hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, December 25, 2012

hari lahir

dengan nama Allah...

Alhamdulillah..dengan berkat kurniaanNya..saya masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini pada hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-35.. tahun yang penuh dengan dugaan dan cubaan yang membuat saya semakin matang dalam menghadapinya..In shaa Allah hanya kepada Allah saya serah segalanya.

Allah memberi segala kenikmatan ke atas saya hambaNya. Menyayangi saya atas kekurangan yang saya ada..kerana zat dan sifat Allah Maha Menyayangi, Maha Mengasihi, saya belajar menerimanya..

ucapan terima kasih kepada mak yang bukan sahaja melahirkan saya ke dunia ini malah atas segalanya...yang saya tak kan dapat senaraikan semuanya di sini...Sebagai teman luahan rasa, sebagai emak yang memahami tingkah rasa anaknya..sebagai guru yang mengajar dan membentuk peribadi, sebagai doktor yang merawat pesakitnya..naluri seorang emak akan membuat seluruh kerjaya di dunia ini di dalam satu jiwa..EMAK.

tak lupa kepada ayah yang mengajar anaknya dalam diam,lirikan mata yang menegur kesalahan, berdehem ayah seolah 'memukul' rasa..ayah dan emak tak pernah sekalipun memukul saya malahan kami adik beradik tidak di 'sentuh' atas setiap kesalahan..laungan nasihat tak jemu di leteri, teguran sayang dalam bermusyawarah..

abang dan adik yang menyayangi serta mengasihi saya, satu-satunya saudara perempuan mereka. ucapan dan hadiah berselang seli setiap tahun..kalau tak bagi, memang saya minta!

sahabat dunia akhirat saya, Wani yang sentiasa mengingati detik kelahiran saya. yang masih tak jemu menanti tibanya minit berharga bagi diri saya..sekadar secebis ucapan namun ia melebihi dari segala nilai hadiah..terima kasih menjadi sebahagian dari diri saya..memahami buruk baik saya, meyelami saat duka,sedih, tangisan..tersenyum atas kegembiraan,ketawa riang hidup saya....saya menyayangi anda dan semoga ukhuwah kita hingga ke dalam syurga...in shaa Allah..!

teman-teman yang mengingati tarikh ini bukan sekadar cuti sedunia..tetapi mengingati ianya adalah tarikh lahir saya dan mereka berkongsi rasa, bahawa saya pada hari ini sedang meraikan hari lahir saya! terima kasih atas limpahan mesej yang di sampaikan melalui sms, fb, panggilan telefon, malah sudi belanja makan..amat membuat saya teruja. Rasa di sayangi, di kasihi..kerana luahan rasa atas secebis ucapan yang ringkas adalah doa lahir dari dalam hati pengirim yang ikhlas mendoakan saya  menerima limpahan rezeki, keberkatan hidup dan lain-lain. amiin, semoga Allah membalas doa kalian terhadap saya..

..dan tiada sebab mengapa saya tidak gembira dan senyum..
ini kerana mereka ada di sisi saya bukan kerana hari ini saya menyambut ulangtahun kelahiran saya tetapi kerana mereka menyayangi saya setiap waktu kerana Allah sebagaimana saya juga menyayangi mereka kerana Allah!

terima kasih semua!








Monday, December 24, 2012

gold coast resort morib

sabtu 22 Disember 2012..

Ari ni join family day opis Wani..g Gold Coast Morib..opkos di Morib la kan..perjalanan yang lancar dari bukit Jalil..saya naik lrt dari Kg Baru terus ke Bukit Jalil..perjalanan tak terasa jauh sebab sambil mengunyah sambil melayan Tasneem bercerita..ha ha.. dah lama saya tak bermesra dengan Tasneem.Ada la dalam dua minggu. sebab? Tasneem demam dan batuk..kemudian beliau telah di bawa balik berubat sehingga ke Temerloh..




Sesampai di Gold Coast, parking keta dan berjalan laju  ke meja makan yang dah pun ramai orang berbaju oren..saya pun apa lagi, buka bekalan dari Kolumpur la..Nasi lemak..
Mata asik dok melilau mana la theme park yang sangat santek tu..aduyai...(sebelum datang dah survey gamba dan suasana itu)



lepas makan, terus ke pantai untuk menikmati acara sukan ringan oleh warga MSN..depa ni dah biasa incharge sukan yang yang besar, la ni handle sukan keluarga la plak..happening mak!
dah penat tengok org bersokan..g jalan kat tengah laut yang tengah surut..wah! indahnya..takjubnya..(err gamba kena cari, mana dah di simpan).

