hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Sunday, October 10, 2010

Hari Pertama dan seterusnya di IKWAS

Dalam tren saya terjaga kerap kali dari biasa sebab rasa dah x sihat ni..tdo ngan mulut terbuka sebab bernafas ikut mulut..hidung dah tersumbat..Dengan sweater dan selimut (tuala tebal) masih tak membantu menyenyakkan tdo saya. Lagipun takut terlepas stesen Kluang..X boleh nak agak jam berapa akan sampai di sana.
Mulanya saya nak beli tiket untuk tempat tdo..tapi dah abis..ni tren malam ke Singapura..so ramai yang amik tempat tdo. Tempat duduk bukan x boleh tapi kebas kaki la kan..dah la saya x beli makanan cuma 100 plus wat penyebab hilang dahaga dan selesema.

Hampir 5.15 pagi pegawai tren mengejutkan tdo saya yang mmg x lena..Stesen Kluang sebentar lagi katanya..
Waaa..awalnya sampai..kat stesen ada la 3-4 orang yang saya rasa baru turun ngan saya tadi.Saya pun duduk je la kat situ..ntah nak wat apa, cam tak terfikir plak..Lepas solat subuh baru terfikir nak makan..Emm..saya kat stesen Kluang tau..means ada satu kedai yang agak famous..Kedai kopi Kluang Rail Station..Rasa seperti di ulit mimpi sebab dah sampai sini..he he

Kul 7.00 pagi tepat baru diorang ni buka kedai.Punctual betul..bagus kan?..Saya duduk si sudut kedai..Mulanya terfikir nak amik gambar tapi agak biasa la kan..g makan amik gamba, amik gamba makan, so saya pun pk malas la nak amik gamba..sapa yang nak tengok, nak rasa, meh la datang sendiri kat sini..

Mungkin ni kedai pertama diorang, harga kat sini agak murah berbanding di cawangan mereka..saya rasa 10 kali ganda murah di tempat asal dari kedai francais mereka..sungguh tak di sangka..ish..ish..
tpah tertipu gak la..

Abis makan, naik keta prebet..orang kampung panggil keta prebet sapu sebab mereka ni tak guna meter dan sapu 4 orang sekaligus ke tempat yang hampir sama..bayaran di ikut kepala.Kalau satu kereta RM10.00 maknanya seorang perlu bayar RM5..

Lebih kurang 20 minit sampai la saya ke INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang, Johor Darul Takzim..atau senang di panggil IKWAS..Saya amat teruja untuk sampai ke sini sebab ibarat sirih pulang ke gagang..Dulu saya ke mari dalam bulan Ogos tahun 2004 untuk menyelesaikan taraf tetap saya sebagai penjawat awam..dan saya bertuah antara yang terpilih di hantar ke IKWAS..Selesai pendaftaran, saya di tempatkan di kediaman Asrama Eksekutif..wow!..
Ya Allah, seronoknya rasa..walaupun baru bermula saya merasakan keseronokan di sini..

Menggalas beg yang berat ni seolah tak terasa..cepat2 saya ke bilik..Alhamdulillah..bilik sebiji macam hotel..Eksklusif dan amat mengharukan saya..biarlah x semahal dan secantik hotel 5 bintang tapi cukup buat saya selesa untuk beberapa malam di sini.Cukup kemas dan bersih..

Jam 11 pagi saya bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat..kemudian ke Makmal Jati bagi tujuan pendaftaran masuk ke kursus 5S bil/2010. Dan untuk pengetahuan, saya antara 4o orang bertuah yang terpilih bagi kursus 5S yang baru kali pertama di anjurkan di semenanjung Malaysia, yang pertama kali di IKWAS..orang kata first badge la..

Makan di INTAN memang best..dan saya tidak menafikan kehebatan tukang masak di INTAN, rata2 semua teror masak..Dah la sedap banyak pilihan..tengahari pertama kalau x silap Nasi putih lauk ikan goreng, sotong masak macam kicap, sayur sup, buah tembikai sebagai pencuci mulut dan air oren..Ha! sedap kan...

Macam biasa, kursus anjuran INTAN, sesi perkenalan adalah wajib kerana kami di datangkan khas dari pelusuk Malaysia dengan mewakili pelbagai jabatan dan campuran jawatan dan personaliti...Sesi atau kuliah pertama adalah Pengenalan kepada Kualiti..oleh Cik Nurul Fadilah..Pengurus Projek bagi kursus ini.
dansemasa sesi memperkenalkan diri saya akui saya memang 'kosong' mengenai 5S ini..

Makan malam bermula jam 6.30 petang..lauknya pun sedap..saya x ingat sangat lauknya tapi saya rasa ayam goreng, tauhu jepun dan sepotong buah, ulam dan sambal dan air sejuk/air suam..cukup menyelerakan dan mengenyangkan..Alhamdulillah..

Malam memang tak ada kelas so ini la masanya tdo dengan aman dan tenteram..


HARI KEDUA ~ 05 Oktober 2010

Pagi. saya bangun awal sebab panas, padahal bilik ada aircond tapi kakak roomate saya x suka sejuk so dia menuetralkan suhu bilik sampai saya berpeluh panas! but i've no comment sebab respect and we're sharing..
pagi ni ada senaman pagi dan kami berjalan keliling IKWAS yang hijau dan di penuhi pokok buah buahan..tapi kurang terbela sikit..hirup udara segar amat menyenangkan dan memberi nafas baru..ha ha baru bersenam lepas hampir sebulan makan mewah ..raya beb!

Makan pagi..meehun goreng putih, roti bakar dan pilihan air kopi, air teh atau air suam..Kaya dan jem kat IKWAS ni memang sedap dari dulu saya suka..so tentunya jadi pilihan..

Kelas pertama dan seterusnya akan di pimpin oleh Encik Azlan Ahmad yang di terbangkan khas dari INTAN Sabah. Ini kerana INTAN Sabah sahaja yang ada menjalankan kursus 5S ni dan mereka perintis 5S yang telah memenangi dan telah mendapat sijil dari MPC.. So, atas sebab itu beliau ke IKWAS dan itu antara sebab saya boleh berbangga menjadi antara peserta kursus yang pertama ini..

Cara penyampaiannya agak berkesan buat saya dan peserta yang lain, tapi kat sini saya akan mewakili diri saya dalam memberi komen tentang beliau. Bagi saya yang lansung tak tahu dan tiada basic dalam 5S ni..saya berjanji akan mendengarnya dengan teliti dan tekun..cuma agak menyesal kerana saya x pandai nak merekod penyampaian kuliah En. Azlan walaupun ada kamere canggih..

4 comments: