hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, July 15, 2013

Ramadhan 5

"AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN"- Nabi sebut ucapan ini tatkala Ramadhan menjelma. Jom kita sebut seperti mana Nabi buat. Nabi ucapkan tahniah pada sahabat dan semua yang diizinkan Allah bertemu Ramadhan. Jom kita ucap tahniah pada semua. 

Jangan lupa beberapa perkara sempena ramadhan. Para ibu & isteri jangan terlalu kejarkan tarawikh sampai tak sempat layan suami dan anak-anak. Tak sempat bermanis muka pada keluarga.

Para suami jangan balik rumah bertemu anak isteri dengan muka masam. Jangan marah-marah kalau isteri lambat sediakan itu ini.Jangan beratkan isteri ketika Ramdhan, bantu isteri, bantu isteri, bantu isteri,jika tidak,kelak Allah beratkan kita di akhirat.Nauzubillah. 

Untuk wanita terutamanya,masuklah masjid dengan penuh rasa ceria & gembira. Bukan muka ketat & serius konon untuk khusyuk ibadah. Tak sempat tengok org sebelah, tak sempat senyum dan bagi salam.Bukan buat hal masing-masing untuk kejar ibadah tarawikh smpai org sekeliling kita pun kita tak nampak. Ramadhan ini bulan berkasih syg, sebarkan salam & hulurkan senyuman.

Jangan kita bersedekah benda yang kita dah taknak. Telekung kuning yang lusuh dan nipis, bertahi lalat dan berbau.Atau baju2 lusuh dan lama yang kita dah tak muat atau taknak pakai lagi. Atau makanan yang kita tak habis makan dan takut membazir kalau tak disedekahkan.Sedekah ini sedekah yang tidak diterima Allah. Nabi pesan supaya bersedekah yang paling baik yang kita miliki,yang kita juga suka jika diberikan sedemikian pada kita, sedekah benda yang kita syg. Bukan apa-apa yang kita taknak dan yg kita dah niat nak buang.

Jangan parking block kereta org ketika nak solat tarawikh. Biarlah jalan jauh sikit sebab parking jauh.Nabi pesan serendah-rendah iman adalah MENGALIHKAN sesuatu yang menghalang jalanan.Kita tidak tahu manusia ada macam2 urusan dan hal yang tidak dijangka.Tiba-tiba dtg sakit, tiba2 kecemasan dan nak ke hosp.Siapa boleh jangka? Bila keluar ke tempat parking, tgok kereta kena block. Nak minta tolong pada siapa?Semua tengah solat. Yang dtg ke masjid bukan semua sihat-sihat belaka. Ingat, jangan halang jalan org lain di dunia, kelak jalan kita ke syurga akan terhalang.BIAR ORG LAIN BUAT, KITA JANGAN BUAT KALAU NABI TAK BAGI.

Jangan komplen makanan yang kita dapat ketika buka puasa atau ketika kita makan lepas tarawih tak sedap." Ishh,daging kecik, seketoi ja!" " Ishh, nasik keras", " Ishhh, air tawar!" "Laa...banyak ni ja nasik".... Syukur...syukur...syukur... sebelum kata apa- apa, ikut 3 step ini:
1)TARIK NAFAS DAN LEPAS,
2) UCAPKAN ALHAMDULILLAH-"segala puji bg Allah"
3) UCAPKAN ASTAGHFIRULLAH- "Ampunkanlah aku ya allah"
THEN KATALAH APA-APA KALAU NAK KOMPLEN ( InsyaAllah lidah kita akan terbatas untuk komplen berlebih-lebihan).
Taknak makan, tolaklah atau tinggallah makanan itu dengan baik.Kalau kita komplen lebih-lebih, kita sedang komplen Allah yang mentakdirkan lidah kita makan makanan yang tidak sedap sedemikian.Allah menguji iman kita, sikit tak sedap pun nak komplen, macam mana kita nak hadapi ujian yg lebih besar lagi...ujian sakaratul maut kalau 'ujian dengan makanan pun tak lulus'

Untuk semua pengurusan masjid, kalau sediakan makan untuk jemaah, jika ada jemaah nak bawak balik lebih ke rumah, jangan kita kawal atau marah, atau buat muka masam.( kecuali jemaah tak faham bahasa, dia seorang ja,tapi ambil smpai 10 kotak nasik nak bawak balik rumah, maka kita tegur baik-baik, cakap dengan sopan, senyum, dan minta maaf).Kalau sekadar 2-3 kotak seorang, biarlah...bukan semua buat macam tu...
Sebab, nabi pesan di bulan Ramadhan ini banyaklah bersedekah dan beri org makan, tapi nabi tak pesan bagi makan pada org yg datang tarawikh je. Seorang suami dtg jemaah tarawikh dan ambil bungkusan makanan untuk anak isteri yang tak dtg ke masjid (sebab isteri nak jaga anak-anak)-itu satu perbuatan yang amat mulia di sisi Allah. Tapi kita halang dan kita kata makanan hanya layak untuk org yang dtg masjid. Allah...bukan begini yang Nabi ajar. Jangan wujudkan budaya, " siapa dtg masjid, baru dpt makan"

ALLAH HU A'LAM...sama2 kita niatkan untuk baiki diri dan doa...YA ALLAH REDHOILAH KAMI SEMUA SEPANJANG RAMADHAN INI SEHINGGA AKHIR HAYAT KAMI....

~ Noor Laila Aniza binti Zakaria

No comments:

Post a Comment