Sambil- sambil tunggu sukan untuk keluarga tu, ada wat cabutan bertuah, he he Wani memang bertuah la sebab bukan semua akan dapat tau..Wani dapat kipas meja..banyak gak hadiah yang depa ni bagi..mesin basuh, tv, tablet..pergh!
sambil menunggu hadiah yang grand, kami makan lagi..ho ho ho...

dah habis aktiviti wajib, maka bergegas pula check in hotel. Family day MSN ni separuh hari je.sapa2 yang nak mandi boleh je terus menyirami diri memasing dan kendian boleh terus balik.
kami mmg plan mau tdo di bilik hotel yang santek ni..sebab kalau dah main air selalunya akan kepenatan le..lagipun tak le mahal sangat rega biliknya..

bilik plak memang tidak menghampakan..
fuiyoo!! manyak best woo..! ada jacuzi la plak..ish..mana satu nak pilih ni..balikmandi kolam kang la baru bantai masuk jacuzi..

apalagi solat dulu, salin baju dan turun ke theme park..yang paling tak sabar bukan Tasneem je..kami pun x sabar nak main air...

bila dah main air, sapa mau ingat benda lain..siram...siram..rendamkan diri..blup..blup...
taman temanya cantik..mungkin sebab baru lagi dan suasana macam tenang je..banyak tempat main sesuai untuk semua peringkat umur..untuk kanak2 kecik..untuk kami yang besar...

sampai ke petang dah main, naik berendam dalam jacuzi plak..muat tu kami berempat...!

habis melepak dalam jacuzi, solat dan bersiap plak untuk mengisi perut. Memandangkan kami tak tau nak cari makan kat ne..saya mencadangkan untuk makan kat Bagan Lalang yang kiranya macam tak jauh..he he..r0panya jauh gak mak encik weii.....




kami sampai hampir jam 8 malam..tengok orang dah ramai beratur...aduyai..lupa la plak..ari ni sabtu, memam la ramai orang. Bayangkan beratur je untuk pilih ikan dah sejam lebih..tunggu dorang masak pun hampir sejam.

perancangan nak makan santai kat situ di batalkan, itupun sebenar nak cancel je.
kami amik keputusan untuk bungkus dan balik makan kat hotel je..
dalam perjalanan kami ratah makan sotong goreng celup tepung tu..ranggup beb! memam makanan dan masakan kat kedai-kedai di Bagan Lalang ni fresh dan sedap..


Ikan jenahak bakar...
 sesampai hotel terus bentang paper; hidang nasi putih, ikan merah dan ikan jenahak bakar, bebuluh masak apa kicap, ketam masak pedas..hu hu..sedap la weiii..
 
credit to eyriqazz.com

habis makan, saya..terus ngantuk..dan x tau apa dah....he he..

Thursday, December 20, 2012

Harta Dunia


Wahai Anakku,
Aku ingin berpesan kepadamu terhadap harta. Ia sebesar- besar ujian Allah kepadamu selain anak pinak. Kerana itu Allah menyatakan " sesungguhnya harta dan anak kamu adalah ujian Allah kepadamu. Dan Allah menyediakan pahala yang besar pada keduanya".

Wahai anakku,
Aku menyaksikan putusnya silaturrahim kerana harta. Manusia sanggup berbunuh kerana harta, dan manusia sanggup khianat kerana harta, dan manusia sanggup syirik kepada Allah kerana harta.

Nauzubillah.
Wahai anakku,
Bilamana manusia menjadikan harta sebagai'tuhannya' mereka sanggup melakukan apa sahaja demi harta tersebut. Ingatlah wahai anakku, jangan sesekali kamu memutuskan hubungan silaturrahim kerana harta. Ada adik beradik tidak bertegur sapa kerana harta pesaka yang ditinggalkan ayah atau ibu mereka. Sedang dikala mereka kecil, sewaktu ibubapa mereka masih ada. Mereka beargurau senda, bermain sama sama, berlari dengan keariangan bersama kbu yang mereka semua sayangi.

Wahai anakku,
Alangkah dukacitanya kerana harta yang sedikit, mereka sanggup memutuskan kebahagiaan keluarga. Mereka melupai betapa penat alelah ibubapa mereka mengumpulkan harta untuk kebahagiaan mereka. Bukan untuk mereka berebut harta tersebut, sehingga memutuskanntali persaudaraan. 

Wahai anakku,
Alangkah sedihnya ibubapa dialam barzakh, ia tinggalkan harta untuk merapatkan hubungan anak-anaknya. Gunalah harta itu demi mengeratkan ikatan. Mengigatkan kamu terhadap ayah dan ibu yang telah kembali mengadap Allah. Janganlah kamu tamak terhadap harta dunia, kerana harta bukan segalanya dalam hidup ini. 

Wahai anakku,
Engkau boleh beli rumah yang besar, tetapi kamu tidak boleh membeli kebahagiaan. Kamu boleh membeli tilam yang tebal, tetapi kamu tidak boleh membeli nyenyaknya tidur. Kamu boleh membeli makanan yang sedap, tetapi kamu tidak boleh membeli selera untuk makan. Kam boleh membayar pekerjamu, tetapi kamu tidak boleh membeli kasih sayang mereka. 

