak share something..

Utk saya..utk awak..utk semua juga..

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.


 

Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendaklah dia memberitahu temannya.”

~ HR Abu
Daud


2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.


 
Nabi SAW bersabda :

” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :

“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”

~ HR Muslim


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.


 

  "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."

~ HR Muslim


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.


 

Nabi SAW bersabda :

  "Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. "

~ HR Abu Daud


5. Amalan ziarah-menziarahi



Nabi SAW bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu."


6. Memberi Hadiah


 

Nabi SAW bersabda : " Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang."

~ HR Thabrani


7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.



Nabi SAW berpesan : " Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan."


Saya akui saya masih x mampu utk mengamalkan semuanya..

tp saya dalam proses utk menjadi sahabat yg baik..

sahabat yg memahami

agar banyak hati dapat dijaga..dipujuk..disembuhkan

ada air mata yg mampu diseka dgn tgn ini..

dan juga

Sebaik layanan awak pada saya..
Semoga sebaik itulah layanan saya pada awak.

Moga Allah redha persahabatan kita.


syukran..itu impian semua..impian saya juga..andai takdirNya berpisah di dunia..moga sama2 mendapat janji Allah yg indah di akhirat..dlm bersahabat..ada 3 perkara kena ada..berlapang dada dgn sahabat..melebihkan sahabat..dan bersangka baik..semoga saya dan awak mampu jadi sahabat yg baik..

dalam diam saya harus terus mendoakanmu, moga baik2 saja. semoga Dia sampaikan isi hati ini dalam doa yang khas saya titipkan buatmu sahabat, dengan caraNya yang terindah. sungguh saya merinduimu kerana Allah. 

alkisah...


 Dengan nama Allah..

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi
Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanpa bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

 
 
 
 
:. saya suka telur tp dlm situasi ini mcm bukan telur je....:.

Monday, March 18, 2013

Lapan Tiang Bersejarah

Dengan nama Allah..

Ketika menunggu giliran masuk ke ruang Raudhah, Ustazah bercerita kepada kami mengenai tiang di dalam Masjid..saya ingat-ingat lupa mengenainya. Walaupun begitu, saya ada buat catatan sedikit dan baru-baru ini saya terjumpa artikel mengenainya..Subhanallah..

Secara ringkas terdapat lapan batang tiang yang mempunyai sejarah tersendiri di bahagian kiblat masjid. Asalnya di perbuat dari batang-batang tamar, kemudian di buat pembaharuan ditapak asal oleh sultan Abdul Majid Al-Uthmani.


Beginilah kedudukan tiang dalam bahagian depan Masjid Nabawi. Karpet hijau menandakan kawasan Raudhah (taman Syurga) diantara Rumah Nabi SAW dan Mimbar baginda.

Tiang Pertama -tiang wangi [Ustuwaanah Hannanah (tunggak menangis) ]
di Tiang Wangi ini tempat Rasulullah selalu bersolat dan bermunajat. Para sahabat selalu menyapu minyak wangi sebagai tanda tempat solat Rasulullah.

[Juga dipanggil Mukhallaq Ustuwaanah. Ia adalah tiang yang paling diberkati iaitu tempat Nabi (saw) Salat. Di tempat ini terdapat sebatang pohon tamar. Sebelum mimbar dibina, Rasulullah (saw) menggunakan pohon tamar ini untuk bersandar semasa menyampaikan khutbah. Apabila mimbar dibuat, Nabi (saw) menggunakannya untuk khutbah. Ketika perubahan itu berlaku, terdengar didalam masjid bunyi menangis yang didengari dari pokok yang keseluruhan masjid bergema dan orang-orang di masjid mula menangis. Nabi (saw) kemudian berkata: “Pokok ini menangis kerana zikir Allah hampir dengannya, dan sekarang mimbar telah dibina dan ia telah terasa jauh dari zikir. Jika saya tidak meletakkan tangan saya di atasnya, ia akan menangis itu sehingga Hari Qiyamat. “. Kemudian pokok itu kering dan dikuburkan.]

