hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, September 2, 2014

singgang daging kelantan

Daging singgang kegemaran ayah. Ayah sangat suka makan yang singgang-singgang. Selain sihat dan sedap
daging ni kalau di panaskan makin sedap.

daging singgang ala Kelantan - carian google



Bahan-bahan

1/2 kg daging
5 ulas bawang merah - di hiris
4 ulas bawang putih - di hiris
5 tangkai cili kering - di hiris
1 inci halia - di hiris
1 inci lengkuas - di hiris
2 sudu kecil biji ketumbar - di tumbuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Hiris nipis daging dan rebus terlebih dahulu.
 
Masukkan bahan- bahan yang di hiris macam bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili kering 

Masukkan biji ketumbar yang telah ditumbuk, asam keping dan garam dan sedikit budu.

Masak sehingga daging empuk. Sedia dihidangkan.


daging goreng kelantan

Daging goreng ala Kelantan ni ada beza dari daging goreng biasa..sedap dan berkrim dari yang biasa.
cara masak pun berbeza..

 Bahan- bahan

1/2 kg daging 
1 biji bawang kuning (Holland)
1 tangkai cili hijau/merah (resepi asal adalah cili hijau dari Kelantan)
1 ulas bawang putih (tak bubuh pun tak pe)
kunyit hidup/ kunyit serbuk

Daging di hiris nipis..tak nipis dan tebal sangat - yang sedap daging batang pinang

Masukkan daging ke dalam kuali dan rebus sehingga empuk.

Sebelum air kering, masukkan garam kunyit (garam dan kunyit di tumbuk bersama) dan di gaul mesra di dalam kuali.

Masukkan minyak ke dalam kuali daging tadi. Dalam anggaran daging dah nak masak, masukkan bawang kuning dan cili yang telah dihiris, goreng daging sehingga kelihatan agak garing sedikit.

Untuk menambah warna agar nampak kekuningan (kadang-kadang kunyit hidup tak pekat kekuningannya), masukkan kunyit serbuk - tak masuk pun tak apa.

Jangan biarkan kering sangat - biar nampak berminyak dan juicy...

Sedia untuk dihidangkan.

Dimakan bersama nasi panas dan budu.(picit asam limau dan cili padi yang di hiris) perghhh! memang terbaik la!

ketam singgang kelantan

Ketam ni mak selalu masak untuk kami dulu. sebab yang lain macam kari, goreng macam tak puas makan..masak pun senang je..

Nak beli ketam masa bulan penuh dan lebih baik pilih ketam betina sebab isinya penuh. 


Bahan-bahan
Ketam 2 ekor - anggaran
Air
Serai sebatang
Bawang merah 2 ulas (dihiris kecil)
bawang putih 2 ulas (dihiris kecil)
Garam dan gula secukup rasa
* kenapa orang kelantan suka bubuh gula, walaupun ia bukan memaniskan makanan. tujuannya ialah meneutral rasa. Malah tak perlu bubuh Pak aji untuk menyedapkan rasa..

Cara memasak
Mula-mula bersihkan ketam. tak susah pun. (Kalau tak reti nak buang kulitnya boleh suruh orang yang menjualnya siangkan terus)

Buang yang tajam2 tepi lengan ketam (kalau nak buang) tapi aku tak buang pun, tak cantik plak...:) 

Buang tempurung ketam or kulit ketam yang keras tu (selalunya saya hati-hati buka, sebab ada telur ketam - kekadang la)

Didihkan air dulu dalam periuk dan kemudian masukkan serai, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus.

Bila dah menggelegak, masukkan ketam. 

Tak perlu lama sangat sbb ketam ni cepat masak. 

Agak2 ketam dah masak, masukkan garam secukup rasa.Taruk la gula secubit dua..

Macam mana nak tau dah masak..ketam tu bertukar kalernya.... matikan api dan hidangkan.

* oo ye ketam ni boleh juga di jadikan penawar demam denggi. setakat mana keberkesannya - kena cuba la kan..sebab bergantung pada antibodi masing-masing.. :)


.

THE STORY OF A BLIND GIRL :



There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you marry me?”

The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying:

“Just take care of my eyes dear.”

This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most painful situations.