Wahai anakku.
Andainya kamu merasa besar apa yang ada didunia yang fana ini, sesungguhnya engkau telah tertipu dengan dunia. Dunia ini pernah menipu alim ulamak, sehingga rosaklah ilmu mereka. Ia pernah menipu pemimpin, sehingga mereka berperang kerananya. Ia juga pernah menipu sebahagian besar manusia, sehingga mereka dilekakan olehnya. 
Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagimana kamu menggunakan dunia untuk mencari kebahagiaan akhiratmu. Engkau gunalah dunia ini, kerana selepas itu engkau akan tinggalkan dia. Dunia tidak akan menagisi kematianmu, sebagaimana kamu tidak perlu menagisi kerana berpisah dengan dunia. Dunia akan mengikutmu, andainya kamu boleh kuasainya untuk mencari redha Tuhanmu. 

Wahai anakku,
Katakanlah kepada dunia..... Kalau kamu nak tipu, tipulah orang lain, jangan kamu tipu aku. Tetapi percayalah wahai anakku. Kamu tidak akan selamat dari tipudaya dunia melainkan kamu mengagungkan Allah, ikhlas dalam setiap amalanmu dan merasai dekatnya kematianmu.
Salam sayang buat anak-anakku.

Senyumlah kepada dunia nescaya dia akan senyum kepadamu.....

Ingatan

INGAT

>Jika kamu ingin melupakan seseorang ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.

>Jika kamu mulai tak menyayanginya ingat di saat pertama kali kamu jatuh cinta padanya.

>Jika kamu mulai bosan dengannya ingat saat terindah bersamanya.

>Jika kamu ingin menduakannya bayangkan jika senandainya dia selalu setia.

>Jika kamu ingin membohonginya ingat saat dia jujur padamu apa adanya.

Maka kamu akan merasakan “pahit manis” serta makna menyayangi dan mencintai seseorang dengan suatu “ketulusan dan penuh keikhlasan”.

Tuesday, December 18, 2012

Pemimpin..



wahai anakku,
Janganlah kamu libatkan mereka yang panas kepala dalam mesyuaratmu, kerana ia tidak akan menerima pendapat berbeza. Jangan engkau libatkan mereka yang tinggi egonya, kerana ia akan memandang rendah kepada pandangan orang lain. Jangan engkau perlekehkan pandangan yang rendah dan bodoh, kerana Allah tidak menyamakan taraf akal manusia. Hargailah setiap pandangan, Agarp
andanganmu dihargai.

Wahai anakku,
Jangan kamu gopoh gapah dalam membuat sesuatu keputusan yang besar, melainkan engkau dengar pandangan semua. Mohonlah pandangan dari yang lebih tua atau yang alim, kerana sebahagian mereka tidak akan memberi pandangan melainkan diminta. Mutiara yang indah tidak akan dapat diambil, melainkan kena buka keraangnya. Berbahagialah bilamana kamu mampu melihat dari sudut yang berbeza sebelum engkau membuat keputusan.

Wahai anakku,
Jangan engkau kemukakan sesuatu cadangan, melankan engkau suluh ia dari kacamata Tuhanmu, engkau padankan dengan ilmumu, dan engkau timbang ia dengan kudrat ahli yang akan melaksanakan cadanganmu. 

Wahai anakku,
Janganlah engkau berdukacita bilamana cadanganmu ditolak, sebaliknya bersyukurlah kerana engkau tidak akan menanggung dosa di atas cadangan itu, seandainya ia membuahkan keburukan. Sebaliknya hendaklah engkau beqristiqfar bila cadanganmu diterima, kerana belum tentu ia menjadi kebaikan bila dilaksana. Sekiranya ia menjadi kebaikan, janganlah engkau bangga kerana cadangan itu datang darimu, kerana engkau tidak mengetahui samada Allah menerima atau menolak kebaikan itu.

Wahai anakku,
Patuhilah sesuatu kutusan mesyuarat, walau kamu tidak bersetuju sekalipun, kerana hebat mana satu pandangan, tidak akan sama dengan pandangan dan keputusan jamaah. Ingatlah pertolongan Allah beserta jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang mengadakan mesyuarat diluar mesyuarat rasmi bagi mengumpulkan golongan yang tidak bersetuju di dalam sesuatu keputusan, kerana ini peranda keretakan jamaah dan mengundang kemurkaan Allah. 

Wahai anakku, 
Bilamana engkau telah menerima sesuatu keputusan, bertawakkallah kepada Allah, berazamlah untuk melaksana keputusan dan mohonlah pertolongan Allah. Kerana keputusan yang besar dan berat akan menjadi ringan bilamana Allah membantumu.

Semoga Allah memandu kita dalam urusan agamanya...... Senyum.