Tiang Kedua - Tiang Saiditina Aishah [Ustuwaanah Aishah (r.a.)]
Dikenali juga sebagai Tiang al-Muhajirin kerana orang Muhajirin selalu berkumpul di sini.

[ Nabi (saw) bersolat di sini dan selepas itu bersolat di Ustuwaanah Hannanah. Ia juga dipanggil Qu’rah Ustuwaanah. Sebab Aishah (ra) melaporkan bahawa Rasulullah (saw) berkata: “Di masjid ini adalah satu tempat itu bahawa jika orang tahu hal sebenar mengenai keberkatannya, mereka akan berduyun-duyun ke arah itu dalam apa-apa cara untuk berdoa di sana. “
  • Orang bertanya kepada Aishah (ra) untuk menunjukkan tempat yang tepat tetapi dia enggan berbuat. Kemudian, atas kegigihan Abdullah bin Zubair (ra) memujuk, Aishah (ra) menunjuk ke tempat ini. Oleh itu ia dipanggil Ustuwaanah Aishah, kerana hadis yang dilaporkan oleh beliau dan tempat yang tepat telah ditunjukkan oleh beliau. Ia adalah satu fakta bahawa Abu Bakr dan Umar (ra) sangat sering berdoa di sini.]


  • Tiang Ketiga - Tiang Taubat [Ustuwaanah Tawbah]
    Di kenali sebagai tiang Abu Lubahah. Abu Lubahah mengikat dirinya sebagai hukuman kerana mengkhianati Rasulullah. Dia bersekongkol dengan Yahudi bani Quraizah. Akhirnya Allah menurunkan wahyu menerima taubatnya yang ikhlas itu.

    [ Juga dikenali sebagai Ustuwaanah Abu Lubabah. Abu Lubabah (r.a.) adalah salah satu sahabat yang terkenal. Sebelum Islam, beliau mempunyai banyak urusan dengan orang-orang Yahudi Bani Qurayzah. Apabila mereka bertindak tidak setia semasa peperangan Khandaq dan telah ditawan oleh orang Islam, beliau memberitahu mereka (Bai Qurayzah) bahawa mereka akan dibunuh dengan membuat tanda dipotong leher dengan tangannya. Setelah itu, dia menjadi begitu dukacita di atas kebodohan dan keterlanjuran sehingga dia tidak bisa tenang.
  • Beliau kemudian datang ke masjid dan mengikat dirinnya sendiri pada batang tiang ini sambil berkata: “Selagi taubat saya tidak diterima oleh Allah, saya tidak boleh melonggarkan diri dari sini. Dan Nabi (saw) sendiri mesti membuka ikatan saya ini”Apabila Rasulullah (saw) mendengar ini beliau berkata:” Jika dia telah datang kepada saya, saya akan merayu ampun pada Allah bagi pihaknya. Sekarang dia telah bertindak atas inisiatifnya sendiri, saya tidak boleh melonggarkan nya sehingga taubat beliau telah diterima Allah. “
  • Selama beberapa hari beliau kekal terikat di sana, kecuali untuk solat dan ke tandas. Pada masa itu isteri dan anaknya yang digunakan untuk melonggarkan dia dan sekali lagi terikat kepada pokok itu. Beliau kekal tanpa makanan dan minuman sehingga penglihatan dan pendengaran terjejas. Kemudian selepas beberapa hari satu pagi manakala Nabi (saw) dalam solat tahajjud di rumah Ummu Salamah (ra), beliau menerima berita baik bahawa taubat itu telah diterima. Para Sahabat (ra) menyampaikan berita kepadanya, dan mahu melonggarkan tetapi beliau enggan, sambil berkata: “Selagi Nabi (saw) tidak melonggarkan saya dengan tangannya yang diberkati, saya tidak boleh membenarkan orang lain untuk berbuat demikian. “Apabila Rasulullah (saw) memasuki untuk Fajr Salat Baginda membuka ikatan dia. ]


  • Tiang Keempat- Tiang Katil  [Ustuwaanah Sareer]
    Disini terletaknya katil Rasulullah untuk berehat sewaktu beriktikaf. Katil ini diperbuat daripada pelepah tamar yang terletak berdekatan dengan tiang tersebut.
    ['Sareer’ bermakna tempat tidur. Dilaporkan bahawa Rasulullah (saw) menggunakannya untuk beri’tikaaf , dan digunakan untuk tidur di sini. Sebuah platform kayu digunakan untuk diletakkan di sini bagi Baginda tidur di atasnya.]

