hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Wednesday, October 27, 2010

You Mean Everything To Me


(Neil Sedaka and Howie Greenfield)

You are the answer to my lonely prayer
You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love

I don't know how I ever lived before
You are my life, my destiny
Oh my darling, I love you so
You mean everything to me

If you should ever, ever go away
There would be lonely tears to cry
The sun above would be never shine again
There would be teardrops in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling, I love you so
You mean everything to me
(You mean everything to me)

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling, I love you so
You mean everything to me

Kelantan bertemu Negeri Sembilan 2010


Saya bukan la fanatik sangat kat permainan bola sepak negara apatah lagi luar negara. Sekadar berkongsi baca, dengar2 apa yang orang2 sekeliling bualkan je. Kalau baca paper, sampai juga la muka surat belakang..sekadar mengetahui..




Dulu2 minat gak la sket kat pasukan negeri Selangor..sebab mereka memang hebat bermain di tambah lagi dengan pemain yang memang hebat. Kalau perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Selangor memang saya suka nak sokong..masa tu zaman Datuk Aini Taib, kalau tak silap tahun 90 an..kebetulan Datuk Aini juga adalah Pakcik kepada teman sekolah saya Azreena.


Sekadar meminati cara Datuk melayani pemain..mereka akan di jamu makan yang sedap2 di rumahnya..di bawa bercuti setelah penat berbakti untuk negeri..Datuk melayani dan menganggap pemain seperti anak beranak..sangat rapat..



Akhirnya beliau bersara atas pilihan beliau sendiri..

Selangor seringkali menjuarai permainan..sama seperti Kedah..Kalau Kedah masuk akhir je, akan berwarna hijau kuning la kawasan Chow kit ketika itu. Ini kerana ramai perantau dari kedah yang menetap dan berniaga di kawasan ni..



30hb Oktober 2010 sekali lagi Kelantan The Red Warrior melakar sejarah melangkah ke perlawanan akhir dan sekali lagi menentang pasukan Negeri Sembilan seperti tahun 2009. Namun pada tahun 2009 kemenangan berpihak kepada N9..eleh adatlah kan...tak menang, kalah..
mana boleh seri kalau final..he he





Saya..? sokong kelate la kali ni..

banyak kontroversi yg menimpa negeri kelate..tapi..eleh cakap2 mulut orang je..cakap kelate ni ganas la, bakar stadium la..baling mercun dan benda2 buruk kat kelate je..saja nak provoke!..eleh ore kelate dah biasa kena kata..

Walaupun x minat sangat bola..saya sokong pasukan dari negeri Che Siti Wan Kembang ni..dengan penuh padu dan jitu...



THE RED WARRIOR..!




Gomo kelate Gomo...


 

Senarai Pemain Liga Super Kelantan 2010
Penjaga Gol

Syed Adney Syed Hussein
Mohd Halim Napi
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Pertahanan

Mohd Daudsu Jamaludin
Azizi Matt Rose
Subramaniam Sooryapparad
Mohd Farisham Ismail
Zairul Fitree Ishak
Sharudy Aziz
Khairan Eroza Razali
Mohammad Hanif Mohamed Nor
Tn.Mohd Norhafiziee Tn.Mahmood

Tengah

Mohd Badhri Mohd Radzi
Mohd Shakir Shaari
Mohd Rizal Fahmi Ab.Rosid
Zul Yusri Che Harun
Wan Zaman Wan Mustapha

Penyerang
Indra Putra Mahayuddin
Norshahrul Idlan Talaha
Mohd Nor Farhan Muhammad
Chanthuru Suppiah
Hairuddin Omar
Mohamad Zamri Ramli
Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Che Hisammudin Hassan
Mohd Nizad Ayub
Muhammad Izwan Mohd Salahuddin
Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin















