hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Wednesday, February 29, 2012

Wahai Sahabat, Janganlah Bersedih

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.

05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.

06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.

07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.

08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.

09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

- Artikel iluvislam.com

15 rutin seorang Muslim

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!

2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika

3. Tenang, dalam semua situasi

4. Hindari rasa marah

5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.

6. Buat perkara baik.

7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.

8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik

9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga

10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya

11. Peluk ibubapa kita

12. Senyum kepada semua orang selalu

13. Memaafkan, melupakan dan senyum

14. Tidak mencari populariti

15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa

“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”

Sumber: http://akuislam.com/
dan MyIbrah.com

Berfikiran Positif dan Optimis Resepi Kejayaan..

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita. 

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.

Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"

"Belajar sungguh-sungguh!"

"Jaga hati!"

"Pakai topi keledar!''

Maka kata si guru,

"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"

Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"

"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"

"Bagus!"

Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.

"Kenapa bagus?".

"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."

Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"

Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."

"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."

- Artikel iluvislam.com



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Monday, February 27, 2012

Kursus Sehari di JPM

Bismillah...

Pagi ni saya menghadiri kursus sehari di JPM.

Pagi selepas perasmian ada kudap-kudapan sedikit untuk alas perut, mihun goreng telur mata dan saya memilih air nescafe berbanding air teh.

Presentation pagi ialah mengenal gaya anda yang di terjemahkan dengan jayanya oleh En. Hafiz Hamzah. Memang best la beliau ni..kelakar plak tu sebab beliau ialah perunding imej Malaysia..glamm u!

banyak tips dan nasihat yang best siap wat model plak kat depan. Walaupun begitu bila g kursus imej ni kena la OPEN..so, banyak teguran yang kita sebagai perempuan tak perasan.
Antaranya;

1. kalau orang berbadan besar kena bawa beg besar juga..tak sesuai bawa beg kecil..(emmm..kena tengok balik ni)
2. rambut kena cuci hari-hari dan keringkan sebelum pakai tudung
3. cara memakai perfume yang betul untuk mengekalkan aromanya..di belakang telinga, di pergelangan tangan (jangan gosok) di leher dan juga di lurah dada..
4. elakkan minum teh dan kopi kerana mulut akan berbau..atau minum air suam selepas tu untuk hilangkan bau.

dan banyak lagi..

jam 11.40 pagi slot di ganti oleh puan Farah Diana Anuar atau orang kenal dengan nama Farah Rasa Halal Oasis..Beliau menceritakan penghijrahan beliau kini..

walaupun sekejap sangat kan..tapi ada yang perlu kita ambil sebagai iktibar dengan keikhlasan beliau bercerita..

Keinsafan terbit selepas Farah ke Kemboja yang pada mulanya beliau sendiri tidak ada rasa 'jatuh hati' nak ke sana. Di sana beliau di bawa ke sekolah yang serba dhaif yang menerima apa sahaja untuk meneruskan hidup sambil menimba ilmu dunia mahupun akhirat.
Sampai di meja makan, Farah dan penulis skripnya melihat dulang yang sedia terrhidang di atas meja. Di dalam dulang terdapat nasi dan berlaukan sup sayur sahaja.. dan sebotol kecik kicap..alangkah hibanya rasa bercampur sebak melihat itu sahaja makanan yang mereka makan berbanding di Malaysia..! (saya pun!)

Alhamdulillah, kepanasan di Kemboja menjadi titik permulaan oenghijrahan Farah untuk terus bertudung.. dan sehari dua sebelum Maulidurrasul (kalau tak silap) beliau sms abahnya dan menyatakan ini adalah apa yang beliau tercari-cari sebelum ini...Alhamdulillah..

dan kita doakan lenih ramai lagi saudara- saudara kita dapat 'cahaya' sepertinya....