    Tiang Kelima - Tiang Pengawal [Ustuwaanah Ali (r.a.) ]
    Di kenali sebagai Tiang Ali bin Abi Talib. Hal ini keranan beliau selalu bersolat di situ bagi menjaga keselamatan Rasulullah sehingga turun ayat yangbermaksud:

    "Allah melindungimu daripada gangguan manusia" surah al-Maidah ayat 67

    [Juga dikenali sebagai Ustuwaanah Mah’ras atau Hars. ‘Hars’ bermakna menjaga atau melindungi. Ini digunakan untuk menjadi tempat di mana sebahagian daripada para Sahabat (ra) duduk berjaga dan memerhatikan atau bertindak sebagai gatekeepers. Ali (ra) menjadi salah seorang sahabat yang banyak berbuat demikian, maka ia juga sering dipanggil Ustuwaanah Ali (ra). Apabila Rasulullah (saw) memasuki masjid dari pintu bilik Aishah (ra), Baginga melalui tempat ini.]


    Tiang Keenam -  Tiang Perwakilan [Ustuwaanah Wufood ]
    Rasulullah akan duduk di tiang ini menerima kedatangan perwakilan daripada mana-mana kaum.

    [‘Wufood’ bermakna delegasi. Apabila deligasidari luar tiba untuk bertemu Nabi (saw) bagi pihak puak-puak mereka, mereka akan duduk di sini dan di sini Baginda gunakan untuk bertemu dengan mereka, berbicara dengan mereka dan mengajar mereka Islam.]

    Tiang Ketujuh - Tiang Persegi Kubur [Ustuwaanah Jibraeel ]
    Ia juga dinamakan sebagai Tiang Jibrail, iaitu tempat berdirinya Malaikat Jibrail ketika datang berjumpa Rasulullah.

    [ Ini adalah tempat yang biasa di mana Jibraeel (as) gunakan untuk masuk melawat Nabi (saw). Hari ini ia tidak boleh dilihat lagi kerana ia terletak di dalam ruang Makam Rasulullah (saw) ]

    Tiang Kelapan - Tiang tahujjud [Ustuwaanah Tahajjud]
    Berada dalam pagar makam. Di tiang ini Rasulullah menunaikan solat sunat tahajud. Namun selepas itu, beliau melaksanakan solat sunat tahajud di dalam rumah kerana dikhuatiri ada sahabat yang menyangka beliau sedang menuanaikan solat wajib.

    [ Dilaporkan bahawa ini adalah tempat di mana pada lewat malam permaidani telah dibentangkan untuk Nabi (saw) melaksanakan solat tahajjud, selepas semua orang telah meninggalkan masjid. ]


    Sumber: Travelog Haji Muslimah dan chromosome.wordpress.com

    Friday, March 15, 2013

    Sony Xperia Z

    Dengan nama Allah..

    Semalam dapat email pasal soh tengok product baru Sony..Sony Xperia Z..

    Pas tu ada plak berkesempatan masa nak menyinggah kat Sony outlet..apalagi g merasai 'kehangatannya'.. ha ha..sangat la best dan teruja..

    
    on/off button di tengah..menarik..
     apa yang ada di Xperia Z, kena la cari dan baca sendiri sebab bagi saya, bila kita baca je memang best tetapi kekadang tak best bila tengok dan rasa sendiri..Cuma kali ni bestnya ceritanya sama dengan best nya barang ni..kira barang baik la..


    siram je pun kan..

    yang ni di tenggelamkan.. separuh..

    tengok short movie (erkk..ye ke?) siap boleh siram air bila kena debu..ha ha..memang teruja la..(konon!)

    besar lebih kurang samsung note II..5” Full HD Reality Display with Mobile BRAVIA® Engine 2

    bila slide, laju je sebab dia guna Qualcomm ® Snapdragon™ S4 1.5 GHz processor with better STAMINA mode..



