hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, December 31, 2010

Opis lama suasana baru

Sejak seminggu sebelum saya akan bertukar ke opis baru, saya rasa macam saya sayang la kat opis lama suasana baru ni..lebih aman lebih lebihan sejuknya sampai saya menggigil la kakitangan..
Ketenangan yang damai je rasanya..kalau laaaaaaaaa, ni tempat 'lepak' saya dari dulu..mungkin saya pk jugak kot nak angkat kaki..

Saya banyak abiskan masa berada di meja ni..nak compare dengan opis lama suasana lama..emm..berhabuk sikit..dah puas sapu..x mo g jugak habuk tu..dah kemas n susun tapi tak terkemas dan x tersusun jugak barang2nya..dengan cawan milo yang hampir 3 4 bulan, mangkuk bekas makan maggi yg dah separuh tahun..putung rokok sana sini..emmm...tapi biarlah..susah nak jumpa kat tempat lain suasana ni..namun, usah di kenang barang yang lalu..

Air cond betul2 menghembus belakang saya..2 lapis baju kena pakai untuk menahan sejuk..sampaikan air panas boleh jadi air sejuk mcm dalam peti ais..
suasana aman dan agak teratur.ada carpet menambahkan suasana menarik dan tertarik untuk tdo di bawah meja..! tapi saya mana suka tdo di opis..x ada feel..

Tiap2 hari saya balik malam..di tambah lagi dengan cuaca hujan yang sering turun dengan lebatnya di waktu petang, membuatkan saya rasa selesa dan syok duduk di partition saya yang serba ringkas ni..hu hu.. 

emmm..sayangnya nak tinggalkan tempat duduk ni..saya kemas dan susun atur seolah2 saya belum lagi mahu meninggalkan bahagian saya ni..tapi tawaran di tempat lain lagi menarik perhatian hati dan jiwa raga saya...semoga tempat baru iaitu opis baru dan suasana baru akan lebih menceriakan hidup saya seiring dengan kedatangan tahun baru 2011...

Untuk pertama kalinya saya tidak menitiskan airmata ketika berjabat tangan dengan teman2 seperjuangan kali ini..napa ya..banyak kemungkinan yang ada..saya lebih tabah dan boleh lagi bergurau..mungkin di sini saya tidak bkesempatan 'rapat' dengan mereka..jadi kurang la 'rasa' nak tinggal tu..

walaubagaimanapun..saya akui..tak best macam mana pun tempat ni..ia akan tetap berada dalam kotak ingatan saya..apatah lagi ianya tercatat dalam buku perkhidmatan, saya pernah berkhidmat di sini..bermain duka dan suka di sini..terima kasih..

Thursday, December 30, 2010

Saat2 indah bersama...

..Salam ukhuwah..

Benar kata pepatah dan tak boleh di sangkal lagi..kita hanya merancang dan Allah juga berkuasa menentukannya..

Saya tidak menyangka hari ini bersamaan 30hb Disember bakal menjadi saat2 indah bersama dengan teman di pejabat..saya baru nak menambah masa bermanja dengan teman2 sehingga hari Jumaat 31 Disember 2010..hari terakhir di bulan Disember 2010..susah nak jumpa tarikh akhir jatuh pada hari Jumaat..

Macam mana boleh jadi hari terakhir..baru sebentar tadi PM Malaysia mengumumkan cuti umum bagi rakyat Malaysia kerana pasukan bola sepak Malaysia telah memenangi Piala Suzuki dalam menentang Indonesia..Alhamdulillah..!

Emm..dan saya bersyukur kerana hampir separuh dari teman2 pejabat mengetahui saya akan bertukar arah ke suasana baru..dan saya sempat memohon ampun dan maaf sepanjang saya bertugas di sini..takut la ada terkasar bahasa, terhutang budi, terhutang duit..

Terima kasih pada semua yang membantu saya sepanjang saya berada di sini di pejabat yang penuh cobaan dan dugaan hidup..Membantu saya menjalani kehidupan sebagai orang baru di sini..kehidupan seorang yang perlu banyak bersabar menghadapi banyak karenah manusia yang pelbagai ragam..rasa tersiksa ada..seronok ada, marah..last last neutral je..

Ada masa masalah yang melanda banyak membantu saya membuat keputusan dengan lebih waras..lebih matang orang kata..terima kasih pengalaman..dan saya tak putus2 berdoa agar saya di beri ketenangan dalam menghadapi kesulitan ini..

Tak lupa kepada bos2 yang ada.. big bos yang sporting..teman2 seperjuangan yang memahami dan yang tidak memahami..kalian banyak membantu mendewasakan saya kini....kurang 2 bulan genap 2 tahun saya berkhidmat di sini..memang rasa sekejap je tapi melaluinya..rasa lama sangat...uih..Allah je yang Tahu..terima kasih semua...

Tuesday, December 28, 2010

Selepas Hari Lahir

..ha ha macam pelik plak nak wat tajuk ni..tapi suka plak nak sambung cter pasal hari lahir..

kalau anda di tempat saya, adakah anda kisah orang wat tak tau je pasal hari lahir anda..? yelah kan..bukan banyak pun hari istimewa dalam hidup seseorang tu..lain la kalau dah berdua..bertiga...berempat...kena ingat tarikh lahir pasangan, tarikh ulangtahun pertunangan, perkahwinan, tarikh jumpa, tarikh dating kali pertama, tempat dating, makanan kegemaran..tapi ni..cternya sekarang mengenai anda..DIRI ANDA SAHAJA..

kalau anda x pelik..anda memang matang orangnya, boleh menerima keadaan diri yang tiada siapa yang peduli..tiada rasa kasih sayang yang di anjurkan oleh Allah supaya kita berkasih sayang keranaNya..Ye lah..bukan nak marah pun kalu orang tak ingat, tak wish apa apa pun, x bagi hadiah..
emm..maklumla masa hari lahir anda pun saya belum tentu ingat..mgkn anda pk wat buang karan je..!

