Wahai Anakku,
Aku ingin berpesan kepadamu terhadap harta. Ia sebesar- besar ujian Allah kepadamu selain anak pinak. Kerana itu Allah menyatakan " sesungguhnya harta dan anak kamu adalah ujian Allah kepadamu. Dan Allah menyediakan pahala yang besar pada keduanya".
Wahai anakku,
Aku menyaksikan putusnya silaturrahim kerana harta. Manusia sanggup berbunuh kerana harta, dan manusia sanggup khianat kerana harta, dan manusia sanggup syirik kepada Allah kerana harta.
Nauzubillah.
Nauzubillah.
Wahai anakku,
Bilamana manusia menjadikan harta sebagai'tuhannya' mereka sanggup melakukan apa sahaja demi harta tersebut. Ingatlah wahai anakku, jangan sesekali kamu memutuskan hubungan silaturrahim kerana harta. Ada adik beradik tidak bertegur sapa kerana harta pesaka yang ditinggalkan ayah atau ibu mereka. Sedang dikala mereka kecil, sewaktu ibubapa mereka masih ada. Mereka beargurau senda, bermain sama sama, berlari dengan keariangan bersama kbu yang mereka semua sayangi.
Wahai anakku,
Alangkah dukacitanya kerana harta yang sedikit, mereka sanggup memutuskan kebahagiaan keluarga. Mereka melupai betapa penat alelah ibubapa mereka mengumpulkan harta untuk kebahagiaan mereka. Bukan untuk mereka berebut harta tersebut, sehingga memutuskanntali persaudaraan.
Wahai anakku,
Alangkah sedihnya ibubapa dialam barzakh, ia tinggalkan harta untuk merapatkan hubungan anak-anaknya. Gunalah harta itu demi mengeratkan ikatan. Mengigatkan kamu terhadap ayah dan ibu yang telah kembali mengadap Allah. Janganlah kamu tamak terhadap harta dunia, kerana harta bukan segalanya dalam hidup ini.
Wahai anakku,
Engkau boleh beli rumah yang besar, tetapi kamu tidak boleh membeli kebahagiaan. Kamu boleh membeli tilam yang tebal, tetapi kamu tidak boleh membeli nyenyaknya tidur. Kamu boleh membeli makanan yang sedap, tetapi kamu tidak boleh membeli selera untuk makan. Kam boleh membayar pekerjamu, tetapi kamu tidak boleh membeli kasih sayang mereka.
Wahai anakku.
Andainya kamu merasa besar apa yang ada didunia yang fana ini, sesungguhnya engkau telah tertipu dengan dunia. Dunia ini pernah menipu alim ulamak, sehingga rosaklah ilmu mereka. Ia pernah menipu pemimpin, sehingga mereka berperang kerananya. Ia juga pernah menipu sebahagian besar manusia, sehingga mereka dilekakan olehnya.
Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagimana kamu menggunakan dunia untuk mencari kebahagiaan akhiratmu. Engkau gunalah dunia ini, kerana selepas itu engkau akan tinggalkan dia. Dunia tidak akan menagisi kematianmu, sebagaimana kamu tidak perlu menagisi kerana berpisah dengan dunia. Dunia akan mengikutmu, andainya kamu boleh kuasainya untuk mencari redha Tuhanmu.
Wahai anakku,
Katakanlah kepada dunia..... Kalau kamu nak tipu, tipulah orang lain, jangan kamu tipu aku. Tetapi percayalah wahai anakku. Kamu tidak akan selamat dari tipudaya dunia melainkan kamu mengagungkan Allah, ikhlas dalam setiap amalanmu dan merasai dekatnya kematianmu.
Salam sayang buat anak-anakku.
Senyumlah kepada dunia nescaya dia akan senyum kepadamu.....
No comments:
Post a Comment