    Kamera pun clear...13MP Fast Capture camera with Exmor RS™ for mobile & HDR video ..
     nipis dan ringan stainless steel Berat 146 g



    Di datangkan dengan 3 pilihan warna putih,hitam dan ungu...



    Ok..secara ringkas bila sony memang sinonim la ngan music..memang la in dari HP jenis yang di pasaran..mengekalkan track ID

    Harga pengenalan semasa blog ini di taip ialah RM 2199 ...x le mahal sangat..he he
    kalau nak murah kena amik pakej syarikat telco dalam RM 18++

    tapi Sony ni memang cepat turun rega sebab depa ni selalu je kuar product baru..so nak kena tunggu rega turun ke atau tengok je kehebatannya sebab saya macam mengidam HTC Butterfly yang seakan-akan Xperia Z ni..ha ha ha...


    Wednesday, March 13, 2013

    krisis dalaman

    Dengan nama Allah

    saya hanya mampu menggelengkan kepala dengan sikap sesetengah orang yang boleh menutup kesalahan sendiri dengan menunding jari ke atas orang lain..senyum x perlu kata apa-apa.

    Saya memang tak kan kata apa-apa sebab telinga saya kini mampu mendengar mana yang betul mana yang tidak mengikut situasi yang berlaku..yang lebih tahu Allah..sebab kadang-kadang apa yang kita dengar tak semestinya betul dan vice versa..well senyum..


    tapi yang pelik tu ada yang tak tau situasi tapi membuat perkiraan apa yang dia rasa perlu tanpa menyelidiki terlebih dahulu. bukankah perlu bertanya.jangan la buat keputusan sebab kesiankan orang ok..
    memandangkan saya pernah melalui perkara seperti ini ..saya tak mahu terangkan apa-apa sebabbbbbbb nanti panjang jadinya..dan buang masa saya je sebab sekarang tengah banyak kerja..wakakaka..

    semoga insiden ini menjadi iktibar buat saya..

    Alhamdulillah..saya di beri kesabaran untuk tidak menyampuk sepanjang 'gaduh-gaduh mesra' tu..Allah bagi saya 'sibuk' ngan kije yang perlu di bereskan segera..terima kasih Allah..kerna membantu saya tidak membenarkan apa yang salah...


    :. orang jujur selalu di tindas.:

    Monday, March 11, 2013

    meatball @ikea..

    Dengan nama Allah...

    Ikea SALE!

    ha ha...bukan nak tolong promote ek..! Nak cternya bila IKEA Malaysia buat SALE.memam ler sesak jalan jadinya..orang sesak, keta lagi sesakkkk!

    arakian tetiba rasa nak makan meatball yang jual kat cafe Ikea tu..first time makan ngan Wani, macam sedap lebih dari tempat lain..nak kata sedap sangat, kat pizza pun sodap..tapi biasa lah, lain tempat lain presentationnya..

    Hari ni rasa nak makan lagi. Hai la tekak, apa je yang nak di makan..
    G lepak n santai ngan Rohaya..perghhh!! Jammed kak oii..Alhamdulillah keta Rohaya auto, itupun dia dah request tukar tempat santapan tekak ku ini..

    Tapi entah kenapa, akhirnya dia redah gak, dan selepas melilau cari parking..ada rezeki untuk parkir keta..(berebut gak la ngan keta yang dok menunggu!) punya la full tempat parkir kat Ikea ni sampai bertekak2 mereka2 ini...r0panya Ikea wat SALE beb! padan le..err.. moral of the day; jangan g weekend.

    Berbalik kepada tujuan utama ialah bersantap maka kami menuju terus ke cafenya..Makcik oiii, panjangnya beratur..ini le yang uniknya rakyat Malaysia..suka makan esp makanan yang sedap dan murah..



