hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, July 12, 2013

senyum

Wahai anakku,
Tatkala engkau sakit, bertabahlah. Kerana iika engkau tidak pernah merasai kesakitan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha penyembuh?
Seperti juga bila kamu bersedih, ingatlah wahai anakku, tanpa kesedihan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha pengasih?


Wahai anak kesayanganku,
Sebagai manusia, kamu tidak akan dapat lari daripada membuat silap. Tapi jika engkau tidak pernah melakukan kesilapan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha pengampun? Sama juga tatkala engkau menghadapi masalah, tanpa masalah, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha mengetahui?

Dalam menghadapi kesusahan, ingatlah pesananku. Kamu kena tekadkan hati. Kamu kena banyak bersabar kerana dunia ini hanya sementara. Oleh itu, masalahmu juga hanya sementara. Tapi anakku, kalau tanpa masalah, mungkinkah kamu tahu merayu-rayu untuk pertolongan Allah untuk menyelamatkan kamu?

Wahai anakku, 
Aku sangat bimbang apabila engkau mendapat segalanya di dunia. Aku bimbang masa itu kamu tidak lagi mengenal erti bersyukur kepada Allah. Aku lebih suka kalau kamu hidup dalam kesederhanaan dan ada sedikit serba kekurangan. Kerana sekiranya hidup engkau terlampau sempurna, aku bimbang satu hari nanti kamu merasakan Allah tidak diperlukan lagi dalam hidupmu. 

Maafkan aku, kerana aku juga berharap kamu tidak menjadi manusia yang diberi kuasa sepenuhnya. Jika engkau diberi kuasa sepenuhnya, mungkinkah kamu masih lagi bergantung kepada Allah? Aku sangat takut apa yang akan bakal menimpamu kerana aku melihat ramai mula merasai dirinya lebih tinggi daripada Tuhannya setelah mendapat kuasa mutlak. 

Senyum.

Ustaz Tuan Man

No comments:

Post a Comment