%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


GOMO KELATE GOMO






Friday, October 22, 2010

cuti di waktu shift

Kekadang saya terpk..salah ke kalu shift ni di wujudkan?..napa orang bangkang tapi x mo kata pape pun..napa x cakap depan2 kat orang yang bijak wat shift ni..



kalu cuti di waktu kerja @ mc lain rasanya..

macam orang yang kije kilang..kije kastam, bomba, imigresen..apa yang diorang rasa ek?..sama ke rasa macam yang saya rasa..
Mulanya mual..badan rasa seram sejuk mcm tak sihat..makan x lalu tapi nak makan..
tido pun x leh lama sebab dah biasa bangun pagi..malam x leh tdo sebab dok opis....
bukan nak pk sangat pun..macam bos kami cakap, g kije balik kije..x yah pk sangat pasal kije..dan saya pn wat macam tu la..wat biasa je..

cuti selama dua hari setengah lepas 3 hari kije tak tentu masa..macam pelik rasanya sebab saya tak nak pk yang saya sebenarnya di alam shift..he he..seronok sebab org kije kita cuti..

Thursday, October 21, 2010

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 



2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


  
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. .





4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.





5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.



6 . Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan min
um soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



Kudrat kami di perah...



Apa nak di tulis pagi2 buta ni..buta sebab dah pagi..dalam gelap sebab suma wat hal masing2..saya je x leh nak lelapkan mata..beralih tempat org tua2 kata..sabar ye mata..lagi 3 jam lebih je..pas tu rehat la banyak2 ye..

Hari ni dah masuk hari kedua shift tapi tugasan yang ke 3..dari jam 10 malam ke 7 pagi esoknya..warghhh..dah lama tak wat macam ni..badan letih..mata bengkak2..fikiran merayau2 nak tdo...
X tau la macam mana org dpt idea gler nak wat waktu shift ni..ops..saya bukan nak menidakkan usaha mereka nak buat tapi macam ada yang tak kena la..pk la sebaiknya..amik cadangan kami org sokongan ni..

Saya baru je selesai mentelaah buku perancangan pelaksanaan shift ni..ada banyak kemusykilan la..tapi saya x boleh nak wat kenyataan awam kat sini..

Cuma..perkara2 yang saya dan kami2 yang lain telah banyak fikirkan ialah dari segi keselamatan kami..Mana skim insurans yang patut di beri kepada kami andai berlaku sebarang kemalangan..?
Elaun khas juga tiada dalam perbincangan malah kami seolah2 x layak untuk menikmatinya..
dari segi masa..arghhhh banyak la saya nak komen kan tapi benda ni x sampai ke mana kerana pihak pengurusan tidak sepakat ngan kumpulan sokongan..

so. org mcm saya yang symp ni..dapat letih badan letih kepala otak memikirkan kenapa org atasan ni tak pk macam kami pk..kalu susah nak pk sebab pamgkat besar dan tinggi, cuba menyelami perasaan kami ni...

Pelik bin ajaib..

Monday, October 18, 2010

Bertemu dan berpisah..adat la beb!

Dua hari saya cuti sakit, dapat mc lagi dari doktor. Kesan dari kepenatan keletihan dan kepanasan sejak dua menjak ni..dan dalam dua hari ni saya di beritahu berita yag x best lansung di dengar..Pertukaran secara drastik! Kanak2 di opis saya yang terlibat resah gelisah mungkin.

Memang sekarang saya belum terlibat,namun saya pasti saya sorang darinya yang akan di hantar keluar dari jabatan ini. Entah kenapa ek saya ada rasa keanehan dalam pihak pengurusan menguruskan hal2 dalaman seperti ni..macam ...emm..biarlah!

Macam yang saya pernah cter..saya mengambil jalan tengah untuk tidak memperdulikan sebarang 'aktiviti' yang bakal menjerat diri saya. Sekarang ia berlaku dan saya tidak akan bersuara apa2 pun. SAYA YANG MENURUT PERINTAH je..

