Sebahagian wanita Islam yang kedatangan haid dan nifas dalam bulan Ramadhan merasa tidak gembira dan bimbang kerana kehilangan peluang untuk beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan Rahmat. Kepada mereka yang berperasaan demikian di nasihatkan supaya tidak berdukacita kerana yang mereka alami itu adalah suatu ketetapan Allah keatas manusia dari kaum Hawa. Sepertimana yang di sabdakan oleh SAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa dia dalam kedatangan haid semasa mengerjakan haji (dalam ihram) “berkata Saidatina Aishah r.a ,Rasullah datang kepadaku sedang aku menangis, lalu baginda bertanya “ Apakah yang membuat kamu menangis?, adakah kamu kedatangan haid?, aku menjawab:” Ya”, baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).
Dalam sebuah hadith yang lain Nabi SAW bersabda:” Apabila seorang hamba sakit atau musafir, Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal ketika sihat dan tidak bermusafir (bermukim). Manakala haid adalah merupakan sebagai penyakit yang mendatang yang menghalang seorang wanita dari melakukan perkara yang boleh dilakukannya ketika dia sihat. Oleh yang demikian, wanita yang kedatangan haid mempunyai simpanan tetap pahala ibadahnya. Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang taat melakukan kewajipanya semasa dia sihat, melainkan hanya terhalang dengan kedatangan haid atau nifas. Ramai kaum wanita yang kedatangan haid dalam bulan Ramadhan khasnya (dan bulan-bulan lain) ,sering melalaikan dari mengingati Allah dan merasai nikmat kerohanian bulan mulia ini. Mereka menghabiskan masa dengan menonton TV atau seumpamanya dengan sangkaan bahawa mereka boleh berbuat demikian menjauhi segala amalan kerohanian atau ibadat kerana mereka dalam haid atau nifas. Akhirnya perasaan lemah untuk beramal akan menguasai mereka setelah mereka suci dari haid atau nifas dan menyebabkan mereka malas untuk mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan.
Oleh yang demikian , untuk mengelak terjadinya perasaan lemah tersebut dan menjaga supaya berterusan menghayati kerohanian bulan Ramadhan ini semasa dalam haid dan nifas dan menghindarkan dari mendapat kerugian pahala yang banyak yang boleh di perolehi , di anjurkan mereka melakukan berbagai-bagai amal ibadat yang masih boleh di lakukan oleh wanita semasa dalam haid dan nifas. Antara amalan- amalannya adalah seperti berikut:
Doa ketika datang haid |
- Membaca Al Quran tanpa Musysaf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di web site dan youtube,
- Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.
- Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir.
- Perbanyakkan ber zikir-zikir, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .
Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin.
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan Aku memohon keampunan kepada Allah dari segala dosa.
-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya.
- Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
- Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
- Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .
- Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.
- Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, tarawikh, tahajud dan witir.
Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga. Antara lainya:
- Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
- Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
- Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
- Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.
Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan oleh Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari. Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.
~ ummu ubaid ~
No comments:
Post a Comment