hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, October 18, 2010

Bertemu dan berpisah..adat la beb!

Dua hari saya cuti sakit, dapat mc lagi dari doktor. Kesan dari kepenatan keletihan dan kepanasan sejak dua menjak ni..dan dalam dua hari ni saya di beritahu berita yag x best lansung di dengar..Pertukaran secara drastik! Kanak2 di opis saya yang terlibat resah gelisah mungkin.

Memang sekarang saya belum terlibat,namun saya pasti saya sorang darinya yang akan di hantar keluar dari jabatan ini. Entah kenapa ek saya ada rasa keanehan dalam pihak pengurusan menguruskan hal2 dalaman seperti ni..macam ...emm..biarlah!

Macam yang saya pernah cter..saya mengambil jalan tengah untuk tidak memperdulikan sebarang 'aktiviti' yang bakal menjerat diri saya. Sekarang ia berlaku dan saya tidak akan bersuara apa2 pun. SAYA YANG MENURUT PERINTAH je..

Satu tinjauan masa hadapan yang tiada kepastian telah memancing dan menjerat orang2 yang jujur..he he bukan saya yang kata tapi pihak pengurusan yang kata..Saya menerima dan cuba menerima andai apa jua yang terjadi dan bakal terjadi, maka adalah hikmah yang Allah janjikan kepada hambaNya yang sabar.

Saya  mula memikirkan akibatnya kerana bersikap JUJUR. Tak salahkan..malah di tuntut. Cuma masa tak sesuai kah? tidak..arghh! saya x mau dah pk kan yang akan datang..bagi saya kini, jalani hidup seperti biasa walaupun kejanggalan pasti akan ada..rutin hidup akan lari dari biasa.

Walau jauh dari mata, aktiviti boleh je jalankan bersama, yang penting NAK..nak buat ke, nak join ke, nak ikut ke..kalau pk TAK NAK..memang setakat tu je la kan.. kalu setakat nak makan sama, pas ni kita wat trip mana2, suma kena join..kalau tak, putus network @ downline..ha ha...

dan bila kah masanya..saya menanti dengan penuh debaran di hati..di atas kertas saya yang merelakan dan memohon keluar dari jabatan..hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

 **********************************************************************************

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?  Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:


"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.


Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

No comments:

Post a Comment