Satu tinjauan masa hadapan yang tiada kepastian telah memancing dan menjerat orang2 yang jujur..he he bukan saya yang kata tapi pihak pengurusan yang kata..Saya menerima dan cuba menerima andai apa jua yang terjadi dan bakal terjadi, maka adalah hikmah yang Allah janjikan kepada hambaNya yang sabar.

Saya  mula memikirkan akibatnya kerana bersikap JUJUR. Tak salahkan..malah di tuntut. Cuma masa tak sesuai kah? tidak..arghh! saya x mau dah pk kan yang akan datang..bagi saya kini, jalani hidup seperti biasa walaupun kejanggalan pasti akan ada..rutin hidup akan lari dari biasa.

Walau jauh dari mata, aktiviti boleh je jalankan bersama, yang penting NAK..nak buat ke, nak join ke, nak ikut ke..kalau pk TAK NAK..memang setakat tu je la kan.. kalu setakat nak makan sama, pas ni kita wat trip mana2, suma kena join..kalau tak, putus network @ downline..ha ha...

dan bila kah masanya..saya menanti dengan penuh debaran di hati..di atas kertas saya yang merelakan dan memohon keluar dari jabatan..hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

 **********************************************************************************

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?  Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:


"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.


Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Tuesday, October 12, 2010

Mc Donalds dan kesan sampingannya...

Salam ukhuwah..

Saya baru je tengok kat laman sosial perhubungan dunia mengenai makanan segera yang glamer dari zaman dulu hingga ke sekarang ni..Mak ayah yang susah nak bagi anak2 makan, memang heret je anak2 mereka makan benda2 segera ni..Actually saya dulu pun memang gler la makan kat Mc D ni..asal jumpa je restaurant McD (dulu x banyak yg ada) saya akan memilih  Fillet o Fish..sebab ni la jenis burger yg saya memula makan, itu pun sebab ada org bagi..yang lain big breakfast..sebab; ada telur dan muffin yang sedap..memang orang kata makanan asasi la ni..sehinggalah pada satu masa, saya di tegur oleh sepupu untuk mengurangkan dan meninggalkan habit makan makanan segera ni..

Banyak kesan yang saya boleh dapat, lepas tu  pk apa yang dia bgtau antaranya kesan ekonomi..kalu korg perasan, rega produknya makin lama makin mahal, pas tu kadar kebesaran saiznya makin kecil..dalam masa yang sama saya mula makan makanan melayu biasa..contohnya nasi la..saya bukan x makan kat luar tapi selalunya kurang sedap la..

Kesan memula, badan sakit sket..ye la ari2 tibai makanan segera ni..rupanya seksa nak melarikan diri darinya.Kat mana2 ada je jumpa signboard ke iklan ke..ish tak leh tahan! macam orang hisap rokok la..nak x nak mesti try gak sebatang dua kan..?!..samala macam saya x dapat makan ari2, makan seminggu sekali dan seterusnya saya dah boleh tinggalkan secara tetap. Tapi pastu rasa macam org bercinta plak, x dapat makan lalu depan kedai pun tak pe..

Sekarang Alhamdulillah..dah ok..tapi ada gak makan sekali sekala..tapi sekarang jadi pilihan terakhir la.

korang pun wat la pilihan yang bijak..nak sihat ke nak kenyang yang akan menyakitkan pada masa akan datang..

Ni saya amik artikel sahabat blogger saya..

Satu eksperimen yang membuktikan makanan di restoran McDonald's tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung didalamnya. 

Seorang jurufoto dari New York mambiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang gorang di atas rak dirumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari.

Bagaimanapun sehingga hari ke 137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu.

Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.

Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak reput.

Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.
 ** artikel ini diambil daripada akhbar sinar Harian. moga kita ambil pengajaran dan menjaga pemakanan agar dapat hidup sihat sejahtera dibawah rahmat-Nya.

