Sambung cerita selepas di offer samsung galaxy tab oleh penjual servis di maxis. Saya kemudian berfikir akan kebaikan serta keburukannya..pantas membuat keputusan utk kebas samsung tab ni..yg jadi kemusykilannya plak..takkan nak letak samsung berukuran 7inci kat telinga bila nak wat call @ jawab call?..nak tau kenapa saya cakap macam tu..anda kena la tgk spec Galaxy Tab ni sendiri..
ok lah saya bagitau sikit na..Function Galaxy tab ni serupa ngan Galaxy S..cuma saiz je membezakannya dan of course harganya..boleh wat call n terima call..video call..yang lain cari sendiri..ok?!
Maka kedatangan lagi idea bernas si penjual servis ni.." akak guna la bluetooth ke.."
aik? pandai plak dia bg idea..x nampak ke aku pakai tudung nih..(..ish? ke boleh sebenarnya..?)
x pelah..saya balik dulu la nak pk sampai rentung..sebab ini membabitkan jiwa raga HP Nokia ku yang tersayang..
di pendekkan cerita, HP Nokia tersayang ku ini telah menerjunkan diri ke dalam lubang tandas..oissshh!..namun sempat di selamatkan sebelum terus ke bawah lagi tapi malangnya kehidupannya setakat itu sahaja..just for info..Nokia ni paling di sayangi sebab adik ku yang tersayang menghadiahi diriku ini masa birthday ku yang ke berapa ek..? tapi penggunaannya telah menjangkau tahun ke -6 lebih kurang..
Nokia 7260 |
dan baru di sedari telah muncul masa ini untuk mencari yang baru..bukan sebagai pengganti tetapi sebagai pelengkap hidupku..ewah! he he x de lah gitu kan..
di pendekkan lagi cerita (sebab dah ngantuk nih..) maka al kisahnya saya telah meminang Samsung Galaxy S sebagai peneman di jalanan..ha ha..(dia kan gajet je mana ada terasa..)..
Samsung Galaxy S |
dan bermula la episod baru ku bersama buah hati baru..mana tak sayang oiii..makan riban gak nih..maklumlah hasil titik peluh petani..ermmmm
No comments:
Post a Comment