hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, November 12, 2012

Ukhuwwahfillah..


Saya meminati nukilan beliau..nukilan lahir dari hati dan di ungkapkan dalam bentuk tulisan yang paling senang di fahami..


Hafiz Zainol Abidin adalah sahabat saya paling rapat dalam dunia ini. Paling saya cinta. Paling saya kasih. Paling saya senangi dan kasihi.

Ramai mengetuk inbox saya dan bertanya:
"Apakah saya boleh bersahabat dengan anda?"


Ya, jawapannya memang boleh. Tetapi apakah yang kita expect, dengan perkenalan hanya di alam maya, dengan tidak pernah berjumpa, dengan tidak pernah punya pengalaman bersama, dengan tidak pernah duduk susah dan senang bersama, kita terus menjadi sahabat rapat sehati dan sejiwa?

Ukhuwwahfillah tidak semudah itu. Bukannya dengan menyatakan: "Uhibbukafillah" atau "Uhibbukifillah" menjadikan ukhuwwah itu terus erat. Pasu bunga yang cantik melalui proses pembuatannya, gula-gula yang manis melalui proses pembuatannya, buah-buahan yang tumbuh dari pokok ada prosesnya. Jadi ukhuwwahfillah itu ada prosesnya.

Bersama Hafiz, saya lalui pelbagai perkara. Mengenalinya semenjak tahun 2002, hingga kini tahun 2012, 10 tahun, pelbagai perkara kami lalui bersama.



Masa-masa kami berqiamullail bersama di Musolla, sembang pagi masa sarapan di asrama, semasa bermesyuarat dalam bilik pengawas, semasa berbuka puasa kala Sya'ban dan Ramadhan. Kala mengikuti pelbagai jenis program kepimpinan dan jati diri bersama-sama. Kala dia sakit, kala saya sakit. Kala dia bersedih, kala saya bersedih. Kala kami sama-sama bergembira. Kala dia mahu mencari isteri dan saya mahu mencarinya juga. Kala kami masing-masing bertemu dengan cinta kami. Kala dia perlukan bantuan saya, kala saya perlukan bantuannya. Ketika dia keluar duit untuk saya, kala saya keluar duit buatnya. Kala dia menziarahi rumah saya, dan ketika saya menziarahi rumahnya. Kala dia tepuk belakang saya menenangkan jiwa saya yang lara, kala saya memegang bahunya memberikannya semangat. Kala dia menjadi driver saya, membantu saya yang tidak kuat memandu jauh, dia memandu dari Perlis ke Johor untuk saya. Kala kami berjauhan terpisah dua negara, dia dan saya masih berhubung di alam maya. Bagaimana selepas dia berkahwin, dia masih memuliakan saya sebagai sahabatnya yang paling akrab, mengasihi dan mencintai saya.

Ya, kami melalui pelbagai perkara. 10 tahun. Dan insyaAllah, akan melalui pelbagai lagi perkara. Dari situlah terbitnya ukhuwwah. Bukannya 10 tahun yang lepas, kala kami bertemu pertama kali, kami terus saling kasih mengasihi sebagai sahabat yang karib. Tidak sama sekali.

Kami melalui 'proses'.
Asas ukhuwwah kami 'iman',
kilang kami adalah 'masa',
bahan-bahannya adalah cabaran, ujian, pengorbanan, kepercayaan, kesabaran dan pelbagai rempah yang lain.
--------------------------------------------
Jadi jangan buangkan 'proses' dari equation Ukhuwwafillah.
Mustahil bagi majoriti manusia,
untuk terus terbit rasa cinta kepada sahabatnya,
hanya dengan berkenalan sehari-dua,
atau di alam maya sahaja.


Kalau mahu ukhuwwahfillah yang erat dan kuat,
perlu lalui proses yang sebenarnya.


sumber: FB Hilal Asyraf

No comments:

Post a Comment