Sunday, October 10, 2010

Hari Pertama dan seterusnya di IKWAS

Dalam tren saya terjaga kerap kali dari biasa sebab rasa dah x sihat ni..tdo ngan mulut terbuka sebab bernafas ikut mulut..hidung dah tersumbat..Dengan sweater dan selimut (tuala tebal) masih tak membantu menyenyakkan tdo saya. Lagipun takut terlepas stesen Kluang..X boleh nak agak jam berapa akan sampai di sana.
Mulanya saya nak beli tiket untuk tempat tdo..tapi dah abis..ni tren malam ke Singapura..so ramai yang amik tempat tdo. Tempat duduk bukan x boleh tapi kebas kaki la kan..dah la saya x beli makanan cuma 100 plus wat penyebab hilang dahaga dan selesema.

Hampir 5.15 pagi pegawai tren mengejutkan tdo saya yang mmg x lena..Stesen Kluang sebentar lagi katanya..
Waaa..awalnya sampai..kat stesen ada la 3-4 orang yang saya rasa baru turun ngan saya tadi.Saya pun duduk je la kat situ..ntah nak wat apa, cam tak terfikir plak..Lepas solat subuh baru terfikir nak makan..Emm..saya kat stesen Kluang tau..means ada satu kedai yang agak famous..Kedai kopi Kluang Rail Station..Rasa seperti di ulit mimpi sebab dah sampai sini..he he

Kul 7.00 pagi tepat baru diorang ni buka kedai.Punctual betul..bagus kan?..Saya duduk si sudut kedai..Mulanya terfikir nak amik gambar tapi agak biasa la kan..g makan amik gamba, amik gamba makan, so saya pun pk malas la nak amik gamba..sapa yang nak tengok, nak rasa, meh la datang sendiri kat sini..

Mungkin ni kedai pertama diorang, harga kat sini agak murah berbanding di cawangan mereka..saya rasa 10 kali ganda murah di tempat asal dari kedai francais mereka..sungguh tak di sangka..ish..ish..
tpah tertipu gak la..

Abis makan, naik keta prebet..orang kampung panggil keta prebet sapu sebab mereka ni tak guna meter dan sapu 4 orang sekaligus ke tempat yang hampir sama..bayaran di ikut kepala.Kalau satu kereta RM10.00 maknanya seorang perlu bayar RM5..

Lebih kurang 20 minit sampai la saya ke INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang, Johor Darul Takzim..atau senang di panggil IKWAS..Saya amat teruja untuk sampai ke sini sebab ibarat sirih pulang ke gagang..Dulu saya ke mari dalam bulan Ogos tahun 2004 untuk menyelesaikan taraf tetap saya sebagai penjawat awam..dan saya bertuah antara yang terpilih di hantar ke IKWAS..Selesai pendaftaran, saya di tempatkan di kediaman Asrama Eksekutif..wow!..
Ya Allah, seronoknya rasa..walaupun baru bermula saya merasakan keseronokan di sini..

Menggalas beg yang berat ni seolah tak terasa..cepat2 saya ke bilik..Alhamdulillah..bilik sebiji macam hotel..Eksklusif dan amat mengharukan saya..biarlah x semahal dan secantik hotel 5 bintang tapi cukup buat saya selesa untuk beberapa malam di sini.Cukup kemas dan bersih..

Jam 11 pagi saya bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat..kemudian ke Makmal Jati bagi tujuan pendaftaran masuk ke kursus 5S bil/2010. Dan untuk pengetahuan, saya antara 4o orang bertuah yang terpilih bagi kursus 5S yang baru kali pertama di anjurkan di semenanjung Malaysia, yang pertama kali di IKWAS..orang kata first badge la..

Makan di INTAN memang best..dan saya tidak menafikan kehebatan tukang masak di INTAN, rata2 semua teror masak..Dah la sedap banyak pilihan..tengahari pertama kalau x silap Nasi putih lauk ikan goreng, sotong masak macam kicap, sayur sup, buah tembikai sebagai pencuci mulut dan air oren..Ha! sedap kan...

