wahai anakku,
Janganlah kamu libatkan mereka yang panas kepala dalam mesyuaratmu, kerana ia tidak akan menerima pendapat berbeza. Jangan engkau libatkan mereka yang tinggi egonya, kerana ia akan memandang rendah kepada pandangan orang lain. Jangan engkau perlekehkan pandangan yang rendah dan bodoh, kerana Allah tidak menyamakan taraf akal manusia. Hargailah setiap pandangan, Agarp
andanganmu dihargai.
Wahai anakku,
Jangan kamu gopoh gapah dalam membuat sesuatu keputusan yang besar, melainkan engkau dengar pandangan semua. Mohonlah pandangan dari yang lebih tua atau yang alim, kerana sebahagian mereka tidak akan memberi pandangan melainkan diminta. Mutiara yang indah tidak akan dapat diambil, melainkan kena buka keraangnya. Berbahagialah bilamana kamu mampu melihat dari sudut yang berbeza sebelum engkau membuat keputusan.
Wahai anakku,
Jangan engkau kemukakan sesuatu cadangan, melankan engkau suluh ia dari kacamata Tuhanmu, engkau padankan dengan ilmumu, dan engkau timbang ia dengan kudrat ahli yang akan melaksanakan cadanganmu.
Wahai anakku,
Janganlah engkau berdukacita bilamana cadanganmu ditolak, sebaliknya bersyukurlah kerana engkau tidak akan menanggung dosa di atas cadangan itu, seandainya ia membuahkan keburukan. Sebaliknya hendaklah engkau beqristiqfar bila cadanganmu diterima, kerana belum tentu ia menjadi kebaikan bila dilaksana. Sekiranya ia menjadi kebaikan, janganlah engkau bangga kerana cadangan itu datang darimu, kerana engkau tidak mengetahui samada Allah menerima atau menolak kebaikan itu.
Wahai anakku,
Patuhilah sesuatu kutusan mesyuarat, walau kamu tidak bersetuju sekalipun, kerana hebat mana satu pandangan, tidak akan sama dengan pandangan dan keputusan jamaah. Ingatlah pertolongan Allah beserta jamaah.
Wahai anakku,
Awasilah golongan yang mengadakan mesyuarat diluar mesyuarat rasmi bagi mengumpulkan golongan yang tidak bersetuju di dalam sesuatu keputusan, kerana ini peranda keretakan jamaah dan mengundang kemurkaan Allah.
Wahai anakku,
Bilamana engkau telah menerima sesuatu keputusan, bertawakkallah kepada Allah, berazamlah untuk melaksana keputusan dan mohonlah pertolongan Allah. Kerana keputusan yang besar dan berat akan menjadi ringan bilamana Allah membantumu.
Semoga Allah memandu kita dalam urusan agamanya...... Senyum.
No comments:
Post a Comment