Wahai anakku,
Janganlah membazirkan masa dalam kerisauan. Kerana sesungguhnya kerisauan tidak akan menghilangkan masalah di hari besok. Ia hanya menghilangkan ketenangan dan memadamkan senyumanmu pada hari ini.
Wahai anakku,
Mengapa engkau perlu risau jika masih ada yang boleh dilakukan? Lakukan apa yang patut supaya engkau tak risau dan percayalah pada Allah akan memberikan keputusan yang terbaik buatmu.
Wahai anakku,
Mengapa pula engkau perlu risau jika tiada apa lagi yang boleh dilakukan lagi? Hidup ini sememangnya ada hakikat yang perlu diterima walaupun pahit. Namun, yang pahit sekarang biasanya adalah ubat padamu di masa depan... itulah ajaibnya ciptaan Allah. Serahlah dirimu padaNya, jangan hambakan dirimu pada kerisauan.
Senyumlah pada masalah. Nescaya masalah akan senyum pada mu.
No comments:
Post a Comment