Macam biasa, kursus anjuran INTAN, sesi perkenalan adalah wajib kerana kami di datangkan khas dari pelusuk Malaysia dengan mewakili pelbagai jabatan dan campuran jawatan dan personaliti...Sesi atau kuliah pertama adalah Pengenalan kepada Kualiti..oleh Cik Nurul Fadilah..Pengurus Projek bagi kursus ini.
dansemasa sesi memperkenalkan diri saya akui saya memang 'kosong' mengenai 5S ini..

Makan malam bermula jam 6.30 petang..lauknya pun sedap..saya x ingat sangat lauknya tapi saya rasa ayam goreng, tauhu jepun dan sepotong buah, ulam dan sambal dan air sejuk/air suam..cukup menyelerakan dan mengenyangkan..Alhamdulillah..

Malam memang tak ada kelas so ini la masanya tdo dengan aman dan tenteram..


HARI KEDUA ~ 05 Oktober 2010

Pagi. saya bangun awal sebab panas, padahal bilik ada aircond tapi kakak roomate saya x suka sejuk so dia menuetralkan suhu bilik sampai saya berpeluh panas! but i've no comment sebab respect and we're sharing..
pagi ni ada senaman pagi dan kami berjalan keliling IKWAS yang hijau dan di penuhi pokok buah buahan..tapi kurang terbela sikit..hirup udara segar amat menyenangkan dan memberi nafas baru..ha ha baru bersenam lepas hampir sebulan makan mewah ..raya beb!

Makan pagi..meehun goreng putih, roti bakar dan pilihan air kopi, air teh atau air suam..Kaya dan jem kat IKWAS ni memang sedap dari dulu saya suka..so tentunya jadi pilihan..

Kelas pertama dan seterusnya akan di pimpin oleh Encik Azlan Ahmad yang di terbangkan khas dari INTAN Sabah. Ini kerana INTAN Sabah sahaja yang ada menjalankan kursus 5S ni dan mereka perintis 5S yang telah memenangi dan telah mendapat sijil dari MPC.. So, atas sebab itu beliau ke IKWAS dan itu antara sebab saya boleh berbangga menjadi antara peserta kursus yang pertama ini..

Cara penyampaiannya agak berkesan buat saya dan peserta yang lain, tapi kat sini saya akan mewakili diri saya dalam memberi komen tentang beliau. Bagi saya yang lansung tak tahu dan tiada basic dalam 5S ni..saya berjanji akan mendengarnya dengan teliti dan tekun..cuma agak menyesal kerana saya x pandai nak merekod penyampaian kuliah En. Azlan walaupun ada kamere canggih..

Kursus dan Pre Sale..

Cerita pasal kursus lum publish lagi..nanti ye saya akan kongsi kan bersama dari g kursus sampai balik semula ke KL..so skang nak cter pasal lepas balik dari kursus..

Dulu selalu g outstation saya x rasa sangat..skang dah jarang2 outstation baru la terasa badan sengal2 n berbisa. Ni x lain pasal dok angkut beg yang berat di tambah lagi ngan barang iringan dua2 belah tangan. Lagi satu sebab x de perancangan yang teliti..x tau la mcm mana boleh jadi mcm ni..dah jadi janggal kot dah x reti nak manage masa mengikut keadaan..

Sampai dari Johor singgah di Putrajaya dulu..Ngeteh umah kak Ani, my roomate..pastu balik ngan ERL hingga ke KL Sentral..Ikut rasa nak naik je LRT tapi Ya Allah..x de tenaga sangat ni napa ye..saya seret je beg yang besar, plastik di kiri kanan hingga ke kaunter teksi..macam nak pengsan..tak larat sangat...letih yang amat!