    So, pilihan utama tentunya meatball swedish ku itu..ha ha..kelazatan meatball di sirami cream sauce, secoit lingonberry jam (memula dulu ingat strawbery jam) di selitkan bersama dan kentang goreng..eh? bukan ke sepatutnya kentang rebus? ah! apa-apa je la..




    Rohaya pilih Cop ayam..di englishkan baru jadi chicken chop..bukan saya memandai ek..depa yang tampal iklan lagu tu..

    kepak ayam barang seketul dua dan air mineral...menjadi!

    Tak susah pun cari tempat duduk..selit je mana yang patut..

    Alhamdulillah, makan pun dah kenyang, hasrat hati dah tercapai..maka perjuangan perut di redakan dengan senaman kaki dan pemuliharaan mata dalam memerhati barangan kat Ikea yang memang menarik ramai orang ni..bukan nak membeli pun, pegang, tengok2., duduk2 ke..buka pintu lemari, pusing seround dah habis..banyak jugak la harga yang di turunkan..sekaligus menampakkan troli yang penuh ngan barang2 murah..dan kekayaan rakyat Malaysia yang suka membeli belah..


    
    pilih jangan tak pilih...
     Sebelum balik singgah sebentar di cafe depan cashier plak..he he..apalagi operasi ops karipap Ikea plak..Napa la dorang ni jual murah sangat..ni yang saya geram nih..! (he he..) .. order lagi. Kali ni pilihan utama ialah combo B iaitu segelas air dan sebiji karipap mabeles yang baru berharga rm2.. ha mana mau cari? satu je yang saya tak berapa berkenan..memang la Ikea ni ada sediakan tempat makan tapi kena makan sambil berdiri..minum berdiri..

    carian incik google la..
    Karipap kat Ikea ni mabeles sebab ada 1/4 biji telur rebus + intinya yang sedap.. makan plak panas-panas..agak sesuai ngan tekak ni..emm..spesel la jugak! Kak Lela KBS pun penah buat tapi kecik sikit..
    Air boleh refill ( isi banyak kali pun boleh!) kalau beli hotdog bubuh la bawang sendiri,picit le mustard dan tibai je nak  sos sebanyak mana yang anda mau..kira santai le ni...ho ho ho...


    abis makan, kena balik la..sebab tujuan tadi ialah mau makan meatball je pun..Alhamdulillah.kenyang..

    terima kasih Rohaya...sebab sudi teman..




    :. buat apa yang kita nak, fokus dan cuba capai..insyaallah dapat


    Wednesday, March 6, 2013

    Saya sayang sahabat saya

    Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
    walau yang mencarinya adalah aku,
    maka dia adalah hadiah,
    mustahil sekadar dilempar begitu.

    Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
    Biarlah dia berjauhan,
    Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
    Biarlah ada waktu dia melukakan,

    Sebab dia adalah sahabat,
    maka aku tidak pernah menghiraukan.

    Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
    itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

    Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
    aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
    Kalau aku adalah yang tersungkur,
    aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

    Sebab dia adalah sahabat,
    dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
    maka aku hormati kekurangan yang ada,
    dan aku besar-besarkan kelebihannya,

    Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
    mengekstensi hingga ke syurga nanti.
    Sebab dia adalah sahabat,
    mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

    By: Hilal Asyraf 
     
     
    :. saya sangat sayang sahabat saya..
     
     
     
     

    Gurisan rasa

    Dengan nama Allah..

    Ujian yang Allah hantar pada kau, serupa macam ujian yang kau lalui masa musim peperiksaan. Kau tak akan lepas subjek itu selagi belum lulus uijan. Jadi kau tak perlu hairan, kalau betul kau kenal diri kau, kau akan perasan yang kau lalui adalah ujian yang sama 2-3 kali. Sebab apa? Sebab kau belum lulus cemerlang lagi dengan ujian itu. Ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk dengan kau, tapi dengan cara halus: UJIAN.

    Betul kan?

    Ujian merupakan pentas bicara dan didikan Allah.
    dan yang pasti..
    semua akan melaluinya...







    Allah..please keep me with you forever always..