Kadang kadang kita rasa, ..emm orang lain dah wish pun, dah bagi hadiah.So anda x perlu la nak buat semua tu..mungkin kerana anda rasa diri anda tu seperti orang lain..x perlu nak wish!
anda rasa ke, saya x perlu kan ucapan yang berlandaskan kasih dan sayang dari orang yang di sayangi?..
pengharapan tu lain, penantian tu lagi lain..seksa beb..hanya Allah yang Maha Mengetahui..

tahun ni x sama macam tahun sudah dan tak kan sama dengan tahun hadapan yang kita tak pasti kita akan hidup lagi atau tidak..sepatutnya kena la grab apa yang ada sekarang..di hadapan anda..
tapi masih tak nak gunakan seelok2 eloknya..bila dah tak dapat, dah tak rasa suma tu, baru nak menyalahkan orang lain..

Saya kisah ke orang ingat  x ingat tarikh lahir saya, yang saya je rasa ia hari yang istimewa..tentunya saya KISAH!!
kalau tak kisah, tentunya saya ni orang yang jenis x de pengharapan, tiada rasa kasih sayang yang Allah kurniakan..sampaikan 2 3 hari selepas tarikh lahir saya pun, masih ada juga yang nak ucapkan..dengan senyum manis dan berjabat tangan sambil mendoakan kesejahteraan hidup saya di dunia dan akhirat..adakah anda tak rasa terharu, sayu di hati..? dan saya merasainya..kerana saya layak untuk merasai semua itu....

Mungkin anda x peduli sangat perasaan orang lain terutama orang yang meraikan tu bukan la rapat sangat dengan anda..bukan di perlukan sangat la ..walaupun anda dah tau tarikh lahirnya....emm.. xperlu la nak wat pape...

tapi akhirnya saya mengakui tidak semua orang akan ingat anda apatah lagi tarikh lahir anda (walaupun orang lain dah sibuk2 nak wish..!)..boleh je wat dek..kalau dalam FB tu..saya rasa macam kecewa..selalu borak..takkan x nampak org wish..? mungkin...kita sebenarnya x perlu sangat nak amik ati orang..i means perasaan orang..biarkan saja..dan..saya akan biarkan je.........

Saturday, December 25, 2010

Hari Ulangtahun Kelahiranku...

Salam...

Alhamdulillah..Segala pujian hanya kepada Allah tuhan semesta alam..tiada pujian hanya untukMu Ya Allah..
terima kasih kerana memanjangkan usia saya bagi menikmati keindahan alam semesta..menghirup udara..
Hari ni hari ulangtahun kelahiran saya ke dunia ini..terima kasih mak kerana melahirkan saya dan membantu bersama ayah membesarkan saya..

Suasana hari ini tidak seperti saya di alam persekolahan, di alam menuntut di zaman remaja..menongkah arus pembelajaran tatkala menginjak dewasa..semua bersama teman2 yang mengingati hari ini sebagai hari lahir saya..

tunggu waktu jam berdetik tepat 12 malam..bangun mengejutkan saya di alam mimpi..semata2 nak wish happy birthday..seronok sungguh masa tu..x sangka begini rasanya bila orang mengingati hari lahir seseorang..

Bila mula ada handphone..berdering dering telefon mengucapkan tahniah kerana hari tersebut adalah hari istimewa saya..di tambah dengan sms yang pelbagai rupa dan kata..tersenyum simpul saya bila membaca sms kiriman teman2 pada keesokkan harinya..

selalunya saya x buat apa pun..x ada sambutan pun..ntah la dari dulu kot..mungkin sebab jatuh pada hari cuti..dan ianya berdekatan dengan tahun baru..so ramai yang cuti..kesimpulannya x de pape yang menarik untuk di ingati..

Cuma saya teringat masa kecil, sepupu bawa saya jalan2 di Yaohan (sekarang The Mall.).main game, naik perahu yang gerak kiri dan kanan..dan dia tanya apa yang saya nak lagi..saya jawap saya nak makan ayam..sebab masa zaman tu susah sangat nak dapat rasa ayam..hu hu..syok betul..

Dah besar2 ni..x de la rasa apa pun melainkan sambutan tu di rasai di satu dunia..satu dunia cuti..best kan?!..
Emm..2 3 tahun kebelakangan ni saya menyambut bersama sahabat yang disayangi sambil bercuti.. sekarang suma dah ada komitmen masing2....

Ya Allah Ya Rahman..

Kau limpahi kasih sayangMu tidak berbelah bagi padaku..Alhamdulillah...
Tahun ni saat ni saya kurang sihat..macam yang saya coretkan sebelum ni..ini hadiah hari lahir saya..saya dapat rehat 3 hari in advance..ha ha ha..dan saya meraikannya dalam rasa selesema sikit..

Mak selalu ingat tarikh lahir saya..terima kasih mak! adik pernah bagi hp untuk kegunaan saya sehingga kini..abang bagi musical Hat..suka sangat masa tu..
saya bukan nak hadiah..cukupla sekadar mengingati detik ini..
dan tiada siapa pun mengingatinya...