Lepas mandi terus je tdo sampai pagi esok..Ari Jumaat 8 Oktober. Ari ni besdei opismate..Za..kami celebrate la sesikit wat isi perut sebab kami ni jenis x makan banyak ha ha ha ye ke? Makan ayam panggang perisa lada itam dan secebis kek wat syarat masuk usia baru..pk last minutes je ni..borak makan makan makan borak..sampai petang.


Pas ni ada date..kat pasaraya jepun yang namanya kalu salah sebut salah la maksudnya ISETAN, yang saya akui kalu depa wat jualan murah gerenti murah..tapi biasa la duit agak berkepentingan untuk tujuan lain, jadi saya tetapkan satu atau dua barang je akan saya sambar dan kelek untuk di bawa pulang dengan hati girang..nanti.



Sama macam kat tempat lain kalu ada jualan sinonim la ngan ramai orang..emm kaya betul rakyat Malaysia ni kan..x kisah pun berapa haribulan malam ke siang, ada je pilihan untuk membeli belah..so priority tuk orang yang ada kak kunin je buleh masuk, so, sambil tersengih dan x sabar rasa nak perabis duit. Haa! yang  bezanya pasaraya ni, orang 'besa' mereka pun turun gelanggang seolah2 menyambut kedatangan kami untuk laburkan duit..pergh..cayalah!



Sambil memerhatikan orang ramai memilih barangan yang saya perati murah dari biasa saya mengheret diri ke bilik kanak2 bermain.Saya biarkan sahabat untuk memilih barangannya dengan hati gumbira selepas penat bekerja. Orang kata, hargai diri sendiri dengan satu benda yang boleh menghilangkan rasa stress iaitu..shopping!

Saya dan anak sahabat bermain di bilik EVENT seperti berada di dunianya..biasanya si ayah akan menemani anak2 di ruang mainan dan mak2 yang akan memilih barangan tapi kali ni saya tgk mak2 yang temankan anak mereka..anak2 bermain mainan yang ada, mak2nya plak dok main telefon..Dalam dok ralit menunggu, baru sedar hari dah masuk ke malam dan perut pun terasa lapar la plak..

Mana nak cari makanan yang mengenyangkan di kala lapar di pasaraya besa macam ni? Tak lain tak bukan kedai makanan segera la jawabnya. Kami bergegas ke restoran makanan segera yang tak berapa nak segera ni..kononnya kalu makan akan menjilat suma jari jemari..tapi Saya x lalu dan x berselera nak makan sebab hampir seminggu perut saya di hidangkan makanan melayu yang sedap lagi berkhasiat ketika di IKWAS..Dah la sedap, banyak plak tu..

Terima kasih untuk  jurumasak di sana..anda antara yang terbaik..rindu la plak masakan mereka!

Kendian kami masuk lagi ke gudang ISETAN, masuk terus ke ruangan jualan murah..sambil cuci mata dan menetapkan matlamat untuk membeli barangan keperluan saya.Setelah di belek di selidik ha ha ha akan ada lah yang menjadi barangan kesayangan saya kelak..tapi esok baru datang stoknya..sabarla duhai hati..



Dah puas hati baru boleh balik..ho ho ho...hati riang..

Thursday, October 7, 2010

Kursus 5S..

Alhmadulillah, saya selamat sampai dari Kuala Lumpur Sentral ke Kluang dengan menaiki keretapi jam 5.21 pagi.Keretapi Sutera bergerak dari KL Sentral jam 11.00 malam. Last minutes decisions dan orang terakhir  get the ticket..Allah membantu saya dalam menangani urusan hari Ahad tersebut.Siangnya saya agak sibuk dengan aktiviti makan di rumah sahabat.sehingga ke petang rasanya operasi makan dan makan berlansung..dah la baju yang nak bawa pun x pilih lagi..surat plak tinggal di opis.

Saya cuma ingat ia akan berlansung selama 4 hari so pandai2 la ek! dan mula operasi mengemas dan menyumbat pakaian dalam beg sandang ni..berat je rasa sebab selalunya bawa beg troli..di tambah dengan selesema yang baru nak jadi..seram sejuk je hampir demam rasanya..Atas sebab itu saya memohon Sahabat mengambil dari rumah dan menghantar ke stesen KL Sentral..dan dia pun memang menghajatinya.Terima kasih duhai sahabatku..

