IBLIS datang kepada Nabi Musa dan berkata, “Engkaulah yang dipilih Allah untuk risalah dan langsung berkata-kata kepadamu, sedang aku seorang makhluk biasa, yang ingin juga bertaubat kepada Tuhan, maka tolonglah aku semoga dapat diterima taubatku”.
Nabi Musa gembira, lalu Baginda mengambil wuduk, bersolat dan berdoa, ” Ya Tuhan, iblis seorang makhluk-Mu, ia akan bertaubat, maka terimalah taubatnya”. Maka diturunkan wahyu kepada Musa, “Ya! Musa, dia tidak akan bertaubat”. Jawab Musa, “Ya! Tuhan, dia minta taubat”.
Maka turun wahyu kepada Musa, ” Aku terima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia (Iblis) sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.”
Nabi Musa sangat gembira, dan menyampaikan suara wahyu itu kepada Iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata, “Aku tidak akan sujud kepadanya (Adam) pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya? Lalu Iblis berkata, “Hai Musa, kerana engkau menolong aku kepada Tuhan, maka kini engkau berhak mendapat hadiah dariku,” Aku berpesan kepadamu tiga perkara:
1. Ingatlah kepadaku (Iblis) ketika marah, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.
2. Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh perang sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri dan anak-anaknya serta hartanya, sehingga ia lari ke belakang (meninggalkan perjuangan).
3. Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita bukan muhrim, sebab aku sebagai utusannya (perantaraan) kepadamu dan urusannya kepada kamu.Kejadian di atas adalah pedoman kepada manusia supaya tidak mengikut arahan iblis yang sentiasa mahu merosakkan keturunan Adam. Peristiwa ini juga mengingatkan supaya lelaki dan wanita mengetahui batasan pergaulan, kerana yang ketiga di antara mereka adalah iblis.
hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, June 6, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment