hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Thursday, July 7, 2016

Serawa Durian

Salam.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Serawa Durian - ehsan google

Bulan puasa buah durian memang tak laku. bukan apa, tiada siapa nak makan sebab mungkin buah durian ni 'panas'. lepas berbuka dengan serba maknika lauk, perut dah kenyang. maka berlaku la lambakan buah durian yang sedap di bau tapi tak mau makan.

Oleh kerana harga jatuh menjunam, hari raya kedua saya terfikir untuk beli dan buat serawa durian. Lari sikit dari menu raya rendang dan ketupat.

Cara buat paling senang...

1 bji durian
anggaran sebiji kelapa - saya lebih suka perah kelapa dari beli santan
air
1 ketul gula melaka / nise
1 helai daun pandan
sedikit gula pasir
secubit garam - untuk melemakkan rasa.

Cara masak..

masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata supaya tak pecah santan


* sedap dimakan dengan pulut atau roti putih, roti jala

No comments:

Post a Comment