Dalam tren, saya x dapat tdo..ngan air hidung yang mula mengalir, bersin dah berkali2 mungkin sebab sejuk juga..tempat duduk agak kecil bagi saya tapi selesa la jugak (have to) sebab dah minit2 terakhir wat keputusan pilih keretapi)..berbekalkan doa iringan suma, saya kuatkan semangat ke Kluang Johor bagi mengikuti kursus anjuran INTAN ni..

Nanti kita sambung lagi ye...nak g kelas ni..

Kursus oh kursus....

Salam...

Lepas menghabiskan cuti selama seminggu kat umah..datang je opis dah ternampak surat dari INTAN...ntah napa tak le rasa nak buka sampul surat tu..ngan meja berselerak lansung x de lansung kesedaran sivik org yang guna n stay kat kusi meja ni..tapi saya mmg x leh kata apa..malah saya malas nak berkata2..walau seribu kali mengemas pun kalau orang lain memang jenis x bijak pandai, suka wat sepah..ajar pun buang air liur je!

Selasa 28 September 2010, saya rancang nak ke Putrajaya nak renew IC..dah teruk sangat macam orang luar yang x de IC..anta msg kat bos tp dia tak reply..x berani amik risiko, saya stay kat opis je sambil membelek sampul surat INTAN..buka je nampak permohonan kursus BERJAYA ke IKWAS, Kluang Johor pada 04 Oktober 2010 hingga 08 Oktober 2010..Kursus 5S..aik napa macam x penah dengar plak menda ni..

Saya tunggu bos datang dan bgtau dia hajat nak ke JPN HQ x terlaksana kerana dia x reply.Bukan tunjuk baik tapi demi keselamatan negara dan diri sendiri baik tak payah..! So saya tunjukkan surat tawaran kursus tapi dia ngah gayut kat telefon..x pe r..saya tinggalkan kat dia je untuk di teliti. Dalam 10 minit, bos panggil. Soalan pertama yang terpacul dari mulut bos.." macam mana awak boleh dapat kursus ni?"..Pelik plak rasanya sebab saya memohon secara online dan dia yang approve takkan makan banyak sangat semut?..tapi bos masih tak puas hati, dia call org hr tanya status saya..yang peliknya napa x nak dengar penerangan saya dulu..then bos mencadangakan saya ke hr untuk 'di uruskan'.

Masa dah suntuk, saya bergegas ke bahagian HR untuk dikemaskini..jawapan ringkas org hr..bos x tau ke saya apply..then napa surat x sampai ke mereka..Ah sudah! saya juga di persalahkan kerana INTAN buat U.P nama saya..mana la saya tau napa INTAN wat macam tu..kak fadhillah akan uruskan suma2 ni..
Pelik la ramai orang ramai ragam yang mengarut.Alhamdulillah kak Fadhillah nak tolong settle masalah ni walau bukan la big problemo tapi birokrasi yang lebih.

Susah ke nak percaya kat saya..napa payah sangat dan napa nak berkira kalau dengan saya..tidak mahu menyentuh hal orang lain..lantak mereka la..tapi saya sering di persoalkan..saya nak amik exam bagi memeprtingkatkan kemajuan diri saya juga di soal seolah2 saya akan menipu..berapa kali saya nak amik exam..kenapa amik exam..saya bingung la ngan pemikiran yang x nak maju ni..saya nak kejar ilmu di dunia ni walaupun x kan habis di kejar.

Saya baru rasa nak g kursus tahun ni. Ni kursus pertama saya dalam tahun 2010 dan ianya bermula di bulan Oktober!..macam mana la saya nak capai saranan 7 hari berkursus..bagi la chances staff nak menimba ilmu...