Bismillah...
1 Februari 2012
Hari ni hari sambutan Hari Wilayah buat warga kota Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Maka dengan ini di istiharkan CUTI..yuhuuuuuu!
DBKL atau lebih tepat penaungnya KementerianWilayah Persekutuan sediakan banyak goodies buat orang-orang yang kije kat KL ni. Antaranya la..boleh naik bas HoHo cuma seringgit sehari ni je tau, masuk taman-taman pun harga seringgit, naik Menara KL denga harga murah dari biasa, Aquaria 30%, naik kuda poney percuma, bot percuma ( di taman tasik Titiwangsa) kemudahan tandas awam percuma, saman di kurangkan sehingga 50% dan banyak lagi.
Perancangan saya?
Wani awal-awal lagi dah bagitau nak naik bas HoHo..bukannya kami tak biasa jalan-jalan kat KL ni tapi yelah biasanya Wani yang akan memandu dan saya duduk je kat sebelah atau duduk di belakang..so hari ni Wani ni nak la naik bas dan menghayati panorama Kuala Lumpur ni ( termasuk la saya he he..)
Dengan itu hajat Wani dan juga saya untuk menaiki bas HoHo tercapai la juga..Sapa yang tak mau naik kan nak lagi harga cuma seringgit seorang. pagi lagi kononnya dah gerak ke Taman Tasik Perdana untuk tunggu di stesen bas HoHo..Wani memilih untuk tunggu di stesen depan Taman Burung..sebab bila dah habis round satu KL, kami akan singgah ke dalam Taman Burung pula..Tak payah nak pusing jauh-jauh ..Emm bijak kan sahabatku ini?
Wani dan Tasneem, saya bersama adik ipar, Ejan dan Nik Putra pun dengan penuh rasa teruja menunggu di stesen ni..Ada satu keluarga lagi juga meletak kan kereta di depan Taman Burung ni..Emm..mesti dia pun nak naik bas HoHo dan kemudiannya pergi ke Taman Burung juga..tiru la tu! dan tanpa di sangka..Ibu kepada anak-anak seramai tiga orang tu adalah teman seasrama saya ketika di sekolah dahulu...Siti Hajar atau Atie..!
Atie ni Ketua Dorm F, ketua dorm saya la..memang tak kusangka tak kuduga..ha ha jumpa di sini ye..dan seperti saya katakan perancangan beliau dan suami adalah seperti yang Wani rancangkan, parking di situ dan ke Taman burung selepas selesai..dan yang menariknya beliau mendapat info mengenai atucara hari Wilayah ini melalui FB yang saya postkan tidak lama dahulu...!
Seronok memang seronok..mana tak nya sebelum ni hanya pelancong dari luar negara je yang naik. pelancong dalam negeri tak naik pun sebab harganya mahal. Ketika saya dan Wani ke Singapura dulu pun, kami menaiki bas sperti Hoho ni..tapi namanya lain DUCK TOUR..Walaupun saya dalam keadaan gering..namun saya gagahkan jua untuk menikmati saat-saat manis yang tercipta ni.
Hampir tiga jam kami melewati susur jalan Kuala Lumpur yang lengang ni. Jalan yang selalu sibuk dah tak sibuk seperti selalu. Relaks je ngan jalan tak jammed..cuaca pun agak redup je..
Dan sampai ke perhentian terakhir, kami singgah ke Taman Burung..Sebelum tu kami dah berhenti di Istana Negara lama untuk berehat dari duduk je dalam bas. Makan-makan dan ambil gambar..kemudian sambung ke perhentian seterusnya.
Taman Burung
Masuk Taman Burung pun seringgit je..berbaloi-baloi la juga..so apa nak citer selain hal burung je kan..yang penting ni antara tempat yang perlu di lawati disamping menikmati kehijauan yang masih ada di Kuala Lumpur ni. Antara tempat yang tenang dan redup je bila berada di sini..dan saya sukakannya! Tahniah la pada pihak yang berkenaan yang telah memberi idea untuk terciptanya tempat ini..
Ada spesis burung yang kita kenal dan hanya lihat dari jauh tapi di sini terasa dekat je..geram plak nak pegang dan tangkap!..isk! Ni yang orang kata jinak-jinak merpati...
Tasneem dan Putra yang teruja sangat ni..jalan laju-laju je..saya pun lebih kurang je tapi kelajuan tu kurang je dari mereka berdua ni..penat dah rasanya..berjalan seharian..
Nak cari air..nak cari air..hampir separuh tempat ni kami dah cover..lebihnya dah tak larat makcik oii!
Mana mau makan ni..G la restoran Hornbill tu yang dekat ngan taman ni.. Oppocot..tak pela..kami g jauh sikit la..Mahal sangat ni..
Kami pun beredar dari situ kononya nak ke kampung baru je tapi dah lapar na rasanya..Nak ke Bukit Aman..rasanya pun mahal kat situ sebab saya pernah kena 'cekik' tapi bantai je la..kesian ke anak-anak dah haus sangat..seperti yang di duga..mahalnya seolah kami ni orang luar..tapi apa nak di kata..Alhamdulillah kenyang juga..
Balik rumah jap..Kemudian keluar lagi ke Mid Valley...
hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...
No comments:
Post a Comment