Life Is A Gift

Today before you think of saying an unkind word–
think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food–
think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife–
think of someone who is crying out to God for a companion.

Today before you complain about life–
think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children–
think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep–
think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive–
think of someone who walks the same distance with their feet.


And when you are tired and complain about your job–
think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another–
remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down–
put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.

Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, and Fulfill it
.

cerita motivasi

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku chevrolet mustang( tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk n memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .

Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum..
" Dari mana bos?" 
Dari Tun Hussien Onn katanya. 
Bisnes ke? 
Consultan jawabnya.. 
Ooo.. 
"Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia .
"waww"!! Mesti best jawab hati aku.. 
Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. 
Aku tanya dia.. Mcm mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?? 
Dia tersenyum n katanya" saya nasihatkan guna apa yg kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yg ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya. 
Aku terdiam..

Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya?? Katanya.. Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja n " pasti" akan ditunaikan .

Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh2.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"!! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.. Dammm!! Tersentap aku..

Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik n sain n recomend pada bank n bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja.. Katanya.. Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..

Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini .. Kereta ni 6.2 cc.. Ferrari n lamborgini baru 4.8 cc ...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start n berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur..

Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia n yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana..

FB Ismail Nazaruddin Ahb
.

21 days old Maream ditahniq oleh Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid at-Taqwa TTDI.

Alhamdulillah..isteri Ally Iskandar - Farah telah selamat melahirkan anak perempuan yang comel sebagai ikatan kasih sayang mereka berdua. Di sini lahirnya sebuah cinta...
Saya ambil cerita ni dari FB beliau..

Betapa bertuahnya bila anak yang dilahirkan di tahnik oleh ulama...(agak jeles sedikit di sini) tuan Habib merupakan waris keturunan Nabi SAW..insyaallah semoga keberkatan ini di doakan menjadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah..



..Asalnya plan untuk ditahniq pada hari ketujuh tapi kebetulan Habib kurang sihat jadi terpaksa ditangguh. Kami nak sangat Maream ditahniq oleh Habib di masjid at-Taqwa sebab ada kisah disebalik nama Maream dan Habib dan Masjid at-Taqwa ni.

Kisahnya, kami plan namakan bidadari ni nama salah seorang isteri Nabi. Namun sekitar awal tahun, kami ke masjid at-Taqwa untuk rakaman al-Kulliyyah oleh Habib dengan tajuk 'Wanita dalam al-Quran'. Itu kali pertama kami dengar kisah keluarga Saidatina Maryam, dan kisah disebalik nama Maryam dengan begitu detail. Terus kedua kami suami isteri jatuh cinta dengan nama Maream sebab nama 'Maryam' tu sikit sebanyak related dengan kisah Maream kami.

Alhamdulillah tercapai hajat kami. Moga Maream dapat tempias berkat dari ilmu Habib. Aminn..

#mareamesabel

Some beautiful words from Sheikh, Abu Ishaq al-Huwayni


 

Don't let anyone see you, except that you are happy. Let them always see your smile and if things get difficult, the Quran is your Paradise
 
If loneliness starts to hurt, send your supplications through the heavens. When people ask how you are, praise Allah and smile. 

When you see an ant on the sidewalk, avoid stepping on it, seeking therein the Face of Allah; for perhaps He will have mercy on you as you had mercy on it. Remember that the ant glorifies Allah, so don't cut of it's glorifying by killing it. 

When you pass by a bird drinking from a pond, don't go so near so as to scare it, and seek therein the Face of Allah; perhaps He will spare you being terrified on the Day when the hearts will reach the throats. 

When a cat gets in your way on the road, avoid running it over, and seek therein the Face of Allah; perhaps Allah will save you from an evil end.

When you are tempted to throw away left over food, let your intention be that some creatures (animals) will eat it (and place it somewhere they can get to it), seeking therein the Face of Allah; perhaps Allah will send you provisions through means you never imagined.

Remember, do good no matter how insignificant it may seem to you, for you never know which good deed will be the reason for you entering Paradise. 

If you wish to share this, do so with a good intention, for perhaps Allah will relieve a distress of yours from the distresses of this world and the Hereafter. In Shaa Allah.

.