hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, April 25, 2014

SEJARAH Pasar Minggu Kampung Baru

* Pasar bagi pemilik dibangunkan sekitar 1930-an, bermula dari Pintu Gerbang Kampung Baru sehingga Jalan Daud. Pada asalnya, kesemuanya adalah gerai makanan.

* Pasar tersebut dipindahkan pada penghujung 1930-an di antara Jalan Raja Abdullah iaitu dari Jalan Stoney ke Jalan Perkins (kini Jalan Raja Alang) dengan konsep pasar malam sederhana.

* Pada sekitar awal 1940-an, pasar tersebut dipindahkan buat kali ketiga di lorong Jalan Perkins sehingga sebelum Jalan Raja Bot kerana Jalan Raja Abdullah sudah menjadi laluan utama kenderaan.

* Pada tahun 1963, kerajaan negeri Selangor telah mengambil alih lot 25, lot 380 serta lot 1754 dan mewartakannya sebagai Tapak Pasar Minggu (PT1800) untuk kegunaan awam seperti pelancongan dan perniagaan tradisional atau kebudayaan dan akan memindahkan peniaga-peniaga Pekan Ahad dari Jalan Perkins ke sini.

* Pada penghujung 1966, pemilik telah berpindah ke tapak baharu di Pasar Minggu apabila kerajaan negeri itu ingin melebarkan jalan di tapak perniagaan lama di Jalan Perkins, Pemilik diperuntukkan gerai dan pemindahan diselia oleh Pejabat Tanah Kuala Lumpur. Pasar Minggu ini dinamakan sebagai kedai Lot 25 dan ditadbir oleh Jawatankuasa Gerakan Khas Negeri Selangor (Pasaran) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Terdapat 131 lot termasuk premis kedai, satu Pentas Budaya, Pejabat Pelancongan dan sebuah restoran untuk pelancongan. Pasar Minggu diwartakan pada Peta Pelancongan Negara dan sebuah Pintu Gerbang dibina sebaga mercu tanda pasa tersebut.

* Sekitar 1970-an, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah membina gerai-gerai tambahan untuk membantu peniaga bumiputera memiliki tempat perniagaan dalam tapak Pasar Minggu sebanyak 33 buah gerai, menggunakan tapak yang merupakan laluan kenderaan.

* Pada 31 Ogos 1974, kerajaan negeri Selangor dikatakan telah menjual tapak Pasar Minggu kepada PKNS atas permohonannya untuk membangunkan empat blok rumah pangsa 17 tingkat. Peniaga pasar tersebut tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan membantah tindakan itu, Justeru, satu Dialog Kedudukan peniaga-peniaga Pasar Minggu telah diadakan pada 1 Mei 1977 dan pertukaran pemilikan kepada PKNS selesai pada 13 Ogos tahun sama.

* Pada tahun 1990, satu perayaan 100 Tahun Kampung Baru telah diadakan di tapak Pasar Minggu degan dua blok gerai telah dibina oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu 30 buah gerai semuanya untuk peniaga makanan dan minuman di situ. Tapak gerai ini adalah tapak untuk meletakkan kenderaan.

* 29 gerai bersama kedai terlibat dengan insiden kebakaran pada 17 Januari 2007.

* Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir ke Pasar Minggu Kampung Baru untuk majlis pecah tanah 30 Mac 2009.

* Pada 2011 pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat kawasan Pasar Minggu Kampung Baru.

No comments:

Post a Comment